17 Feb 2024
Hari ni dimulakan dengan breakfast, kemudian seberang Sg Tembeling untuk hiking. Memula hiking untuk naik canopy walk. Tinggiii canopy walk nya, nasib aku tak gayat. Dah settle canopy walk aku dengan Didi sambung hiking ke Bukit Teresek. 3/4 lalu platform bertangga, 1/4 off road. Penat oi. Pemandangan? Asher2 je haha.
Nah tengok video, malas den nak upload gambar.
Settle tu balik resort, lunch, nap kejap then solat. Settle solat naik boat balik ke kampung orang Asli. Orang Asli dekat situ dari keturunan negrito (Africa) and muka dorang memang macam orang negro. Belajar sikit sebanyak pasal kehidupan dorang, belajar hidupkan api guna rotan, belajar menyumpit.
Kagum ok macam mana dorang boleh survive dengan ilmu hutan. Dorang ni nomad, kalau ada ahli keluarga yang meninggal, dorang akan berhijrah sebab dorang percaya roh si mati akan kacau keluarga sendiri. Dengar cara pengkebumian dorang pun serremmmm.
After mati dorang akan bawa mayat jauh dalam hutan dan akan gantung atas pokok tinggi. Mereput la dekat situ. So kalau masuk ke dalam hutan, jangan pandang atas 👻👹
Selesai kat sana, bermulalah aktiviti yang ditunggu-tunggu, rapid shooting! Best gilaa! Seronok berbasahan. Settle situ kitorang balik resort and mandi area tepi resort. Nak mandi sungai tu kena hati2 sebab jenis pasir jerlus.
Kemudian balik mandi and ready untuk dinner. Malam tu geng kami pakai tema klasik melayu, saja suka2. Lepas settle makan ada fashion show from the kids hahaha comel gila. Then kitorang main game wajib main bila berkumpul iaitu werewolf. Dalam pukul 1130pm aku and Didi masuk tidur. Betis dah rasa bengkak sebab hiking haha.
18 Feb 2024
Pagi ni breakfast and pukul 9am kami dah check out. Aku, Didi, P and T add on pakej ke Lata Berkoh. Bayar RM62.50/pax. Pakej ni korang wajib ambil dah alang2 ke sana. Syok wehhhh! Rasa masuk dunia yang lain. Perjalanan pergi balik dalam 3 jam. Wajib try! Sangat reccommended.
Kitorang sampai balik ke kereta dalam pukul 12pm gitu. Then terus pergi tukar baju. Dah ready kami pun gerak balik, singgah kedai makan dekat Jerantut untuk lunch. Makan tempoyak patin perghhhh mantap gilaaaa! Kedai biasa je tapi rasa macam restoran mahal. Ahhh sedapnya.
Dah kenyang kami meneruskan perjalanan. Stop solat dekat RnR Genting Sempah beli ubi, sedap gila. Drop T dekat LRT Gombak then kami terus shoot ke Perak. Alhamdulillah sampai rumah dalam 10pm.
Esoknya kerja huaaa.
20-21 Feb 2024 pulak aku ada retreat office dekat KL. February is so full, jadual aku memang pack sampai Ramadhan ni but apa2 pun Alhamdulillah. Have a great life ahead fwensss.
macam tak percaya ada suku kaum orang asli yang macam selalu tgok dalam TV dekat malaysia....
ReplyDeleteha kann? Dorang ni nomad so memang kat Malaysia pun ada yang dari negara luar. Kadang2 rasa macam mana la dorang boleh survive dalam hutan padahal dorang happu je kat sana haha
DeleteDiorang gantung mayat untill now? Ke dulu je...?
ReplyDeleteTQ bagitau... komfom uncle tak gi sana....
untill now Uncle! Soalan tu memang kitorang tanya sebab ingat dulu2 je. Rupanya tak, even dorang meninggal dekat hospital, still bwk balik 'tanam' mayat ikut tradisi dorang.
DeleteOhh saya pernah baca kaum adat yg punya tradisi menggantung jenazah di atas pohon. Ternyata dari sana yaa. Agak seram juga memang 😂. Takut pula nyasar di sana, lalu tak sengaja lihat atas ketemu yg digantung.
ReplyDeleteSaya pun Amazed dengan Orang2 kaum adat yg tinggal di hutan dan masih kuat dengan kepercayaan mereka. Di Indonesia pun ada, di Kalimantan dan Banten. Yg di Banten bahkan mereka tertutup tanpa ada teknologi sama sekali.
Nama sukunya Baduy dalam. Mandi pun tak pakai sabun Krn takut sungainya tercemar. Tak ada skincare dll, mereka juga tak pakai alas kaki 🤣. Saya pernah diajak trip kesana, tapi saat tahu dari kampung Baduy luar ke Baduy dalam harus jalan kaki 5 jam, tak jadi. Tak sanggub dah pasti 😂. Apalagi tak bisa internet.
Di tengah teknologi canggih, dan mereka bertahan hidup tanpa segala kecanggihan, memanglah salut 😄.
Orang asli sana juga sampai extreme begitu kah?
haha masuk hutan jangan sebarang sebarang pandang ke atas jika tak perlu haha.
Deleteya, di Malaysia yang betul di pedalaman pun masih ada yang tak berbaju. wow 5 jam jalan kaki? Berapa km tu? Hahahha serremmmm