Busynya kehidupan lately, minggu ni most day pergi kerja gelap, balik pun gelap. Haih laaa. Harap lepas big program next week aku dapat bertenang.
Ahh malas la cerita pasal kerja. Jom cerita pasal aku berjimba last week. Last week kan ada cuti CNY, aku dengan Didi apa lagi, ambil la cuti kapit hari Jumaat tu. Rugi woo tak ambil. Kebetulan kawan kami RF ajak camping dekat perkampungan orang Asli, Kg Beswok, Sg Siput (U). Ayuhhhh!
Kalau ikutkan pekan Sg Siput tu dari rumah dalam 15 minit je tapi nak ke Kg Beswok tu dekat sejam setengah oi, siap boleh jama' haha. Jalan nak ke sana boleh akses dengan semua jenis kenderaan tapi kena hati2 sebab jalan kecil and ada tempat ada tanah runtuh. Kat sana takde line ye, zero, sipi2 pun takde.
Kami gerak pukul 10am lebih, pergi brunch dulu, beli kelengkapan yang tak cukup then baru ke sana. Dalam 1.30pm kami sampai dengan selamat, Alhamdulillah.
Sampai2 je ya Allah cantiknya kampung tuuu. Pleasa la pergi korang, memang best. Sungai dia cantik sangatt sangattt. Situ ada chalet + campsite. Kami sewa campsite, RM45/ malam. Campsite pun dorang sediakan pondok so pasang khemah atas tu, takde la kotor khemah, siap bumbung memang tak risau hujan. Terbaikkk.
Kami sampai memang tak pasang khemah dulu, kami lepak je atas pondok tu, dah la kat situ, angin petang dia dinginn yakmat. Sempat aku dengan Didi lena atas pondok haha.
Malam tu kami bakar kambing. Kami pergi hari tu 4 pasangan, so masing2 masak, share2 gituu. Malam tu aku tidur awal, pukul 10pm dah tidur. Oh kat situ ada elektrik, kat pondok ada sediakan plug points cuma ada masa elektrik akan trip tapi dorang akan betulkan.
Ya Allah malam tu aku dengan Didi dua2 tak boleh tidur. Sejukkk gilaaa sampai ke tulang. Didi yang selama ni tahan sejuk pun tak tahan. Kami tidur pakai sweater, pakai stokin, pakai selimut still terasa kesejukannya. Kalau pergi sana please bawa sleeping bag/ comforter.
Esoknya kami ambil trip jungle trekking ke hidden waterfall. Kecil dia waterfallnya, dalam 15m tapi lawaaa, air sejukk, angin kuat. Kami bayar sorang budak orang asli tu RM20 bawa kami ke sana. Berbaloiiii! Wajibbb pergi.
Tengah hari Didi masak paes tempoyak ikan patin petai haha. Apa rasuk dia entah lately suka tempoyak + petai. Tu tanda2 menua bang hahaha.
Petang tu ada perkara tak diingini berlaku 😔 Didi fly drone dia sekaliii terlanggar pokok and jatuh. Huaaaa. Jatuh masuk sungai, try cari tak jumpaa mungkin dah dibawa arus deras. Sedihnyaa, mahal tuuu huu. Tapi nak buat macam mana kan, rezekinya sampai di situ sahaja, kena la redha. Mungkin Allah nak ganti dengan rezeki yang lebih baik. InshaAllah. Arwah dulu baik dronenya ðŸ˜
Petang kami mandi sungai. SubhanAllah airnya sejuk lahai macam mandi ais. Tapi gigih jugak berendam. Malam makan oden. Lepas tu main Uno dengan Werewolf sampai 2 pagi haha.
Esoknya lepas breakfast kami pun gerak balik. Pagi tu makan roti canai + sardin. Sayang nak tinggalkan tempat tuu. Jauh dari hiruk pikuk kota, takde line so memang fokus pada alam dan manusia. I already miss the serenity. InshaAllah akan repeat. Hehe.And rezeki Allah bagi sepanjang kami kat sana cuaca cantik sangat.
Downside dia bagi aku adalah toilet. Mungkin orang Asli ingat kehidupan kita macam dia agaknya boleh membuang dalam sungai hahaha. Toiletnya sikit, ada air tapi sistem perpaipan nya fail. Faham2 je la ye bila semua orang guna serentak apa jadi 💩.
Ni ada video camping sikit and video pergi waterfall sikit hehe and moment2 terakhir drone.
Aku share jugak gambar sebagai kenangan.
by Didi. |
Member kesejukan |
by Didi jugak. Sedappp. Perapan Didi tak pernah fail so far hehe |
sebelum pasang khemah |
Lawa kan pondok dia? Tak payah khemah pun takpe tapi memalam gigil la plus ada anjing kat situ |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!