”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/25/2026

2nd time in Penang, just in Jan 2026

17 Jan 2026 (Sabtu)

Seawal 5.30 am kami dah gerak ke Penang sebab Didi ada tournament rugby dekat Pusat Kecemerlangan Sukan Westland, Georgetown @ 9am. Awal kan gerak? Walaupun tournament started at 9am, he needs 1 hour to strapping, warm up etc. Tu pun ada yang dia dah strapping dari dalam kereta.

Kitorang Subuh dekat RnR Semanggol, ramai orang sampai takde parking la, kena gilir2 solat jaga kereta. Aku bungkus nasi lemak daun pisang 2 ketul kat sini. From here I drove to Georgetown while he's preparing himself for the game. Sempat singgah Family Mart Jelutong to get some snacks.

Dari pagi sampai 4.30pm kat sana. Aku duduk atas kerusi healing bawah pokok. Cuaca nice, panas tapi temperature bearable. Sempat eh buat minit mesyuarat sementara dia main. Aku punya komited tehadap kerja sekarang bukan main2 eh, silap2 tahun depan naik Jusa C HAHAHA.

Sesambil tu ada la order Zus delivery bagai sambil layan lagu dekat speaker baru kekeke.

Settle semua kami checked in dekat Hotel Sentral Seaview, Tanjung Bungah. Hotel lama, parking limited tapi view lawooo. Betul2 tepi laut and ada medium size swimming pool. Nanti aku cerita the big NO of the hotel.

Time tu Didi dah start sakit pinggang, jalan pun macam orang tua, nak turun tangga pun seksa, solat pun kena duduk. After effect post tournament 😏 Memula dia nak pergi mandi kolam, recovery tapi tak jadi pulak.

We went for dinner around 7pm, gigih tu pergi sampai area Jambatan ke-2 sebab tu je port yang kami tahuu yang sedap, malas nak scroll cari yang lain. Tapi kena scammm! Huhu. Kami order ikan masak 3 rasa, udang masak pedas and tomyam untuk sorang makan je sebab nak kan kuahkan je. Sekali sampaiiiii nohh dia bagi tomyam macam untuk 5 orang makan dengan segala mak nenek hidupan laut dalam tu.

Aku cakap dekat Didi, kena dah kita ni. And kami bukan jenis banyak komplen, perut pun dah lapar hadap je lahh. Total dekat RM200, makan berdua 😭 Sedap tapi rasa tertipu sebab sah2 kami order tomyam sorang makan je hmm. Takpelah, benda pun dah masuk perut. Memang tak habis la tomyam tu. Satay dekat situ pun sedap.

Balik bilik, buka je pintu nampak berpuluh anak lipas berkeliaran dalam bilik, dengar je kami masuk semua mencicit lari entah menyorok ke mana, mungkin dorang tak sangka kami balik seawal ituu. That was the big NO of the hotel. Yihhh nasib baik jenis tak takut lipas walaupun ngeri jugak fikir kalau tengah tidur dia masuk lubang hidung. We're too tired to complaint and that hour so tidur je lah and everything was fine. Memang sekor pun tak keluar dah untill we checked out.


Bukti buat kerja tengah padang 😤

Bosan buat kerja, selang dengan baca buku

The hotel's view 💙

18 Jan 2026 (Ahad)

Today kami akan checked in ke Bertam Resort. Weeee, honeymoon 💞 Pakej ni sekali dengan breakfast and waterpark tiket for two. Waterpark open 10am to 5pm, just a small one. Tapi sebab keadaan Didi tak mengizinkan, kami tak masuk pun waterpark dia, tiket burnt. Takpelah, Didi janji nak ganti dekat Sunway Lagoon hehe.

Sebelum keluar pulau kami breakfast dekat roti canai Gemas Road Brothers. Memula salah waze pergi ke Transfer Road and takde parking so ke Gemas jugak akhirnya. Sedap roti canai dia, parking pun luas. Sementara nak tunggu check in, kami ke Sunway Carnival Mall. Sekarang kalau kat Penang kami memang suka ke mall ni berbanding dalam pulau. 

Takde buat apa pun kat sana, just makan desserts dekat fourbeans and beli benda merepek dekat Kaison hehe.

Then kami checked in. Lawoooo resort nya, love the ambience. Argghhh memang akan repeat. Bilik nice, dalam tu siap ada Restoran Chef Wan taau. Kami ambil bilik standard je tu pun dah rasa puas hati sangat.

Around 530pm kami turun mandi swimming pool. The swimming pool is HUGE! Besttt! Aku pun dah lama tak swimming, orang pun tak ramai hari tu maybe sebab Ahad kan. Dekat pukul 7pm jugak baru naik. 

Malam tu Didi ada appoinment urut dekat TURAS, Bertam. Dia dah tak tahan sakit pinggang tu. We went there from 8pm to 10pm jugak la baru settle mengurut + bekam darah. 

Lepas tu dah lapar gila, we went for supper sebelum balik bilik tidur.





View from our room 💗

19 Jan 2026 (Isnin)

We both took a leave today hehe. Lepas Subuh pergi breakfast. Breakfast dia ok la, tak semeriah hotel-hotel mewah lain hehe. Tapi sedapp jeeee. Balik bilik, rehat2 kejap and ready to check out.

Time balik kenyang lagi, memula ingat nak singgah lunch dekat Meokja tapi tak jadi. Just tapow CBTL dekat Juru and terus balik rumah.

Alhamdulillah for the great weekend ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!