”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/12/2025

Jakarta - Bandung 4H3M

Korang mesti tahu kan video viral pasal ex-suami Cik Epal kantoi pergi Jakarta dengan si Dewi tu? Ada kawan aku share video tu dalam group whatsapp, time tu cerita dorang tengah hot. Sekarang pun masih hot cerita dorang cuma aku tak ambil tahu dah, mampuihh hangg la nak meroyan ke apa ke, cemuih aku semua benda nak tayang kat medsoc. 

Oh berbalik kepada video tu, kami pun membahaskan la isu tu, tak deep pun, layangan je. Tetiba salah sorang daripada kami (watak dirahsiakan) mengutarakan 1 idea 'weh korangg, jom pergi Jakarta nak?', dan disambut baik oleh 6 yang lain, JOMMMMMMMM. Girls only, no man allowed. 

Trip ni takkan jadi kalau takde sorang joki yang mengendali dan joki kami adalah kawan aku yang bernama M. Tanpa dia siapalah kami haha. Dialah buat itinerary, dia lah booking semua benda, dia siap buat presentation kepada kami perancangan dia yang kami semua setujui tanpa bantahan sebab malas fikir haha.

Kami punya malas fikir pun, dah sampai KLIA dah pun masih ada yang tak tau flight sebenar pukul berapa hahaha. Brengsekk luuu.

Setelah M menempuh onak dan duri (sebab yang lain memamg relax habis haha) kami pun gerak ke Jakarta melalui KLIA2 pada 21/2/2025.

Aku naik bas Oyo dari Ipoh pukul 6am. Sampai KLIA pukul 9.15am. Then breakfast dengan kawan aku F yang sebelum Subuh dah sampai dari Kelantan. Kami breakfast dekat Oriental Kopi. Makan beria jugak padahal dalam flight dah order Nasi Lemak Pak Naser. 

Tengah kami makan, yang lain sampai satu persatu. Kami total 7 gojes women + 1 jubibi (anak E yang baru 8 bulan tak boleh tinggal sebab direct breastfeeding). Jubibi baik sangat sepanjang perjalanan, senyum je (senyum la dah bawak berjalan) haha. Nangis time lapar and ngantuk tu pun kejap je. Mungkin dia seronok dijaga oleh 7 bidadari sekaligus wahahha.

Kami punya flight pukul 1.15pm mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jakarta. Sampai je sana kami ambil 2 grab untuk ke apartment yang kami sewa, harga 2 grab tu IDR700,000. Dalam RM27/pax. 

Kami sewa di Taman Anggrek Residence. Time ni ada miscommunication sikit. Meh aku cerita. 

Kami beli e-sim, masing2 baru 1st time nak guna. Kami dah aktifkan guna wifi airport tapi tetap tak boleh gunaa. So kami pakai gerak je ke apartment guna 2 kereta berasingan dengan masing2 takde line.

Dalam kereta baru found out rupanya nak aktifkan kena bukak roaming untuk e-sim tu. Hayya. So aku dengan E dah ada line. Aku naik grab dengan E (with Jubibi) and I (5 months pregnant). Dua2 membutuhkan perhatian yang lebih haha.

Kami sampai dekat residence tu and stop dekat Blok F. Tunggu dorang yang lain tapi tak kunjung2 tiba. Nak contact pun tak boleh sebab yang lain aku syak tak on lagi roaming e-sim dorang tu sebab dorang tak tahu haha.

So kami berharap dorang cari jalan untuk contact kami. Dalam 30min jugak menunggu, dorang pun contact kami guna hp supir grab haha nasib baik bijak. Rupanya blok yang kami sewa Blok E. Nasib baik la pekerja residence tu baik hati nak jemput kami melalui jalan2 yang berliku haha.

Memula ada yang request untuk kami jalan ke dorang. Dah la ada beg extra kat kami, aku jawab 'korang sedar tak dengan aku sekarang ada baby dan ibu mengandung?' Hahaha dorang gelak sebab baru perasan aku je yang berkudrat kat sana. Berkudrat pun kalau dah ada 4 luggage dengan 1 beg stroller dekat aku, Hercules pun marah gini haha. 

Alhamdulillah kami berjaya check in apartment 3 bilik. Ok la untuk duduk semalam, agak sempit untuk 7 orang bergerak. Katil, toilet semua selesa.

Lepas solat semua kami terus keluar nak makan Pagi Sore (masakan padang). Kedai wajib Malaysians kalau ke Jakarta. Kami pilih Pagi Sore area PIK sebab nak terus ke jalan2 ke local mall dorang, By The Sea.

Sepanjang perjalanan tu mashaAllah macettt banget. Sabar je la. Nasib baik supir grab tu baik je melayan kami. Rupanya PIK tu ibarat China Town. Kat sana ramai populasi bangsa cina dan bangunan2 pun bercirikan warisan China. Cantik bandar dia.

Pagi Sore sedappp tapi agak pricey la, portion sikit tapi sedappp. Korang kalau ke Jakarta kena try. Aku rasa orang lokal tau la kedai makan setanding tu dengan harga yang lebih murah tapi sebagai tourist we must join the hype haha.

Dah kenyang kami pun nak ke mall tu and kami decide nak jalan, dekat 1km jugak oi. Apa2 pun kami tanya ibu mengandung dulu ok ke tak, dia ok je. Antara kami memang I ni macam pendekar sikit, dia pernah tawan akinabalu secara solo siap masuk berita. Kau adaa? Setakat nak jalan mendatar 1km ni bawak perut, sikit punya hal haha.

Kat sana kami cuci2 mata je. Time tengok kat TT orang shopping macam best je kan? Dah ada depan mata tak bernafsu pulak rasanya haha. Adakah sebab penat? Tettt! Tidak! Satu sebab memang bukan taste aku, kedua sebab aku baru je lepas shopping dekat JPO time ke JB hari tu huahuahua.

Sebelum ambil grab kami ke AlfaMart beli jajan. Maka tamatlah sesi hari pertama.

Nanti kita sambung pengambaraan ke Bandung pada hari kedua!

Oh masa sampai airport korang kena pastikan dah isi 3 borang secara online, borang sihat, borang kastam dan borang visa. Nak isi kat airport pun boleh, dorang ada sediakan QR dan wifi tapi kalau nak aman isi la siap2. 

Ni link kastam - boleh isi 3 hari sebelum berlepas

Ni link Health Pass -  boleh isi 3 hari sebelum berlepas

Ni QR Visa

boleh isi sebelum berlepas



sedapnyaaa tengok bulan2 puasa niii 🤤🤤🤤



Jakarta macett bangettt dehhh



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!