Kami sampai jeti pukul 5pm. Salin baju semua dulu. Punya semangat siap buat baju tauuu haha. Kami semua 11 orang. 4 lelaki dan selebihnya perempuan. Mesti korang tengah buat kira2 dalam otak berapa perempuan kan. Saja aku tak tulis supaya otak korang berkerja sikit haha.
Dalam 5.30pm kami pun beramai-ramai noney-noney berjalan ke boat kayu. Kami bayar RM194/ sorang untuk trip ni termasuk sewa joran sebab koserr la ye nak pakai sekali nak membeli bagai. Kami dijangka akan sampai jeti balik pagi esoknya jam 8am.
Aku dah siap2 makan ubat mabuk laut, dah seminggu aku berdoa supaya tak mabuk laut. Kawan aku bagi ubat mabuk laut Jepun punya, dia cakap tu yang terbaik 😏
Maka bermulalah perjalanan kami. Perjalanan mengambil masa dalam sejam setengah sebelum tekong turunkan sauh. 3 orang ikut kami, sorang driver, 2 orang tekong. Baik2 semuanya memang jaga kami macam anak dorang.
Naik je boat kami dihidangkan dengan bihun goreng + keropok goreng + kopi o panas. Tapi aku tak makan pun sebab masih kenyang.
Bersedia untuk berkhidmat |
Dalam perjalanan aku okay lagi, layannn angin, layan suasano. Bila boat bersauh je, dengan ombak yang bergelora aku dah mula tak sedap perut dan kepala. Ha sudahhhh! Aku try makan tapi memang tak boleh masuk, memang rasa nak keluar balik haha. Lepas tu aku baring, pakcik tekong siap sediakan bantal bagi dekat aku haha so thoughtful pakcik.
Dalam 7.15pm masing2 mula turunkan candat. Menunggu dengan sabar. Aku tak ingat pukul berapa 1st sotong naik sebab time tu aku dah bengong haha.
Tetiba pukul 8pm hujan turun selebat-lebatnya. Laut bergelora jangan cakap, ribuuut! Kami yang duduk bahagian depan memang kuyup. Tetiba tekong panggil aku suruh berselindung di dalam 1 ruang kecil, macam bilik tapi bukan bilik. Dalam tu tak boleh diri pun, boleh duduk je tapi berbumbung lah. Tempat dorang simpan life jacket, muat untuk 3 orang duduk/ baring dalam tu.
Leganya dapat duduk dalam tu. Aku tak tahan sejuk + seasick aduhh memang lemah. Dalam basah kuyup tu aku duduk baring dalam tu sambil sapu minyak angin dekat kepala. Didi gigih tauu, dia tetap mencadat dalam keadaan tu.
Kurang dari 30min aku rasa, hujan pun berhenti. Alhamdulillah. Aku keluar kejap acah2 nak mencadat. Kami pergi musim dah hujung, so memang susah nak dapat, nak banyak kena datang bulan 4.
Tekong decide nak tukar tempat so kami pun berpindah. Time ni aku dah surrender, aku memang terbaring je dalam bilik kecil tu. Sampai tempat baru lagi teruk air bergelora tapi kat situ lagi senang nak dapat. Bayangkan aku baring pun memang terasa betul bergoyangnya. Type ni pun dapat bayangkan perasaannya haha.
Dalam pukul 10pm kot tekong suruh makan, dia masak ayam masak merah. Semangat semua makan sebab sedap katanya. Aku? Memang tak lerrr derrr. Bayangkan ayam masak merah pun dah nak termuntah. Haha
Pukul 7 pagi aku dengar tekong cakap siap nak balik dah, leganya akuuu! Haha. Dalam 8.30am Alhamdulillah kami sampai jeti balik.
On the way balik, temgok semua dah tak serupa orang haha |
Hasil. Alhamdulillah dapat dalam 10kg, jadilah dari takde. Tekong cakap minggu tu memang majoriti boat dapat lebih kurang ni je. Lepas timbang buat pembahagian harta faraid. Tekong siap sediakan ais. Aku dengan Didi bawak iced box macam nak isi sotong 15kg HAHAHA |
- makan ubat mabuk laut kalau ada mabuk laut. Membantu walaupun still mabuk tapi tak seteruk tak makan
- ruang sempit dan beralun so solat better duduk. Risau solat diri tetiba bangun dari rukuk dah ada sebelah coral 😂
- toilet disediakan dengan hanya 1 lubang. Lawa toilet sebab nampak air biru je kat bawah haha. Siapa port depan toilet selalu dapat sotong besar2 😝
sotong goreng tepung dia sedap. Ikan bakar biasa2 je bagi aku |
Ya Allah fresh gila sotong. Gigit tu rasa rangupp! Dengan manis dia lagi Haha |
Uncle rasa mencandat / memancing ni si not for me lah... mencabar kesabaran betul... Takpelah, biar Nad je mencandat... Tapi kalau bagi uncle fin... uncle akan terjun menyelam dengan senang hati....
ReplyDeleteSaya pun dah tak pergi kot mencadat ni, kita mencadat kat pasar je la Uncle haha.
DeleteJom jom pergi dive hehe
Tak pernah ada experience mencandat ni..nampak macam best..tapi tang mabuk laut tu..kansel lah..
ReplyDeletehehe try la sekali seumur hidup, mana tau boleh hilangkan mabuk laut forever hihi
DeleteSuspend betul, ingat nak baca experience mencandat tu last2 tengok banyak experience mabuk laut sahaja. HuHu.
ReplyDeletehaha maafkan di atas harapan palsu tersebut. mungkin boleh cuba sendiri utk pengalaman yang lebih mengujakan haha
DeleteJadi bulan 4 yaaa sebaiknya kalo nak candat sotong 😄..oke kak, THN depan memang ada plan ke Malaysia, walo blum tahu nak ke kota mana. Memang tiap tahun kalo Malaysia ini 🤭. Menarik juga coba candat sotong ini. Belum pernah soalnya. Berarti anak2 memang tak bisa ikutlah 😅.
ReplyDeletehaha ya cuba2, lepas candat sotong boleh terus ke Pulau Redang, sambung liburan. Makanya datang ke sini tuh mestu sekurang-kurangnya seminggu hihi
Delete