Aku suka gadgets, dari dulu lagi. Dulu time pakai android, aku rasa setiap setahun setengah aku tukar handphone.
Iphone 15
Start pakai iphone tahun 2013 tak silap, bermula dengan Iphone 6 then tukar Iphone XS Max then Iphone 12 Pro Max, sekarang Iphone 15.
Reason tukar ke Iphone 15 literally sebab nak handphone yang kecil sikit, dah cemuih pakai iphone besar, nak type 1 jari susah, jatuh atas muka sakit, masuk dalam poket terjuih keluar haha. Nak ambil Iphone 14 pro sebenarnya tapi dah tak keluar production and SA Machines cakap ambil Iphone 15, features dia memang tak jauh beza dengan Iphone 14 pro.
Rembat je la ek. Tapi ada sikit kesalan sebab bateri Iphone 15 tak tahannn sangatt! And dah biasa tengok ada 3 camera tetiba ada 2 camera rasa sedih. Hahahah bebukan je perangai kau ni. Takpelah, tunggu lagi 5 tahun kita ambil Iphone 20 pro huahuahua.
Makin lama kualiti iphone makin menjunam. Harga makin mahal! Merepek! Tapi tetap kau beli haha. Tak berani nak ambil android walaupun yang mahal contoh macam Samsung S23 etc tu padu dorang cakap. Entah, tak pernah cuba and takut nak cuba sebab takut gambar dia bila masuk dekat IG jadi macam tangkap gambar guna kalkulator haha.
My Iphone is my life. Tinggal wallet takpe jangan tinggal Iphone haha. Dalam tu ada macam2 bagi memastikan kelansungan hidup seharian haha.
Rating : 8/10
Ipad Mini 6
Memula aku beli Ipad 9. Tak praktikal sebab besarrr! Nampak sangat aku tak suka benda besar tapi suami besar. Eh? Hahahah.
Then aku tukar ke Ipad Mini 6. Best decision ever! Loveee teruksss. Function to the max. Screen size just nice untuk tengok Netflix, main game, baca Quran. Eh bukan baca Quran tu kena letak yang 1st ke? Hehe. Eh bukan kau beli Ipad mainly untuk kerja ke? Haha
Untuk kerja of course. Sangat berguna untuk ambil note warna warni tanpa perlu bawa pen 25 batang masa mesyuarat. Senang cari notes sebab boleh bahagi ikut seberapa banyak note books yang kau nak. Boleh create account Microsoft Words and easily transferred to PC. Boleh semak dokumen di mana jua anda berada. Boleh main game time mesyuarat yang melalut.
Dalam Ipad jugak aku plan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang suka plan tapi tak suka ikut plan HAHAHA. Kau gila ke? Acah2 orang cakap. Dalam tu ada impian aku, ada tempat aku meroyan (coz I love writing), ada jadual hidup, ada financial tracker aku. Kalau korang bukak Ipad aku korang akan tau aku jenis manusia macam mana dan betapa miskinnya aku hahaha.
Rating : 10/10
Pocketbook Lux 4
Ni hadiah hari jadi aku tahun ni! Love gilaaaaa! Pocketbook adalah e-book. Dulu aku pernah baca e-book guna Ipad tapi mata cepat letih so e-book ni memang buat aku makin rajin membaca + aku subscribe unlimited books access.
Ringan, tak sakit mata is a very plus point. Cuma kadang2 memang rindu nak beli physical books. Sekarang kalau aku pergi kedai buku and nampak buku yang macam best, then aku cari ada tak dalam e-book. Sekali ada daa! Alaa tak boleh membeli haha
Rating :10/10
Nintendo Switch V2
Ni hadiah hari jadi jugak. Best tu best tapi takde masa oi nak main. Huhu. With a packed daily schedule, mana kau nak membaca lagi, mendobi, kemas rumah, pergi kerja, memasak, tengok Netflix, ha cuba cakap bila aku boleh main game? Huhu.
Tapi aku kendong la benda tu ke mana2 time balik kampung time bercuti tapi jarang la dapat main. Takpelah, nanti kita susun la jadual kehidupan balik macam mana haha.
Rating : 8/10
PICO
Ni sama nasib degan Nintendo tapi ni lagi dah jarang main. Huhu. Aku selalu bukak untuk exercise je tapi Nintendo pun ada features yang sama. Nak jual lah! Haha.
Rating : 6/10
Drone DJI Mini 2
Ni Didi yang control 100% sebab dia tak percaya kat aku 😒 Pun jarang2 guna tapi bila nak guna ada. Hah gituu konsepnyaaa. Gambar/ Video dari drone memang superb. Berbaloi la beli walaupun jarang guna. Dah guna yang tu jee tak payah upgrade2.
Rating : 8/10
Sony Earphones XM-4
Ni pun hadiah birthday. Memang berguna waktu workout layan laguuuu. Aku ni bukan jenis layan lagu 24 hours, tapi time nak guna memang berguna haha. Noise cancelling dia paduu.
And now tengah aim nak beli headphone Sony WH XM5 pulak. Cuba korang doakan aku dimurahkan rezeki untuk beli benda tu. Haha
Rating : 10/10
Insta 360 X3
Ha semua jenis kamera ada tapi nak gunanya malas haha. Benda ni pun padu, berbaloi la nak beli untuk yang rajin ke sana sini. Lagi padu kalau rajin and pandai edit.
Rating : 8/10
Fon... Uncle pengguna iphone yg curang ke android.... Dulu ecosistem apple tu yg buat kita takut nak pindah. Takut tak sync dengan desktop, laptop, ipad bagai... Lama2 teknologi buat semua boleh. Pastu dulu camera iphone je yg cantik... Now semua dah setanding. So pindah.
ReplyDeleteCuma laptop & desktop masih kekal apple.
So tak menyesal kan curang? Hehe sebab saya tengok mmg ramai yang tukar ke android balik, mungkin sebab lebih banyak options, ada yang opt for camera, ada yang opt for gaming etc
DeleteReview Macbook please Uncle hehe
Menyesal curang? Tidak sama sekali...
DeleteTak boleh la review macbook... Nanti bunyi macam berat sebelah pulak... Maklumlah penggguna hardware apple sejak Macintosh Classic II . Zaman dinasor!
haha ala Uncle, lagi la nak dengar, boleh cerita sejarah evolusi apple sekali hehe
DeleteKakaaaaaaak, auto ketawa saya saat baca macam tangkap gambar guna kalkulator 🤣🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSaya tak pakai iphone memang. Msh prefer android. Tapiii saya tak suka Samsung. Anti sangat 🤣🤣🤣. Dulu pernah jadi fans nya, tapi saat beli beberapa produk dia, dan selalu saja error' ketika garansi berakhir, langsung lah jadi benci 🤣🤣
Nintendo switch tuh saya belikan utk si bungsu. Macam Gambang dimainkan, tapi saat coba tak boleh 😅😅🤣. Memang tangan saya kaku kalo dah bab games 😅
Drone pun bucket list. Tapi msh ragu nak beli. Takut tak bisa pakai, nanti nyangkut pula di pohon tinggi 🤣
haha. Wah bukan kalau androoid yang paling mantap Samsung? Dulu masa pakai android, aku suka Sony Xperia.
DeleteHaha mula2 tangan saya jugak confused gitu kena laju malah jadi masalah bila saya sukar untuk bezakan kanan dan kiri. Tapi tetap enjoy main, jangan stress2 haha.
Beli drone yang ada banyak safety features, makanya kerisauan akan menurun hehe