”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/28/2024

Last weekend of May

Kita hidup sehari demi sehari, melalui rutin yang sama, kadang2 layan, kadang2 jemu. Kadang bila punya masa, kita tengok gambar2 lama maka baru tersedar sebenarnya banyak dah berubah dalam hidup kita cuma kita tak sedar when we tend to ignore the small things.

Wah bukan main lagi mukadimahnya ye haha. Sabtu lepas balik rumah Mama, on the way tetiba Didi suruh tolong book appointment dekat Carsome, dia nak jual 1 kereta lama dia yang Mama Abah tengah pakai sekarang. Memang Mama suruh jual, Mama nak kereta kecil sebab bawa MPV tapi duduknya berdua, rasa sunyi Mama cakap. Hihi betul la tu.

Aku dah lama suruh Didi jual, dari harga kereta tu boleh dapat RM18k lagi but being Didi dia memang degil, selalu cakap aku degil, dia pun sama 😝 Sayang la apa la last2 dengar jugak cakap bini dia yang solehah ni haha. Nasib la aku bukan jenis orang yang stick to sentimental value, benda/ orang yang tak worth to keep, I will throw it without any hesitation. Mama pernah cakap aku ni orangnya berfikiran mudah hahaha. Hidup buat apa nak serabut, ye dak? Eh bebel pulak.

Selain dekat carsome, kami ada survey 2 used cars jugak tapi carsome paling berbaloi. Dia ambil agak tinggi lepas buat detailed inspections. Kami masuk bidding dulu untuk kereta tu, so bawak balik dulu.

Malam tu kami pergi tengok wayang cerita The Experts. Best wehhh! Pergilah tengok. Kelakar and suspen ceritanya. Vibe2 Ocean 12 cerita dia. 


Esoknya pukul 1pm Didi ajak pergi carsome nak serahkan kereta and selesaikan urusan berkaitan yang lain. Kami gerak dua kereta. After bidding, harga kereta tu naik RM900 tapi kena tolak processing fees RM300 so RM600 je la naik. 

Bye. Kereta yang banyak simpan kenangan 😉

Cari kereta ganti untuk Mama pun melalui carsome je, website dorang dah ada detailed specs used cars tu semua, tinggal nak pilih ikut bajet je. And jumpa lah kereta yang berkenan di hati Didi and dia bayar booking. Bab tu tak settle lagi sebab nak tunggu duit jual kereta lama masuk dulu. Kalau trade in and beli balik dekat carsome dapat rebate RM1k untuk kereta bawah RM50k. 

Sebelum balik singgah bungkus the most popular Nasi Kandar @ Manjung, Restoran Madinah. Memangg surrr. Abah teringin so kita belikan sebelum dia kena warded esoknya.

Tengok orang beratur, tapi servis laju
 
Pagi Isnin aku dengan Didi ambil cuti sebab nak hantar Abah warded hospital untuk operate mata. Dah teruk mata abah sebab time muda dia banyak buat kerja welding. So operation kali ni untuk ganti kanta mata kiri. Lepas ni nak buat untuk mata kanan pulak.

HAT Lumut. Rezeki Abah veteran, boleh pergi hospital kerajaan yang tak ramai orang

Seronok la Abah nanti ada kereta baru, mata baru hahaha. Dia dah ajak Mama pergi Melaka minggu depan, amboi2 tak padan dengan tua, jauh nau nak berjalan haha.

Hari ni Abah operation, semoga semuanya berjalan lancar. 13 Jun nanti Ayah pulak operate mata tapi buang katarak je, seharian je prosedure nya.

Cerita-cerita kehidupan macam ni la nampak simple tapi 1 hari nanti bila baca balik, terasa rindu nak jalani kehidupan yang simple tapi bermakna macam ni. 1 hari nanti bila baca balik entah2 watak2 dalam cerita ni pun dah takde. Ntah2 penulisnya yang takde dulu, memang tak sempat lah nak baca balik haha.

12 comments:

  1. Alhamdulillah
    Tentu gembira mereka dapat kereta baharu

    ReplyDelete
  2. at last dpt gak letgo keta...x lama lagi kuar la keta baru ye...

    ReplyDelete
  3. hehe Alhamdulillah, yang baru pun 2nd hand je SA :)

    ReplyDelete
  4. Rupanya kena set appointment eh nak jual kereta kt carsome.. rasa nak jual kereta jugak ni.. pakai kereta husband je skg, kereta sendiri lama x jalan. Thanks for the info.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, supaya kehidupan kedua-dua belah pihak lebih teratur haha. Carsome memang recommended. Pergi la try :)

      Delete
  5. Rasanya carsome ni bakal menggugat bisnes used car kan?

    Cakap pasal tengok gambar2 lama... memang betul... memang tergelak2 sambil fikir, "aku ke tu dulu?"
    ...dan, mana ada orang yg boleh lawan uncle simpan gambar lama... boleh jadi domumentari tau! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang. Carsome trusted, detailed inspections and takkan ambil kereta accident / banijr.

      apa lagi Uncle? reveal la! Haha

      Delete
  6. Carsome ini juga ada di sini. Seingat saya pun trusted sangat, walau belum pernah coba jual beli mobil di sana.

    Agree kak. Saya tak pernah pikir lama soal membuang barang tak perlu. Saya LBH tak suka menumpuk barang tak guna, cuma mengundang tikus saja. Lebih baik di buang atau bagi orang lain. Beda dengan suami. Makanya saya selalu buang barang2 dia yg menumpuk itu saat dia sedang di kantor.

    Itu pun dia lebih sering tak sadar barangnya dah hilang 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha setakat ni saya berpuas hati dengan servise carsome.

      hahaha kita sama kak fanny. membuang barang2 yang udah tidak diperlukan amat menyamankan jiwa haha. dan suami kita pun punya perangai yang sama, sentimental value nya tinggi tapi aku nggak peduli, udah tidak guna, buangkan ajaaa, boleh diisi tempatnya dengan barang yang baru haha

      Delete
  7. Alahai sayang tu Mitsubishi Grandis. Apa pun bila nak jalan dekat2 akan prefer pakai kereta kecil sahaja. Senang nak parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sayang kalau tak pakai. hehe. ye betul, kereta kecil memang lebih mudah utk town tour.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!