Jumaat lepas kami ke Penang, Didi ada tournament rugby dekat sana. Sampai Penang terus pergi makan dulu, lapar gila, dua2 tak lunch lagi. Kami pergi Restoran Thong Ne Thae, Batu Kawan.
Kedainya besar, mengadap laut so pemandangan memang A. SOP nya kena order kat kaunter, bayar then duduk tunggu nama dipanggil. Kena ambil makanan sendiri dekat kaunter dapur, ada troli disediakan.
Tapi kawasan kedai tak mesra troli sebab bertangga so kena ulang banyak kali nak angkat makanan ke meja. Makanan ok la. Nak repeat tak kot sebab jauh ke dalam and sistem dia tak customer friendly. Rasa dia standard, tak wow sangat.
Tomyam Bangkok |
Macam ada kebakaran je tu kan? |
Then ajak Didi ke Sunway Carnival Mall, nak beli inner dekat Uniqlo. Nak ke sana punyala jem sebab time orang balik kerja. Dah sampai Uniqlo idak le beli inner je, terbeli kemeja kerja 1, tshirt 1, aduhaiiii aduh sakitnyaaa wallet iniii hahaha. Ke manakah azam nak berjimat tahun 2025 ni? Huaaa. Helpeddddd meee haha.
Then Didi ajak pergi Asics tengok Novablast 5. Punca dia ni puncaaaaa! Aku TERbeli jugak kasuttt, ni semua salah Didi, dia yang racunnn huhu.
cant resisttt 😒 |
Kasutnya ada 4 pasang, kakinya sepasang, larinya kadang2 😤 |
Bagi menyejukkan hati sebab duit dah habis, aku pun cari air Beautea. Nak rasa.
Oolong Peach Milk Tea (Kanan) rasanya 90% sama dengan Chagee. Cuma ni wangi sikit and milky sikit. |
Lepas tu kami pun checked in Hotel Blanket. Belakang mall tu je. Ambil hotel murah2 je sebab nak tidur je ha. Kelengkapan hotel lengkap, ada gated parking, RM2 sekali masuk tapi tandas tak berapa bersih. Kalau korang nak tidur area Mall tu baik ambil hotel Masson, lagi best dengan harga marhaen.
Esok pagi Didi pergi padang and aku stay hotel sebab nak siapkan kerja. Huhu. Tak pernah sepanjang perkhidmatan aku buat kerja time weekend, tapi kat office baru ni terpaksa sebab tak sempat nak buat time office hours. Memang berkat gaji aku duduk sini haha.
Pukul 1130am dah lapar aku pun checked out and jalan kaki ke Sunway Mall. Makan dekat Black Canyon sorang2 then tapow kan Didi sandwich sebelum gerak ke padang naik grab.
Nama kiosk dia Sandwich Box tak silap. Sedap dan murah. |
Sampai padang aku tak masuk pun lepak dalam kereta je sebab kat luar panas haha. Dalam pukul 6pm Didi punya game pun settle then kami ke masjid untuk solat. Then kami pergi 1 kedai buah viral, sorry lupa namanya. Memang best macam2 buah ada. Kami beli orange kecil, bidara dengan kiwi madu. Semua elok and sedapp. Berbaloii!
On the way balik singgah Nasi Kandar Alif dekat Bukit Mertajam. Orang Melayu punya nasi kandar. Recommended jugakk. Sedapppp!
Sampai Taiping Didi drive and aku tak over sampai Ayer Tawar. Sampai rumah Mama, Mama pun dah tidur. Mandi solat semua kami pun tidur. Esoknya Mama masak sup kambing cecah air asamm. Sedappp gilaaaa! Haha.
Lepas Zohor kami pun balik rumah. Sekian update weekend lepas.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!