”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/23/2024

Kehilangan besar kepada negara

Pagi tadi bangun pukul 5.45am, togok air dan niat puasa. Mengantuk betul mata sebab semalam pukul 1.30am baru tidur, teman Didi meeting, pukul 12am baru sampai rumah. Dah sampai, gosok baju, mandi dan solat Isya', baru tidur.

Siap-siap pergi office. Dari semalam Didi buat trick yang trending dekat TT dekat aku, yang bermula dengan suruh tiup mata tu, walaupun sampai pagi tadi dah 5x dia buat, aku tetap buat2 terkejut dan dia gembira HAHAHA

6.45am bergerak ke office. Trafik macam biasa, jemmm! Tapi apa yang aku boleh buat selain sabar ye dak? How I wish my car can turn into helicopter huhu.

Sampai office 720am, sebab mengantuk sangat aku rehat kejap sebelum mulakan kerja. Aku tak biasa tidur lambat, I need my beauty sleep huahuahua. Pukul 8am aku mulakan kerja.

Tetiba dalam group office ajak makan dekat pantry, bos masak bihun sup utara. Astaga, dugaan apakah ini? Haha. Dan aku cari pasal pergi ke pantry dengan niat nak menjenguk tapi apakan daya, nafsu menguasai segala haha. Aku terkandas maka berbuka puasa. Haha. Kawan2 pun tak membantu, semua hasut cakap masih sempat aku nak habiskan puasa 6 di bulan Syawal. Huhu

Aku memang kalah dengan bihun sup utara sambal merah dan dah sepanjang 3 tahun aku kat sini, baru pertama kali nak merasa air tangan bos. Peluang ni tak boleh disia-siakan haha. MashaAllah, sedap betullll, secukup rasa, dagingnya lembut. Dalam rasa berdosa buka puasa, aku turut rasa bersyukur buka puasa HAHAHA.

Tetiba Didi message. Aku buka message dan Allahuakhbar, terkejut sangat baca berita yang Didi share. Kemalangan udara pesawat TLDM yang melibatkan 10 orang mangsa. Innalillahirojiun. Didi paling sedih sebab salah sorang mangsa adalah kawan baik dia masa dia di dalam TLDM dulu.

Dalam masa yang sama aku dengan Didi tengah membincangkan sesuatu and Didi suruh aku decide sebab dia tak boleh fikir. Dia ambil half day sebab dia rasa lost. Huhu. Aku ajak dia sama2 doakan semua mangsa dapat husnol khotimah dan ditempatkan di taman syurga.

Didi baru hilang kawan dah sedih macam tu, aku tak dapat bayangkan apa perasaan ahli keluarga dorang. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada semua mangsa yang terlibat. Paling takut dengan kematian yang mengejut macam ni. Semoga Allah titipkan kekuatan kepada semua yang terkesan.

Bukan je ada yang kehilangan ahli keluarga malah negara kita pun kehilangan perwira-perwira negara. Memang kehilangan yang besar dan amat menyedihkan. Tak silap aku tahun lepas pun ada beberapa tentera Indonesia menjadi nahas kemalangan udara jugak, aku dapat perkhabaran dari kawan lama yang merupakan tentera dari sana.

Kemalangan udara ni jarang2 berlaku tapi sekali berlaku impaknya sangat besar. Yang aku ingat nahas MH370, nahas MH317, helikopter terhempas yang meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar (bapa mertua Mira Filzah), pesawat kecil terhempas di Ipoh, pesawat kecil terhempas di Elmina. 

Semoga mereka semua sedang berbahagia di alam sana. Tak dapat bayangkan perasaan mereka semasa menghadapi situasi tersebut, aku ni mimpi jatuh katil pun rasa nak nangis. Huhu

6 comments:

  1. Innalillahwaiinalillahirojiiun. Al-fatihah untuk semua yang terkorban.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah kuat kalo baca berita accident udara. Dulu 1997 saat Garuda Indonesia jatuh di Sibolangit ada beberapa teman saya di sana. Lalu saat airasia jatuh di pangkalan Bun, itu pun ada teman kantor di dalam.

    Karenanya kalo baca berita seperti ini, langsung lemas dan sediiiiih sangat. Memang paham lah rasanya 😭😭

    Berharap semua keluarga yang ditinggalkan kuat dan ikhlas menerima kehilangan mendadak dari orang yang mereka sayangi.

    ReplyDelete
  3. Ye, berita seperti itu amat menyayat hatii. Semoga roh2 mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman

    Ameenn

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!