”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/10/2025

Permulaan tahun yang mencabar

Tahun ni baru hari ni aku berkesempatan nak log in masuk blog ni, nak reply komen rakan2 blog. Life has been so exhausted lately, with workss. Penat otak. Ada masa aku balik rumah terus terdampar bagai dugong sesak nafas. Pukul 10pm mata dah tak boleh bukak.

House chores dibuat dalam keadaan seret kaki, yang mana boleh tangguh (contoh: simpan baju yang dah dilipat dalam almari), aku pandang sepi je ke arah mereka. Rasanya dah 2 minggu baju tu ada dalam bilik laundry haha. Baju yang tak berlipat pun ada dah seminggu kat situ. Huaaaa.

I'm still adapting with cara kerja office baru. Kalau dulu aku buat 1/5 je task dekat ofis lama sebab yang lebih tu ada pegawai lain cover, dekat sini 5/5 tu bawah aku. Dapat pulak bos workaholic, kerja sampai malam, weekend datang kerja, memang gaji dia paling berkat aku rasa haha. Dia baik tapi bagi aku yang baru ni terasa la penatnya nak keep up dengan cara dia berkerja.

Ni jadual aku dah penuh sampai sebelum Ramadan. Doakan aku terus kuat, amanah dan bersemangat! Ayyuhhh! 

Siapa cakap orang kerajaan takde kerja aku doakan dia dapat kerja kerajaan dan menyesal masuk kerajaan haha. 

Meh la aku update sikit kehidupan aku sepanjang aku menyepi ni haha. 

30-31 Dis aku ambil cuti akhir tahun, saja jalan2 ke KL. Stay dekat Starus, Bukit Bintang. Pergi Sogo beli barang sikit and malam tu dinner dekat Banglo 289, belanja family aku dekat situ. Sedappp! Recommended. Harga pun not bad. Ikan size besar 2, sotong 2, daging 2, tomyam, telur, air semua dalam  RM350. Memang sengkak perut makan 8 orang dewasa. Aku dengan Didi jalan kaki je dari hotel nak ke situ, dekat je dengan penginapan kami.

Time New Year Didi ajak ride, dia suruh aku decide nak ke mana. So aku decide ke arah utara. Kami gerak dari rumah pukul 8am then singgah breakfast di Taiping. Then terus ke arah Ban Pecah, saja nak tengok laut. Sampai sana around 11 pagi, panas berdecing baq hangg. Lepas tu Didi ajak pergi Decathlon Batu Kawan sebab nak beli handsock, dia dah tak sanggup tengok kehitaman kebakaran tangan dia akibat ride haha.

Then gatei singgah Design Village, aku nak cari wrislet. Bila ride ni memang takde la nak beli barang besar2 kan, yang agak2 muat bonet motor je. Nak pasang box lambat lagi agaknya, nak kumpul duit dulu, pasang box je dekat RM7k katanya huhu.

Tengah kami kat sana tengok status Abah ada dekat Ban Pecah jugak. Amboi kemaenn jauh berjalan sejak ada kereta kecil ni , tak bagitau anak pulak tu hehe. Terus ajak Mama & Abah lunch dekat Pak Majid Kari Ikan Sembilang, Kerian. Aku baru tau orang sana makan ikan tu start petang membawa ke malam. Pelik rasanya sebab selalu orang makan lauk gitu time lunch hour je haha. Sedap kari kedai tu, boleh repeat. 

Tu je la kejadian hujung tahun aku. Takde gambar malas nak upload haha, nah tengok video pendek

Doakan kehidupan aku sejahtera lepas ni so aku boleh luangkan lebih masa dekat minat aku yang satu ni iaitu merepekkk haha. Take care kawan2!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!