Jumaat lepas, lepas kerja kami gerak ke Penang atas urusan Didi ada tournament rugby dekat sana. Lately aku agak busy and hari2 balik lambat. So Jumaat tu aku janji dengan Didi nak balik on time - 4.45pm tapi apakan daya, 5.45pm baru aku boleh gerak haha. Member siap ugut nak pergi dulu, pergi laaaa. Haha tak beraninya dia, dia tau bini dia boleh buat kerja gila, karang tau2 sampai dengan motor 😝
Kami sampai terus pergi AEON Big mana ntah, Didi belikan air dan jajan untuk tournamnet tu. Then kami pergi dinner dekat Denterra Cafe & Bistro. Kedai dia besar ada pelbagai menu; western, thai, chinese. Kami ambil set thai. Ok la rasa dia tapi bagi aku harga agak pricey. Aku migrain time tu, on the way nak sampai pun aku tidur je dalam kereta.
Kami menginap dekat S Hotel Seberang Jaya - RM102, deposit RM50 (cash) and RM2 tourist tax. Sejak bila ada tourist tax ni? Bukan untuk foreigner je ke? Haishh. Sebab RM2 aku bayar je la, kalau RM20 aku bertumbuk dulu baru bayar haha. Bilik dia ok lah untuk tidur je. Time check in nampak 3 orang bapok tak lawa keluar dari hotel, aku tanya Didi ni hotel ayam ke haha. Didi cakap ye la kot. Bilik besar, ada lif, toilet okay2 la. Parking under majlis and susah nak dapat tapi ada rezeki tak ke mana haha.
Time ni aku migrain gila, aku telan ubat dan tertidur. Bangun tidur pun rasa sengal2 lagi kepala.
Esok pagi aku hantar Didi ke padang rugby UiTM Permatang Pauh then aku balik hotel sambung tidur. Penat betul badan aku rasa sebab weekdays nya memang otak aku drained, too much to settle, too much too digest. Aku tidur macam tidur malam lenanya.
Then aku checked out. Pergi makan sorang2 dekat Restoran Meokja, Korea's cuisine. Belakang hotel aku. Sedapppp tapi agak pricey.
![]() |
RM39. Portion lauk dia tu banyak, aku siap tapow bagi Didi habiskan. |
Settle makan aku ke Sunway Carnival, dah mintak kebenaran Didi nak shopping office attires and granted hehe. Aku jalan dalam tu sampai dekat pukul 3pm. Dapat la 2 seluar, 3 baju. Aku gerak sebab Didi cakap dalam 3.45pm habis kot. Pentipuuu! Dekat pukul 6pm baru habis.
Sampai je UiTM aku pergi solat semua dulu dan menunggulah Didi sampai settle sambil baca buku dan masih sakit kepala. 6pm lebih kami dah gerak nak balik, Didi suruh berhenti perhentian Juru, dia nak makan sikit.
Tengah makan tetiba datang idea otak seminit dia, dia ajak masuk pulau, tidur lagi semalam haha aku pun cari hotel sambil tunggu dia habis makan.
Settle kami pun patah balik masuk pulau haha takde kerja cari kerja. Kami tidur dekat Hotel Cititel Express. Penang - RM158. Bilik dia kecik je tapi lengkap la semua, selesa, tilam best, selimut best, sabun 1 botol besar, parking free.
Konon malam tu nak pergi jalan2, harammm, tidur je hahaha.
Esoknya bangun tidur terus lapar (as always). Sementara aku siap mintak Didi carikan kedai, nak makan roti canai. Then decide nak ke Roti Canai Gemas Road, sampai dah 11am lebih, orang dah tak berapa nak ada.
Sedappppp! Aku makan roti canai daging special, Didi ambil roti kahwin kambing, and kami shared roti bakar. RM26.
Kemudian kami ke arah Balik Pulau nak makan durian. Tak sempat sampai atas jumpa port macam best, berhenti and terus decide nak makan kat sana je.
![]() |
HOLO. RM26 sebijik. Puas hati makan berdua, sedappp! |
Settle makan terus gerak balik Ipoh. Didi suruh aku waze ke Jambatan Kedua, ai ai sir. Sekali waze bagi jalan yang ikut jambatan pertama untuk ke entrance jambatan kedua. Apoooooo! Hahhahaha kami punya gelak dalam kereta sampai aku gelak angin la. Dia jadi kelakar sebab Didi salahkan aku, aku salahkan dia dengan waze hahaha.
Redho je la ek, nasib kat Juru tak jem sangat. Sampai Sg Bakap aku take over drive sampai perhentian Bukit Gantang, berhenti nak solat. Didi punya lena tidur. Then dia pulak drive sampai rumah. Alhamdulillah sampai rumah dalam 3.30pm.
Petang tu just santai tengok Netflix, cerita The Old Guard 2, biasa je cerita kali ni, lebih kepada naratif. Ada sambungan tu rasanya.
Lepas Maghrib ajak Didi makan nasi daun pisang dekat Restoran Seni Sattisorru, kedai India tapi ada JAKIM Halal certified. Sedapppp! Harga reasonable. Lauk banyakkkk! Kami ambil set untuk 2-3pax lauk kari kambing, tambah ayam goreng, papadom dengan 1 benda macam coeslow tapi nama dia apa ntah, air 7up dengan air kosong RM59.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!