”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/18/2025

Short ride to Penang

Aku balik dari camping hari Jumaat, Sabtu tu kami ride ke Penang. Mulanya plan dengan pakcik aku nak ke Cameron Highland tapi pakcik aku cancel plan 😒 so kami pun malas nak bersesak atas tu lagipun baru balik dari tempat sejuk jugak, so kami decie ke tempat panas haha.

Memang takde hala tuju sangat pun ke sana. Sampai2 je terus lunch dekat Nasi Kandar Imigresen. Alhamdulillah tak ramai orang walaupun tengah cuti CNY. 

Kalau takde bawang goreng tu masakan dia rasa bland sikit. 

Lepas tu aku ajak Didi makan durian Balik Pulau but sadly banyak kedai tutup sebab raya kan, kedai durian atas tu mostly Cina. Takpelah, takde rezeki.

On the way turun kami singgah tepi airport, saja gatai tunggu kapal terbang lalu hehe. Lepas tu lepak bawah jambatan kedua, tengok orang mancing.

Dah bosan sikit kami pun gerak balik ke rumah Mak.

Esok pagi pulak balik rumah Mama, lalu Manong singgah beli pau Manong. Kalau korang ke Manong wajib beli pau dia, kedai dia sebelah BSN Pekan Manong. Sedap gila.

Petang tu lepas makan dekat kedai Mama, kami pun balik rumah. Dah2 la tu, bawaklah berehat asyik menyongkett je 2 ekor ni haha. 

Nah tengok sikit video ride ke Penang hehe. 

12 comments:

  1. lama tak lalu manong...dulu masa adik sek teknik Kuala Kangsar(nama lama), rajen lah kesana, sebab kita jadi tukang drive...hari ahad nak singgah pasar malam depan KV tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KV kuale dekat padang rengas kan? boleh la round2 sana mengimbas kenangan hehe

      Delete
  2. Rajin awak berdua ukur jalan erk...hehehe...ok la tu naik Penang....akak ni x explore habis lagi Penang...next la kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah Allah bagi badan sihat nak ukur2 jalan hehe. jom kak pusing penang hehe

      Delete
  3. Bukan musim nak makan durian Balik Pulau. Ride naik bukit pun best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu la, cari bukan musim memang cari pasal namanya. Betul, layan corner bukit bestt hehe

      Delete
  4. masih menjadi tempat lepak yer di bawah jambatan tu.. dulu sebelum tsunami kami budak2 suka lepak di situ.. slps tsunami kami sudah tak berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masihh. ramai memancing.

      Delete
    2. Anonymous2/28/2025

      sebelum tsunami tak de lagi jambatan tu.. ni Jambatan ke dua.

      Delete
    3. aah betul ni jambatan kedua

      Delete
  5. Nasj kandar imigresen ini saya pernah dengar, tp tiap ke Penang blm sempat coba 😄. Nak juga lah. Selalu ya kalo ke Penang makan nasi kandar deens maju saja. Atau tak pelita. 🤭☺️. Sebeb nasi kandar pelita nih banyak memorinya buat saya. Zaman masih kuliah, tiap mengerjakan assignment pasti di nasi kandar pelita, sebab buka 24 jam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nasi kandar pelita memang legendd di seantero malaysiaa.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!