”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/18/2024

Happy Birthday MNI

Abang,

Ayang baru tengok satu vtt pasal suami dia meninggal dalam tidur, sebelah dia. Tengok vtt tu je dah boleh bayang macam mana sakitnya kehilangan tanpa pentujuk macam tu. I try to put my self in her shoes and I couldnt bear to even imagine that. 

So Ayang coretkan benda ni sebagai simpanan kenangan peribadi Ayang. 

Saat benda ni dicoret, kita dah nak mengjangkau 4 tahun perkahwinan. Hanya kita berdua, Allah belum rezekikan anak coz He is All Knowing, He Knows best. Kita ada bersembang mengenai anak, kita berusaha sedayanya kita tapi yang paling penting kita dua2 tak stress bab ni. Alhamdulillah.

Perkahwinan kita banyak cabaran dan dugaan. But being us, Alhamdulillah kita dapat tempuh sama2 smoothly. Makin lama berkahwin, kita makin matang dalam mengatur corak rumah tangga kita. Abang mainkan peranan Abang sebagai suami, Ayang pun mainkan peranan Ayang walaupun Ayang tahu Ayang banyak menguji kesabaran Abang haha.

Abang orangnya kuat menyakat. Abang bangun pagi boleh menyakat while Ayang adalah orang yang moody bila bangun. Abang yang akan meriahkan suasana pagi rumah kita. Sebab tu kadang2 Ayang resah bila pagi2 Abang tak tegur Ayang cheerfully.

Sama jugak time balik kerja. Ayang memang akan tunggu Abang tu spark the situation sebab Ayang tak berani nak bergurau kot2 Abang tengah ada masalah yang mengusutkan emosi. Tapi Abang memang jarang sekali moody. Kalau nampak Abang bermasalah, Ayang akan approach Abang dengan lembut bukan cheerful macam Abang menyakat Ayang hehe. 

Abang orangnya banyak cakap, Ayang pulak kurang bercakap. Ayang selalu dengar Abang bercerita yang penuh dengan emosi haha. Kita boleh sembang macam2 benda tapi mostly kita sembang perihal tempat kerja, perangai manusia, masalah politik negara. Berilmiah betul haha. Kalau takde topik, kita gurau, sembang kosong. You're my bestfriend.

Abang tak perfect tapi Abang cukup untuk buat Ayang rasa sempurna. Ada je masa kita berselisih pendapat dan kita dua2 nak menang. Kadang2 Ayang beralah dulu then Abang pun akan beralah sebab sifat kita memang tak suka serabutkan emosi kita. Abang tak lokek minta maaf kalau Abang salah, kita hidup tak bertunjangkan ego. Alhamdulillah.

Abang Suami 'modern'. Abang tak demand Ayang tunaikan 'tanggungjawab' sebagai isteri seperti mana typical suami yang lain yang menunggang agama. Abang tak pernah bising bila ada hari Ayang tak larat nak buat bekal kita pergi kerja. Abang faham yang kita sama2 penat bekerja untuk membina ekonomi rumah kita.

Kita tak pernah serabut untuk benda yang tak perlu. Abang tinggalkan kain pelikat atas lantai, Ayang ambil untuk sidaikan, Ayang malas nak bangun basuh baju, Abang ambil basuhkan dan sidaikan, Abang rasa rumah berhabuk, Abang ambil mop dan vaccuum, Ayang rasa toilet dah kotor, Ayang cucikan.

Kita tak meletakkan tanggungjawab tu atas 1 pihak je. Yang tu Ayang bersyukur sangat. Ada la bebel manja sikit2 tapi itulah penyeri rumah tangga.

Abang banyak bersabar dengan perangai Ayang yang clumsy. Yang Ayang pelik time depan Abang je la clumsy tu nak tunjuk belang. Ayang tau Abang penat bebel dekat Ayang benda yang sama, bawa kerea hati2, jaga barang elok2 tapi Abang tetaplah bersabar dan mempunyai kekuatan untuk bebel tanpa henti haha. Ada masa memang Ayang nampak Abang dah nak hilang sabar tapi Abang control. Yang Ayang nampak, kelemahan Abang ialah tawa Ayang. Kalau Ayang gelak time Abang tengah marah2, mesti Abang cool down dan tersenyum sama. Hehe.

Ayang suka word of affirmation  dari Abang. Abang lagi banyak meluahkan kata dari Ayang, yang out of sudden.

Tetiba tengah drive Abang cakap 'Tau tak Abang sayang sangat dekat Ayang' or

Lepas solat sambil cium dahi Ayang, Abang cakap 'Cinta sangat ni' or 

Abang tetiba ambil tangan Ayang and kiss.

Tu kalau nak cerita yang sweet la, yang tak senonoh pun ada, konon nak kiss pipi Ayang tapi tetiba Abang pergi jilat. Yihhhh. Haha.

Hubungan kita jauh dari perfect tapi kita boleh menghadapinya dengan calm and rational. Ayang bersyukur jadi isteri Abang. Focus on what we have instead envy what others have.

Thank you Abang sentiasa cuba jadi yang terbaik.

Terima kasih kerana banyak sabar dan tak baran.

Terima kasih kerana memahami dan memberi ruang kepada ayang untuk mencorak hidup ayang dan kita.

Terima kasih kerana tak merokok/ vape.

Terima kasih selalu belanja herherher

Terima kasih selalu bebel 😝

Terima kasih selalu menceriakan hidup kita

Happy birthday! Semoga semua apa yang Abang impikan, dimakbulkan. Semoga amal dan iman makin teguh dalam diri. Semoga syurga milik kita satu hari nanti.

6 comments:

  1. Happy Besday utk cik abang nyaa

    ReplyDelete
  2. Hepy besday buat si cik abang.. Smoga korang berbahagia berkekalan..

    ReplyDelete
  3. Saya terharu baca nya 🤗. Terlihat jelas kalian berdua saling sayang dan care satu sama lain. Part yg menjilat pipi, kenapalah memang lelaki sukaaa sangat begitu, apalagi saat kita sudah memakai night skincare 🤣🤣

    Macam nak ngajak perang malam2 hahahaha

    Apapun, happy belated birthday untuk suami kak Nadia. Gemini lah nih 😄. Gemini memang punya karakter best 😄👍. Semoga dipanjangkan usia, sehat selalu dan rukun sentiasa kalian berdua 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kadang2 Didi marah saya pakai skincare sebab pahit katanya hahaha

      Ameen. TQ Fanny atas doanya :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!