”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/17/2025

Jakarta - Bandung #2

Hari kedua seawal 5am kami dah naik grab ke Halim Station untuk naik keretapi laju (Whoosh Train) ke Bandung. Percutian kali ni korang janganlah harap aku bagitau kos sebab aku bagi duit kat kawan aku, dia yang uruskan semua. Korang nak tau google sendiri ok? Haha. Tak silap aku tiket Whoosh ni one way after convert dalam RM95 kot.

Tiket whoosh ni beli dekat kiosk tapi untuk foreigner boleh beli dekat kaunter sebab kiosk dia tak terima cash and QR Malaysia pun tak boleh and kad pun tak boleh nak read. Time beli tu kawan aku F pergi belikan. Kau tau dia tengah beratur tetiba ada sorang lokal potong barisan dia, cakap dia dulu. Weh kau kenapaaa! Gila keee? Nasib baik ticket man tu back up kawan aku cakap kawan aku yang sampai dulu, kalau tak mau kene cepuk perempuan gila tu dengan kami bertujuh. Ha mau ada 7 biji dragon balls atas kepala kau sat lagi. Jangan main2, kami semua berdarah pendekar mustar haha. 

Aku ingat lagi dulu aku pernah ke Bandung naik van dari Jakarta, hazabbb weh, macet gila yang tak gerak punya. Stress betul. Tapi sekarang tidak lagiii, dengan Whoosh Train korang boleh sampai Bandung less than 1 hour! Amazinggg gila! Time naik tu aku tengok dia tunjuk kelajuan train tu 329km/h! Gilaa! Kalau tetiba ada tikus melintas driver brek mengejut mau kami bangun di Bandung tapi dari alam lain haha.

Dari Halim Station train akan stop dekat Padalarang Station (30 min). Dari sini kena naik feeder train pulak ke Bandung, tak payah beli tiket lain just tukar terminal je. Nak senang tanya orang situ mana terminal dia sebab agak keliru. Dari Padalarang ke Bandung ambil masa dalam 20 min sahaja.

Sampai Bandung dah ada supir yang tunggu kami. Kami sewa Supir dari 8am-10pm. 1st destinantion mestilah kena makan dulu. Supir bawak ke Restoran Dimsum Sembilan Ayam, kedai viral rasanya sebab ramai orang. 15min jugak tunggu giliran and Alhamdulillah makanan sedap2.

Bila perut dah kenyang kami apa lagi? Mulalah aktiviti menyoping. Memula nak pergi wisata tapi tak larat rasanya nak menempuh perjalanan sejam so kami decide untuk jalan2 shopping je dekat bandar Bandung tu.

Kedai pertama kami pergi Perfumery Win. Ni kawan aku suggest dia cakap tahan lama. Memang terbukti! Murah pulak tu. Bau dia inspired dari brand2 mahal. Nyesel pulak beli 2 botol je, tau wangi baik beli 3 botol! Haha. Kena pergi lagi ke macam mana ni ek?

Kemudian kami ke kedai Exsport, kedia jual beg bermacam jenis dan berwarna warni. Lawoo tapi aku tak beli pun sebab beg dah banyak dekat rumah. Syabas Nadia berjaya kawal nafsu.

Lepas tu pergi kedai Paddy Play Store yang jual benda2 comel macam keychain etc and ke Bearpath kedai kasut yang menyerupai Teva but cheaper and local products. Pun aku tak beli apa2. 

Then pergi kedai Tiga Rasa jual kerepek, pun aku tak beli sebab ranggah nak bawak balik and tau nanti tak makan sangat punn. Lepas tu kami ke 1 kedai jual baju, telekung and kain tapi maafin gue sebab aku lupa nama kedai tu. Kat sini aku beli sepasang kain batik ela. Ok la 1 meter RM20, kain cantik tapi aku tengok harga lain semua macam agak mahal.

Sebelum meneruskan perjalanan kami makan tengah hari di Restoran Iga Galabag, pun viral sebab ramai orang and Alhamdulillah sedappp, Berbaloi tunggu sambil makan aiksrim.

Destinasi terakhir sebelum check in hotel kami ke Kartika Sari, beli kudapan wajib dari Indonesia sebagai souveniers. Bagusnya dorang tolong pack kan dalam kotak so senanglah nak bawa masuk flight, tak payah penuhkan luggage. 

Kami check in dekat Hotel Fave Bandung, hotel ni atas mall. Dah settle mandi solat semua kami ke Restoran Bakso Semar Asli untuk dinner. Bagi aku biasa2 je masakan dia, sedap lagi aku makan bakso dekat Malaysia haha.

Dah kenyang kami pun balik hotel dan jalan2 dalam mall tu je. Kawan2 aku pergi tengok baju and aku terjumpa Pesta Buku, jackpot! Aku memang ada minat sorang penulis Indonesia ni and Alhamdulillah memang banyak buku dia kat sana, aku beli 5 bijik terus. Selama ni aku beli dekat Shopee dalam RM50 sebijik kat sana aku dapat dalam RM25 jee, menarik bukan? Haha.

Kami akhiri hari tersebut dengan tidur yang lena setelah seharian berjalan. Cadangan aku kalau setakat korang nak shopping area bandar, baik korang balik hari je, tak perlu angkut luggage ke sana sini. Hoho.


kedai wajib pergi orang Malaysia untuk bawak balik. Bagi aku biasa je rasa dia

Kedai lunch. Sedapp and orang pun semestinya ramaii

Sedappp semua aiskrim diaaa

Perapan dia sedapp

Rambang mata nak pilih

Dodol pelbagai perisa. Tak beli sebab tak sedap haha





Breakfast. Sedap

Bakmi Ayam. Sedapp. Chili oil dia sedapp



Feeder  ke Bandung. Macam aiskrim solero kan? Haha




Kerusi whoosh. Selesaa.


The best pirchased!

Sorry la gambar berterabur. Kali ni memang tak banyak gambar aku ambil, suruh kawan2 tag dekat IG je hahahah sampai situ tahap santai percutian kali ni. 

6 comments:

  1. Memang akan ada masa kita travel sebab nak berehat..x amik gambar dan macam- macam la..tp shopping tetap no syatu

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahaha ya Allah tergelak saya bayangkan tikus melintas di rel Whoosh 🤣🤣🤣. Saya saja blm coba whoosh ini 😅. Suami yg dah berkali2 Krn tugas kantor. Memang LBH suka naik whoosh, LBH cepat kan.

    Saya dah lama tak ke bandung, sebab macet parah. Tp setelah ada whoosh, memang teringin, tp tuh lah blm ada waktu. Nantilah mungkin habis lebaran. Soalnya kalo festive season bandung dah pasti ramai di kotanya. Apalagi di daerah atas macam Lembang, beuughhhh ga gerak bisa bisa 🤣🤣🤣.

    Isssh toko parfume tuh nanti saya nak cari lah. Tak pernah tahu pun.

    Baguuuus nad, memang yg suka selak antrian dilawan saja. Saya benci sangat orang yg begini. Ga peduli udah tua atau muda, saya lawan, nak cari ribut 🤣.

    Dimsum 9 ayam tuh terkenal. Saya pun penasaran juga. Samaaa, saya biasa saja Kartika sari. Sekarang bandung banyak tempat oleh2 yg lebih enak. Jadi LBH suka beli di sana. Tp Kartika sari ini Krn dah big brand dan lengkap tokonya, JD orang2 masih suka belanja souvenirs di situ. Sebab tak payah pindah2 tempat kan. Tp biasa saja rasanya.

    Saya sukaaa juga dengan buku2 Tere liye, ilana Tan. Koleksi saya hampir lengkap buku2 mereka ❤️

    Resto iga nya saya mau coba deh. Biasanya di bandung ada beberapa resto iga, dan yg pernah dicoba lumayan semua. Tp yg Nadia coba saya blm pernah rasa.

    Bearpath itu saya sukaa sendal gunungnya. Sebab tali dia bisa diganti2 😄. Jadi seolah punya banyak warna. Saya beli lengkap talinya hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ya ya, Ka Fanny kena cuba, amaizingg! hehe terasa berada di Japan (walaupun tak pernah pergi) haha.

      Waktu saya pergi hanya bermain sekitar bandar sahaja dan Alhamdulillah, trafiknya baik2 aja.

      Hihi boleh cuba, tak ramai orang tapi kualitinya selumayan harganya.

      haha yaa kita kena lawan kerana benarrr! Haha.

      Kan? Bagel KS biasa2 ajaa hehe.

      Ilana Tan pun bagus ya? Ini buku pertama Ilana Tan yang saya beli, kalau bagus nanti nak beli yang lain pula hehe.

      Iga tu daging ya? Sedap2, hari cubaaa.

      Aah menarik sandal tu sebab talinya bisa diganti ikut selera kita cuma ketika itu aku baru saja beli sandal baru, kalau beli lagi takut dimarahin sama Didi haha

      Delete
  3. Sambar tak Teva tu? Harga sana dengan malaysia jauh tak?
    Tapi hati2 kalau beli online kat Malaysia... Ada website tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun Uncle sebab baru beli sandal Keen.

      ye kann! Website tipu tu sebijikk kot. Erghhh

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!