”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/07/2024

Naik taraf porch rumah

Aku dengan Didi lama dah berangan nak upgrade porch rumah. Nak pasang awning, nak pasang tiles, nak pasang autogate. Sembang dah 3 tahun and Alhamdulillah recently Allah granted our doa. Ada rezeki yang dikongsikan bersama kami hehe. 

Sebelum puasa dah jumpa kontraktor bagai, mintak datang rumah, ukur semua. Lepas raya finalise kan lagi sekali.

29 April 2024 

Alhamdulillah semalam selesai pasang awning depan belakang. Aku memula ingat nak cuti sebab dorang ada nak guna plugs untuk kerja welding tapi aku tak dapat cuti sebab ada bajet screening dekat office untuk 2025. Wajib hadir kalau tak siapa nak gaduhkan bagi pihak unit aku? Haha. Didi pun tak dapat cuti, ada meeting jugak. Haishh busy dua2nya pun adui.

So dengan tawakal kepada Allah aku bagi je kunci rumah dekat kontraktor huahauhua. But Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Aku tunggu dorang sampai dalam 9.10am then dah brief bagai aku terus gerak ke office. Aku demam + puasa semalam, memang lemau. Tak sabar nak balik, nak rehat dengan nak tengok awning hehe. Dalam 240pm kontraktor message dah siap. Time nak masuk simpang rumah je dah berdebar. Haha ngade. 

Sebelum

Pilih warna ni nak nampak premium sikit hehe. Nanti nak pasang lampu kiri kanan

Nanti kontraktor touch up cat yang dah comot sebab hujan tu

Saliran air keluar. Kontraktor bagi yang stainless steel

Berbunga hati, salah satu impian dah boleh cross out 😊

Kebetulan hujan rahmat turun semalam, boleh terus rasmi hehe. Pandangan dari balkoni. Next projek dekat balkoni ni pulak. InshaAllah. 

Awning belakang, ambil yang murah je yang ni. 

Awning depan ambil jenis metal deck double foam. Foam tu tujuan nak kurangkan panas.

30 April 2024

Hari ni nak mula kerja hacking lantai untuk pasang jubin dekat porch. Last week aku dah pergi pilih jubin dekat Kim House, Ipoh. Recommended by the contractor sebab banyak pilihan. Ada 4 options aku pilih and 2 options ada stok, final decision was made by Didi.

Pagi tadi pihak Kim House dah call cakap nak hantar jubin. Aku dah siap2 bukak pagar and sediakan 1 extension plug dekat luar untuk dorang buat kerja. 



Progress

Hari ni aku balik rumah Mak sebab esok cuti kan, so Khamis la baru boleh tengok progress rumah depan mata. Start khamis ni tak boleh park kereta dalam porch dah sampai la siap. Motor kami simpan dalam rumah haha. Memula nak simpan dekat rumah cousin aku lepas tu Didi malas nak pergi hantar, simpan dalam rumah je.

Depan motor tu ada nama2 Allah yang aku beli dekat Mesir 2 tahun lepas and baru siap frame. Entah bila la Didi nak gantungkan, mungkin lagi 2 tahun haha 😏

4 Mei 2024

Seharian duduk dekat rumah sebab ada buat kerja dalam rumah sikit. Hari ni dah siap kerja simen porch and kerja2 wiring. 

Bolehh kontraktor lama tak pasang hos asap keluar. 😡 Dah kena buat 2 kali kerja

Uncle ni baik, dia tolong touch up kerja kontraktor lama yang cincai. Sebelum ni kalau hujan lebat bumbung ni bocor kat dapur rumah. Stress aku risau siling jatuh. Rupanya silikon kontraktor lama buat tu macam nak taknak je erghhh.

Akhirnya. Alhamdulillah

Ukur nak buat barn door untuk pintu stor
6 Mei 2024

Siap pasang tiles

7 Mei 2024

Siap pasang interlock depan autogate. Memula kami nak buat stamped concrete floor untuk keseluruhan porch tapi kos tinggi sangat. So tukar plan hehe. Ukur baju di badan sendiri ye. 

8 Mei 2024

Kerja2 mengecat


Memula Didi request pagar kecil ni and kontraktor cakap tak sesuai sebab motor autogate gegar. Tengok2 dapat jugak rupanya kontraktor upgrade motor autogate kepada yang kurang gegar. Hihi.

Alhamdulillah siap autogate. Tak perlu dah berhujan nak bukak kunci pagar hehe

Didi tak habis2, 'Rumah kita paling cantik yangg' HAHA perasan.

Barn Door Stor

Time memula masuk rumah back in 2021, kitorang ada buat minor reno dan ada melibatkan buat mini stor tapi pintunya tak buat2 haa dan 3 tahun dah hahaha. Railing dah beli awal2 lagi tapi pintunya tak beli2 sebab mahal 😩So hari tu dah alang2 reno sikit, panggil jugak orang datang ukur and dia ambil masa around 3 minggu nak siapkan barn door sebab custom made. 

Stor area dining hall

Alhamdulillah cantik. Punya susah kontraktor tu nak pasang sebab dinding senget. Developer memang kerja tak ikhlas. Sabar je la. 

Alang-alang kontraktor dah bawak drill, kita suruh dia tolong pasang frame ni yang aku beli kat Mesir back in 2022 hahaha

Alhamdulillah, siap dah progress kedua teratak kecil kami. Semoga kediaman yang melindungi kami dan harta kami dari hujan dan panas ni terus membawa berkat dan bahagia dalam kehidupan berumah tangga kami.

Ok jom next project? Apa tuu? Hehe plannya laundry area. Doakan kami dimewahkan lagi rezeki. Ameen. Ada orang memang mampu buat rumah impian sekali gus, macam kami kene buat by fasa, kena kumpul duit dulu, kene dulukan priority. Penat memang penat sebab rumah berkecah kan? Tapi apa boleh buat, dah itu rezekinya, apa2 pun Alhamdulillah sangat2. 

10 comments:

  1. Alhamdulillah..home sweet home..takpe..buat sikit2 dulu..untuk next phase..inshallah ada rezeki allah bagi..ameennnnnn...

    ReplyDelete
  2. Wah ni renovate besar-besaran. Cantik terus porch depan tu. Nampak macam cahaya boleh masuk sikit dari atap macam ni.

    ReplyDelete
  3. Cantikkkk..barn door tu pun dalam list kitaaa, tp xtau la nak letak kat pintu manaa..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi style kan barn door ni? Boleh je letak kat mana2 janji barn door hahaha

      Delete
  4. Uncle suka dinding dark grey tu!

    Ooo... nama pintu tu barn door eh?

    Okey... pagar korang lagi cantik dari jiran sebelah... simple. Sebelah tu fancy sangat!

    Eh? Apa saliran air cam tu pulak? Tak bersepah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Uncle dah boleh cat dinding rumah warna tu, dah berapa kali ni Uncle cakap suka hehe

      Aah, kalau google barn door keluar yg macam ni hehe

      Yeayy! Simple is better kan

      Tak, dia flow cantik jeee. Kalau lebat sgt ada la percikan2 manjahhhh

      Delete
  5. Betuuul kak.. memang hrs pelan2, step by step lah kalo nak renov rumah nih. Saya pun tak bisa juga sekaligus buat. Harus 1-1, tunggu bonus masuk kadang 😄. Yg penting lama2 jadi dan seusai keinginan kan.

    Talang air nya uniiik, saya sukaaa 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul, ada rezeki lebih baru buat. Dengan ekonomi sekarang, banyak benda lain yang perlu di prioritas kan. Janji rumah selesa dan selamat didiami sudah 1000 rahmat.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!