Dari aku kecik sampai dah tua ni family aku memang suka ke Kelantan. Ayah aku sukakan suasana kampung dia, Mak aku suka shopping kat sana haha. Kita ni ikut je la ek?
Kebetulan Perak ada cuti straight Khamis-Ahad sebab cuti Depavali dan Keputeraan Sultan Perak, so ke Kelantan lagilah pilihannya haha.
31 Oktober 2024
Kami gerak sebelum Subuh sebab kalau janji lepas Subuh confirm lajak ke pukul 8am, ramai kan, semua jenis melehe (slow) pulak tuuu.
Kami solat jemaah Subuh di Masjid Kg Jemuan, masjid tu sebelah kampung aku je pun, memang masjid Ayah pergi setiap kali solat haha. Habis Jemaah tegur Ayah nak ke mana sebab berseluar, malu ayah kita haha.
Singgah topup minyak full dekat Petronas, Lenggong Then sarapan di Tasik Raban, Lenggong. Dari rumah handphone aku buat hal, takde line, langsung! Jenuh la aku bukak sim la restart la, still tak boleh 😡
Then meneruskan perjalanan, kali ni tak singgah pun Banjaran Titiwangsa, takut terserempak dengan rimau hahaha. Tak lah, ramai sangat orang. Kami berhenti toilet break dekat Bukit Bunga dan beli keropok lekor sikit sebelum meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubor.
Pengkalan Kubor
|
Dari kecik kalau nampak patung ni aku tau dah nak sampai Pengkalan Kubor, memang aku tunggu2 nak tengok, tak tau kenapa haha |
|
Pergi sana memang semata beli chocolate, aku habis RM155.35 haha |
Villa Nadia Homestay
Then terus gerak ke homestay. Kami stay dekat Villa Nadia Homestay, Kota Bharu haha nama je sama dengan aku tapi tak dapat murah pun. Sebelum tu sembat singgah Nadia Butik tengok baju batik, kebetulan owner tengah buat promotion. Yang murah tak banyak pilihan pun, yang mahal tak mampu pulak hahaha.
|
Teka aku pilih yang mana? Ikutkan nak ambil tiga2 tapi sedar diri, ambil 1 je haha. RM135, ha yang ni murah sebab aku tanya kedai lain semua RM170 ke atas siap jahit. |
Butik dia 1 km je dari homestay kami. Kami sewa 2 buah rumah. 1 buah rumah ada 4 bilik, private pool RM1500/malam. Family aku sewa yang 3 bilik RM400/ malam. Memang puas hati rumahnya, besarrr, bersih, lawa, dan lengkap. Cuma bilik air je kecil sikit. Aku bagi 4 bintangg.
|
Bebudak ni berendam 24 jam, bukan main seronok. Ni private pool, dalam rumah. |
4 Family yang sewa banglo 4 bilik tu balik hari Ahad, family aku je balik Sabtu. Pergi kali ni kami tak makan luar sangat, memang duduk dalam rumah masak je. Aku tukang makan je. Haha.
Sampai je kami makan tengah hari dengan bekal; nasi panas, daging masak malbari, udang kering tumis and telur mata. Nikmat yakmat.
Then rehat kejap. Lepas Asar aku ajak ke AEON KB sebab nak ke Celcom nak betulkan masalah handphone aku. Sekali Celcom dekat AEON dah tutup. Hayyaa.
Warung AcuTera
Kami terus makan celup tepung dekat AcuTera.
|
Sempat tapow Empire Sushi dekat AEON |
|
Ok la makan sini, antara paling sedap dekat Kelantan. Tepung dia yang sedapnya haha. Udang and sotong 1 pinggan RM11. Kuantiti sikit, makan rebut2 baru sedap kan? Haha. Udang dia fresh, sotong tawar sikit tapi kenyal. Boleh la nak repeat. |
1 November 2024
Makan pagi dengan Nasi Lemak yang dimasak oleh macik2 aku. Kemudian aku bawa Mak ke Pasar Berek 12, dia nak beli kuih dan makanan tradisional Kelantan kat situ. Aku tunggu dalam kereta je sebab takde parking. Dalam pasar orang beratur beli kuih2 viral. Sekarang baru aku perasan aku tak rasa pun kuih dan laksam yang mak beli tu.
Kemudian kami keluar ke Butik Irah Syukri beli kain ela. Aku beli sepasang untuk aku, sepasang untuk Mak, Mama dan Opah. 1 pasang = RM50. Banyak juga pilihan kat situ. Kemudian kami ke Pasar Khadijah, aku beli lagi sepasang kain RM55 dan keropok keping RM27 (beli untuk rumah 1, Mama 1)
Sebenarnya tujuan keluar nak ke Celcom KB Mall tapi sebab hari Jumaat, Mall bukak balik 230pm, sementara nak tunggu 230pm tu la membuatkan singgah macam2 tempat tu.
Balik terus makan lunch, macik aku masak Patin Tempoyak. Petang pula kami ke PCB makan celup tepung jugak. Layannn makan tepi laut.
|
Maggi udang. Sedapp |
Malam macik aku masak Nasi Goreng tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang dan dah gemok.
2 November 2024
Hari balik. 1030am kami dah checked out. Pagi tu macik aku masak bihun sup, makan sikit sebelum balik. Terus ke Empayar Batik Exclusive PCB, saja tengok2. Besar kedainya, banyak gila pilihan tapi aku tak beli apa pun, dah2 la tu. Haha
Then pergi makan dekat Pak Mat Pulau Pisang. Mak teringin teh ais. Situ makan sedap tapi kuantiti sikit and mahallll. Aku cakap dekat Mak, dah tak payah la pergi makan situ dah. Memang orang dah tak ramai macam dulu.
Seberang kedai tu ada kedai keropok kapal layar namanya. Ni korang wajib singgah sebab keropok dia sedap. Keropok segera and keropok lekor dia sedappp.
Then kami pun meneruskan perjalanan pulang. Singgah solat di Masjid Cina, Rantau Panjang. Satu je aku tak suka Kelantan ni, toilet tak berjaga, masjid tak berjaga. Sayang gila. Mungkin tak semua tapi yang aku singgah tak berjaga sangat. Tak melambangkan negeri Islam hoho. Aku syak sebab masalah sumber air la, ada ke toilet takde flush? Rasa duduk zaman 70an haha macam aku pernah hidup zaman tu.
|
Lawa tapi lantai penuh tahi cicak |
Singgah di Rantau Panjang, adik aku nak beli jersey. Aku belikan Abah tshirt je dekat sana. Kat sana pun dah sendu, dulu punya meriah orang. Aku syak sekarang orang dah banyak beli online, lagi murah gamaknya.
Pit stop terakhir kami singgah beli Pizza Jangok Mek Ani dekat Jeli, restoran pizza orang Melayu, punya ramai orang beli. Dia pakai roti biasa je bukan pizza tapi rotinya lembut la and bahannya banyak. Puas hati la makan, sedap pun sedap. Bagi tekak Italian macam aku ni, aku tak panggil la pizza, tu roti oi! Hahaha. Kalau untuk pizza, ratingnya 2/5 je. Kalau untuk roti boleh la bagi 4/5 hehe.
Kami singgah solat di Masjid Grik and selamat sampai ke kampung halaman jam 9.45pm. Alhamdulillah.
Keropok cap kapal layar pernah beli kat Kemaman juga.
ReplyDeleteSedap tak yang tu? Selalunya produk kemaman sedap2
DeleteCuba bagi cadangan kat kedai pizza tu supaya buat pizza topping budu... Mesti viral kan?
ReplyDeleteHuk aloh... Kalau demo kecek kelante mesti dapat harga lokal baju tu....
haha risau orang kelantan je makan kalau gitu.
DeleteTu la, kitonyo tak reti kecek kelate, pahe tu pahe, nak kecek tak reti haha
Saya menyesal saat masih di Penang, libur kuliah, teman adik yg orang Kelantan ajak kami berdua ke kampung dia di Kelantan. Tapi saya tak bisa ikut saat itu, JD hanya adik saya saja.
ReplyDeleteJadi sampai skr belum pernah ke sana.
Dan sampai skr, saya suka tertukar antara Kelantan dan Kuantan 🤣🤣. Kadang harus pikir dulu yg mana satu maksudnya ðŸ¤ðŸ¤.
Jadi sebenarnya keropok Lekor itu memang asal Kelantan atau Kuala Terengganu kak? Saya ada plan ke Kuala Terengganu , maybe next year, hanya semata nak makan keropok Lekor Krn banyak yg bilang di sana sedap ðŸ¤ðŸ¤.
Saya sukaa sangat keropok Lekor. Saat di Penang, hampir tiap hari nak beli itu. Jadi Snack teman belajar 🤣
Haha dua2 negeri ada keunikan keropok lekor masing2 but for my personal preference, I love Kuala Terengganu's lekors more hehe. Kuala Terengganu best sebab banyak pantai dan laut. Aman sekali kalau ke sana, lajak ke Pulau Kapas/ Pualu Redang terus Kak. :D
Deletesyok nya berjalan kelantan, dah lebih 10 tahun tak jejak kaki ke Pantai Timur...kalau pegi pengkalan kubor memang tuju coklat je lah...kadang2 kalau kak ipq nak balik, kita kirim coklat dekat dia...hihihi
ReplyDeletehehe boleh dah repeat tu. tapi Kelantan tak semeriah dulu *tempat shopping.
DeleteAkak pun suka pergi Kelantan atau Terengganu..sbb food sedap2 dan murah. Cuma yang malas..kematu vontot bila drive..Kalau naik flight tak thrill pulak khenn..
ReplyDeletehaha macik saya hampir tiap bulan pergi naik flight KL-KB. Boleh je kak naik flight, memang sakit badan naik kereta ni. sampai sana sewa kereta hehe
Deletemasa ulang-alik hantar anak akak belajar kat Jeli dulu pernah la makan pizza jangok tu...ya setuju dia bukan pizza tapi roti....pastu Bukit Bunga tu tempat wajib shopping keperluan anakanda kat situ...teruja betul dengan Mr Diy kat situ.....hahaha..rindu pulak Jeli dan Kelantan...sekarang dah tak pegi dah..dia dah belajar kat UPM pulak....tak tau bila nak pegi Kelantan lagi...
ReplyDeletela dah alama ke wujud, ingat baru lagi hehe. Bukit Bunga memang landmark pertama untuk shopping kalau datang dari Perak hehe. Kenapa dengan MR DIY dia? Lain dari lain ke? hehe. Kalau UPM ke IOI je lah jawabnya yee. Boleh dah plan ke Kelantan, tahun depan banyak cuti sambung hihi
Delete