”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/03/2025

Kuantan, Pahang

Hari tu (21-23 Jun 2025) aku kena pergi outstation ke Kuantan Pahang, program start hari Ahad so Sabtu aku dah gerak. Actually minggu tu aku dah booking campsite, so terpaksa cancel and burn deposit 😖 Haishh takde rezeki. Sedihhh, baru nak healing. Jadual hidup aku sekarang memang unpredictable betul.

So Sabtu tu kami transit ke KL dulu. Sebelum mulakan perjalanan kami breakfast roti canai dulu then settle kan 1 urusan dulu dekat Simpang Pulai. Lepas tu baru shoot ke MidValley, teringin nak makan snowflakes. 

Fav 💛

Kami booked hotel dekat A&R Urban Hotel. Hotel ni agak pinggir dari bandar KL, dekat sebelah Lotus's Selayang. Aku cari area tu sebab senang nak ke tol Gombak. Tak sangka hotel ni best gila! Lawaa, bersih, spacious, parking majlis banyak, sebelah hotel ada kedai mamak. Oh hotel ni dekat shoplot je tapi ambience terbaik. Harga pun murah and paling best tilam dengan bantal dia, empukkk! Lena tidur. Suis banyak and semua touch screen. Memang modern la. Sabun and shampoo wangi siap bagi 1 botol besar. Memang puas hati duduk situ, Didi cakap lepas ni pergi KL nak duduk situ je walaupun bukan dekat centre. Downside dia nak ke sana agak jem sikit la. And kena bayar deposit RM100. Aku dah la takde cash, nasib tepi hotel ada Bank Rakyat. 

Malam tu kami pergi makan Nasi Kerabu MokNab Pantai Dalam, melunaskan keinginan Didi yang terbantut masa motor rosak hari tu. Alhamdulillah, rezekinya dekat hari tu rupanya. 

Sedappp

Habis makan Didi ajak jalan2 dekat NU Sentral sebab lama tak pergi katanya. Dulu time aku duduk KL selalu berulang naik train selalu la lepak sana. Sendu ek NU Sentral sekarang ni?

Esoknya sesudah bangun tidur kami pun siap2 nak gerak ke Kuantan. Sampai Kuantan dalam pukul 2pm terus ke Jaman Tory, ajak cousin aku yang duduk Kuantan lunch sama2 sambil bergossip hahaha.


Kali ni tak umpph sangat, tak kow, tak pedas. Cousin aku cakap  next dia nak bawak ke Mabiq pulak, lagi sedap katanya. Bila entah next tu haha



Ni sedappp

Kami tidur dekat Hotel Cathayana, Kuantan. Biasa2 je hotel dia, boleh la untuk tidur semalam. Malam tu kami dinner dekat tempat favourite kami kalau ke Kuantan, dekat kedai tepi laut, Maggi Telur Sotong Pantai Sepat. Puas hati makan dekat sini, sedap, portion besar and price very reasonable.



Sedapppp!

Esoknya aku ada kerja dari pukul 9am sampai 1pm. Habis kerja baru aku pick up Didi dekat hotel dan kami gerak balik ke Ipoh. Sebelum keluar Kuantan sempat pergi beratur beli kek dekat Kula Cake tapi hampa jugak dah tak sesedap dulu.

Kami berhenti lunch dekat Go'Bang Maju Tol, Temerloh. Balik kali ni Didi lalu jalan Genting-Batang Kali. Singgah solat dekat KKB, masuk tol Tanjung Malim and Alhamdulillah sampai Ipoh time maghrib.



Sekian, terima kasih Nadia kerana paksa diri update haha.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!