1 Mac 2024
Kami gerak dari rumah around 8am, pergi singgah makan dekat Mee Kari EJ.
Kemudian meneruskan perjalanan ke MidValley, aku nak cari sandal/ kasut hiking. Ada yang minat tapi sadly, as always, takde size 😞 Anggap la takde rezeki ye.
Aku tak tahan minum air Gigi Coffee ni, migrain |
Sayang Didi 💗 |
Teka yang mana yang aku nak tapi takde size? 😭 |
Then kami ke kedai Cowboy, konon nak cari barang camping macam wagon, tilam, meja tapi takde pun. Tak best pun cowboy ni untuk barang hiking. Barang banyak habis, berterabur, takde label tapi kami beli jugak 1 meja camping jenama Cowboy, harga dalam RM80. Oklah, sturdy.
Sebab tak puas hati kami ke kedai outdoor di Taman Melati, tak de jugak yang dicari so kami terus ke campsite di Serendah, Selangor.
Sampai dalam 430pm, solat semua dulu baru set up khemah. Dalam 630pm settle semua, aku pergi berendam dalam sungai, Didi bakar ayam untuk dinner. Pergi camping kali ni tak memasak sangat pun sebab ada 1 geng volunteer untuk masak haha heavenn. Kitorang bayar je, RM50/sekepala untuk makan 3 hari 2 malam.
Menu Dinner - Ayam BBQ, nasi goreng
2 Mac 2024
Hari ni memang melepak je, aktiviti biasa bila bercamping, mandi sungai, the husbands memancing, main kad uno, took a nap for 2 hours dalam hammock. Hehe
Breakfast - Nasi lemak
Lunch - Sardin + telur dadar + sayur campur
Dinner - ikan bakar
Petang tu dah start hujan membawa ke Subuh esoknya. Memang tak dapat la mandi sungai petang tu and malam tidur sejuk gila.
Leceh bila hujan time camping ni adalah time nak basuh khemah nanti, berpasiorrr. Nak kata khemah bocor tu InshaAllah tak sebab dah ada pengalaman and already took the precautions hehe.
Malam tu aku tidur awal sebab sakit perut memulas, nasib pagi esoknya dah lega. Alhamdulillah
Tinggi tau Didi pasang. Seksa nak naik. Nak naik yang ke merah kena diri atas yang hitam. Bayangkan betapa imbalancenya nak diri kat situ. 1st attempt aku terjelepuk jatuh macam nangka busuk. Haha |
Meja baru 😝 |
3 Mac 2024
Pagi ni dimulakan dengan breakfast sandwich. Lepas tu start dismantle khemah slow2. Dalam 1030am semua dah settle, dah ready untuk check out. Sebelum tukar baju semua aku dengan Didi sempat berendam dalam sungai.
Tengah aku bersiap aku suruh Didi start enjin kereta. Sekali tak boleh start da! Sah bateri kongg. Dah la dalam tu takde line Celcom nasib kawan aku pakai line Maxis ada line. So call la BateriKu to the rescue. Super function dorang ni. Recommended. RM468 untuk bateri Almera Turbo, kalau tukar dekat service centre RM660.
Memula try jumper yang powerbank tu, then try pulak jumper dari kereta kawan2, semua tak lepas |
Sementara nak settle tu kami pergi pickup pizza Wagyu dekat Taman Melawati, ala yang suami Cik Epal jual tu. Kawan aku la rajin battle. Kami makan dekat situ jugak, sedappp tapi harganya 😹 Jadilah merasa sekali seumur hidup.
😋 |
Dalam pukul 3pm kami sampai campsite balik nak ambil kereta. Thank you so much pada kawan2 yang very helpful, sanggup berpatah balik bagai demi kami, I'm eternally grateful to have u guys in my life, thanks God.
Then kami meneruskan perjalanan balik. Sampai area KKB Didi ajak singgah makan durian. Kami makan durian udang merah sebijik, disulami air kelapa sebijik dan ada 1 buah abiu (golden fruit), bentuk macam markisa tapi bukan dia. Buah tu penuh dengan collagen seller tu cakap. Perempuan kan, sebut je collagen terus beli sekilo RM15 dapat dalam 4-5 biji. Sedappp! 1st time makan dalam hidup tapi memang sedap sungguh.
Singgah solat dekat RnR Tapah. Traffic agak slow menghala ke Utara, menghala ke Selatan even worst. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 630pm.
Review Brightstone Campsite
Campsite - B. (bersih, ada plugpoint). Negative point - ada monyet tapi ada orang jaga untuk halau.
Sungai - B. (kids friendly, air tak terlalu sejuk)
Toilet - C. (toilet kecil, kurang bersih)
Telco coverage - Celcom hari pertama je ada, hari kedua and ketiga gone habis. Maxis ada.
Macam biasa, share sikit video hehe.
seronok tgok org p camping nie...tp Linda nie...hahaha, agak malas sikit, nak mengemas2 semua tu kan..tp seronok lah
ReplyDeletehaha ye benda nk setup, nk kemas memamng malas and memenatkan tp tak tau la kenapa tiap kali lepas hbs camping nak repeat lagi haha,
Deletebtw, laki yg lagi penat, kita bagi moral support je kahkahkah
Uncle terus OCD tengok kuning telur yg pecah di antara kuning telur yg tak pecah cam tu!
ReplyDeleteHAHA maafkan kami uncle di atas kekhilafan tersebut haha
DeleteRM468 untuk bateri...uish mahal juga..tapi yea la dalam campsite kan jauh dema nak mengantornya...akak tukar bateri last week RM360..tu pun dah mahal..hehehehehe..dapat discount RM10 sbb tolak bateri asal...
ReplyDeleteaah ye mahal, tapi kalau nk tukar kat centre lagi mahal. Kereta ni baterinya besauu, tu yg mahal sikit.
DeleteHahahaha gelak baca part collagen. Teringat saya sendiri 😂
ReplyDeleteDah usia segini, pastilah dah rutin minum collagen 😄
Saya takut naik ke Hammock tinggi begitu. Di sini ada, sampe berlapis2 tingginya 😂😂. Kuatir pula yg atas jatuh menimpa yg bawah 😅
Saya tak boleh consume collagen sebab tak sesuai dengan badan.
DeleteHaha ye kuathir juga tapi lebih kepada tawwakal haha
Ntah bila la dapat join camping2 ni...
ReplyDeleteHihi jomm! Dah start taknak stop pulak
DeleteNasib baik bateriku.com ada...
ReplyDeleteTu la, Alhamdulillah. Bateriku mmg terbaik
Delete