”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/11/2024

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah @ Kuala Kangsar, Perak

Sabtu lepas aku balik rumah Mak sebab hari Ahad kami join larian HKSNS. Ni kali kedua aku join, tahun lepas buat dekat Taiping, Perak.

Petang Sabtu tu aku ingat nak jogging belakang rumah Mak sekali cousins aku yang cenonet tu pun menyebok nak ikut, idok le jadi jogging, jadi walking je haha. Didi meneruskan usaha jogging sampai cousin aku risau takut Abang Ish dia sesat sebab Didi hilang dari pandangan mata kami haha. Didi lalu jalan jauh, dia dapat 8km petang tu. 

Seronok la layan suasana kampung sambil melayan celoteh budak2 tu.

Lepak atas jejantas yang melintasi landasan keretapi. Cantik kan kampung aku? Hihi

Lama jugak lepak sini tunggu ketapi lalu tapi tak lalu2, elok kami jalan pulang dia lalu 😒

Jadilah kan? Yang baju merah tu nama laki dia Syakir, nama betul dia Fatimah 😅. Kereta depan tu dah hon dah gigih jugak nak bergambar haha

Hari Kejadian

Kami bangun seawal 5.30am untuk bersiap. Tahun ni aku dengan Didi masuk 15km, yakinnya kamu! Haha. Flag off pukul 6.45am. Janji gerak lepas Subuh, nasib sekarang Subuh awal jugak.

Event ni dah jadi macam acara tahunan aku dengan cousins semua. 13 orang cucu-cucu Tok Tahir masuk acara ni, 2 orang masuk 7km, 6 orang masuk 10km, 5 orang masuk 15km. Kami park dekat pejabat macik aku, dah mintak permission awal2. Nasib tak jauh, 500m je dari garisan permulaan.

Sampai2 je Masha Allah ramai gila manusia. 12k yee penyertaan, belum masuk ghost runner lagi. Gila! 

Sian Didi dia cherry berry dari malam semalam, tak cukup tidur sebab asyk terjaga. Time nak flag off pun dia sakit perut lagi so ke toilet dulu. Kami jadi antara paling lambat gerak sebab ter stuck dengan ribuan manusia yang masuk 10km, kira kami yg terakhir la berlepas bagi kategori 15km.

Laluan ok je lalu jalan-jalan kampung, lalu sawah bendang, yang tak ok sebab jalan terlampau kecil, kalau 2 stroller lalu memang tutup terus jalan tu. So susah nak mantain pace (aceyy terbajet runner sejati pulak haha)

By the way, kalau korang dah lama baca blog aku, korang akan tau cerita pasal arwah Abang Man. Time lari hari tu bila lalu satu kampung ni aku rasa sangat familiar then tetiba aku nampak isteri arwah Abang Man depan rumah dia tengah tengok kami berlari, aku apa lagiii, terus jerit , dia pun perasan aku dan jerit sama haha terus kami berpelukann. Rindunyaa. Walaupun sekejap je pelukan tu, rasa silaturahim tu masih terjalin. 

Larian ni terkenal dengan kesantaian dan makannya. Seronok tengok gelagat macam-macam jenis manusia. Ada yang pakai baju sekolah, baju raya, baju pengantin, kostum adiwira, baju tidur, baju hantu dan macam-macam lagi.

Yang tak best kali ni makanan cepat habis! Aku tak la belakang sangat tapi semua check point makanan habis, mungkin faktor demand tak meet supply. Kecewa rasanya sebab kononya tahun ni ambil 15km sebab nak makan2. Haha. Takpelah, takde rezeki.

Sepanjang perjalanan adalah hiburan sikit, (dekat Taiping tahun lepas lagi meriah) ada pemain gendang, pemain kompang, ada sudut main gasing, main sepak takraw. Ada dua point bomba bukak pili air bomba tu, meriahh! Kuyup aku walaupun lalu berapa saat je haha. Ramai  berhenti enjoy and join the show. Aku? Tak, aku kan runner kahkahkah.

Lagi satu signature larian ni adalah air kelapa tapi kali ni yang tak best bila air kelapa adalah check point terakhir. Tu air tambah tenaga weii, patut letak la kat check point tengah, dah habis baru bagi apo dio.

Overall untuk santai-santai and dapat lepas awal, larian ni memang enjoy. Larian ni bukan untuk runner tegar haha. 

Conslusionnya, larian tahun lepas di Taiping lebih well managed and teratur. Tahun ni dekat Kuale berterabur. Paling tak boleh bla ada ke jem dekat finishing line. Aku tak tahu apa urus setia fikir letak barricade lepas finishing line and kena masuk ke dalam compound dewan untuk ambil medal. Ayyo time orang lalu finishing line kau terus la pass medal. Berhimpit dengan bermacam macam bauu. 😩Fail betul. 

New Balance for the event hehe
Air yang menyejukkan perasaan yang sedang panas haha

kaki cucu-cucu Tok Tahir

Geng New Balance hehe

Jadi la kan? 15km pace bawah 10 hehe. How was it? It was a great exposure. Cuma dekat km ke-13 belakang kaki aku dah start tarik. Mana taknya, tak warm up tak apa, terus pecut je. So nak taknak kene teruskan slow jog sebab kalau jalan lagi sakit rasanya. 


Tak pernah aku masuk run jem dekat sini haha


6.15am

Larian ni memang popular. 1 jam sold out. So be ready tahun depan dalam bulan Mac akan buka untuk larian 16 Nov 2025 di Kuala Kangsar jugak, InshaAllah. 

Habis larian aku dengan 2 geng MRSM aku ke Kamunting untuk lunch. Gigih kan jauh nau lunch sebab nak larikan diri dari kesesakan Kuala Kangsar. Kami lunch dekat Wan Ikan Bakar. Murah dan sedap! Kedai besarr.

Balik lunch terus tidur weh tak ingat dunia. Sedar bangun solat Asar and lepas Maghrib balik Ipoh. Sakit satu badan aku! Haha.

9 comments:

  1. Sakit badan tu sebab kena mandi air bomba tu.... Nasib tak baik demam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Uncle? air tu kotor ke? Saya rasa sakit sebab tak biasa lari jauh hehe

      Delete
    2. Setahu saya air bomb xde l bersih sgt..

      Delete
    3. Bestnya marathon sambil tgk view..
      Mesti frust ms nk balik time tu la kete api dtg ya..hehe

      Delete
    4. hehe jom la join tahun depan, layan view kampung di kuala kangsar haha

      Delete
  2. Larian yang pernah join Fun Run 5km je. Ni banyak km jugak ya....Menarik juga larian sempena Keputeraan Sultan Nazrin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jom la join tahun depan, boleh jalan2 area perak terus hehe

      Delete
  3. Aissssh serunyaaaa kak nad 😍😍😍😍❤️. Saya nih dikelilingi oleh teman2 yg fanatik lari sebenarnya. Mereka sukaaa join event lari begini dj jakarta. Macam2 kan jenisnya. Tp tuhlah, saya suka melihat dan dengar ceritanya saja 🤣🤣. Jujur lari outdoor memang bukan olahraga fav saya. Atau mungkin Krn jakarta panas, jadi belum tertarik ikutan saat ini 🤣.

    Dah lah, saya dah puas baca cerita teman2 yg ikutan 🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, event lari sekarang very trending, setiap minggu ada je. lari kena mula seawal 630am untuk elak panas sebab Malaysia pun sama dengan Indonesia, panasss haha.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!