”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/22/2026

New Year Eve

Dah nak masuk Februari baru nak update pasal new year haha. New year kan hari Khamis maka wajiblah ambil cuti hari Jumaat tu. Memula ingat taknak cuti, sekali Didi cuti kenalah cuti kalau tak nanti dia mmm majukkk hahaha.

1.1.2026

New year tu kami ride ke Penang. Memula ingat nak ke Cameron Highland bawa motor masing2 tapi aku malas pulak hehe so ke Penang la kita. Memang dah jadi rutin agaknya, new year je pergi ride. Saja nak pekena Nasi Kandar Hemeadiyah. Aku ni kali kedua, Didi 1st time. Time aku makan memula dulu sedapp, yang kali ni kureng. Repeat? Maybe no.

Then pergi solat kat Masjid Negeri. Then tetiba Didi ajak naik Gunung Jerai. Tudiaa. Time tu dah nak pukul 3pm. Kita layankan je laa. Lagipun naik motor so tak risau jem. Dari bawah ke atas dalam 12km tapi rasa jauh sebab jalan simpang siur kan. 

Ramai jugak orang naik hari tu, jem la sikit time nak sampai tu sebab parking penuh. Nyaman atas tu, kedinginan dia just nice and pemandangan lawaaa. Saja cek harga resort atas tu, mahall nohhh.

Kami lepak makan pastries je lepas tu ambil gambar then turun la, dah lewat petang dah time tu. Didi ajak lajak ke Yan nak tengok air terjun, semata kan? Haha. Tapi sumpah tak menyesal, Yan di kala senja lawoooo gila baq angg. Very mesmerizing, I was in awe. Subhanallah. Setenang itu rupanya Yan. 1st time ke sana.

Dah nak Maghrib kami pun gerak balik. Singgah makan dekat Pak Long Sungai Dua, makan seafood. Sedapp not bad, boleh repeat. 

Ride kali ni menyeksa pinggang ke kaki betul, sebab dah tua kot ek? Sakit gila sampai kena berapa kali berhenti, sakit mencucuk, risau saya kena slip disc haha. Singgah RnR Semanggol solat semua and Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 11pm. Lega gila dapat lurus pinggang.


Kedai Pak Long. 






Makan atas Gunung Jerai, tak dapat dekat CH, dapat kat sini Alhamdulillah rezekii


😍





2.1.2026

Hari Jumaat tak ke mana pun, rehat jee. Petang tu je brisk walk dengan Didi pusing taman. 

Cantik kan pemandangan area rumah aku? hehe

3.1.2026

Sabtu pagi gerak ke KL sebab nak attend wedding kawan baik aku dekat Pantai Dalam. Wedding nya hari Ahad saja datang awal sehari nak jalan2 KL hehe.

Kami berhenti brunch dekat Tapah makan nasi daging. Sedapp! Boleh repeat hehe. Sampai je KL kami ke TRX je beli jajan2 je and beli buku dekat MPH. Berilimiah bukan? Haha. Kami stay dekat hotel area PJ malam tu. 

Tak makan pun malam tu sebab dah kenyang makan jajan haha.






Nasi daging dekat Bukit Hijau, Tapah. Dappp

Gosok siap2 baju kenduri dari rumah

4.1.2026

Esoknya pergi wedding Atiqah and Fauzi. Dua2 kawan aku masa asasi dulu time kitorang tak pernah pun bercakap dengan Fauzi ni haha tak sangka jodoh dah jumpa lama, tapi nak ikat tu kena banyak lalu jalan berliku dulu haha. By the way, I'm so happy for my best friend. Aku doakan rumah tangga yang dibina sakinah mawaddah warahmah.

Balik dari wedding ingat nak ke OU sekali dah banyak kali pusing tak jumpa parking maka balik je lah kami, malehhh aku. Singgaj RnR Rawang untuk solat and tapow CBTL Iced Double Chocolate with one shot of espresso. Sedappp! Repeat? Off course.

Sebelum sampai rumah sempat singgah Ipoh Parade. Punya kemaruk nak masuk mall, tak dapat dekat KL, dekat Ipoh pun jadi haha. Aku beli nak beli speaker sebab speaker dekat office rosak hehe. Sebelum balik rumah sempat la makan Secret Recipe.

Ok bye. Tu je

Sedapp tapi nyesal beli kat physical store, dekat shopee jauh murah huhu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!