”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/05/2026

Melaka - KL

Acara tahunan kami sekeluarga adalah bila cuti Krismas mesti pergi bercuti. Tahun ni Mak ajak ke Melaka, last dia pergi tahun 2000 katanya haha. Lama sangat tuu. Ayuh kitaaa!

25 Disember 2025

Punya semangat, pukul 530am dah gerak dari rumah. Kitorang singgah Subuh dekat RnR Simpang Pulai, selok sampai masuk waktu. 

Lepas solat terus breakfast. Kemain awal ek. Sedap nasi lemak dia. Approved! 

Then kami meneruskan perjalanan, selalu waze suruh masuk Guthrie/ Fed Hiway tapi sebab hari ni KL lapang dia bagi jalan lalu Sungai Besi. 

Tujuan pergi Melaka jalan² cari makan je. So 1st destination Mak nak beli Tapai Sarimah. Keluar tol Linggi, dari tol lalu jalan lama. Best! Rumah kampung kat Melaka lawa²! Suka tengok. 

Keluar dari tol korang ambil kanan sampai jumpa kedai Dodol Paneh area kedai Gerobok Salai. Sila singgah. Bahulu bakar dia sedap gila and macam² flavour. Sumpah menyesal tak beli banyak. 


Settle beli tapai untuk bawak balik, kami menuju ke Big Food Kampung Duyong untuk lunch. Sampai ngam² sui waktu lunch hours.  Anddd not recommended at all. Tak sedap! Paling spoil nasi lembik yang busuk macam guna beras murah. Engkau kalau nak meniaga tapi kedek nak invest baik kau jual belon je. Asam pedas rasa guna paste asam pedas adabi je. Choiii







Then kami ke Klebang Original Coconut Shake. Semua tempat nak pergi ni semua itinerary Mak dengan adik perempuan aku. Aku layankan je. 

Biasa jurr nyahh

Then kami ke Pantai Klebang. Mak nak cari tart nenas. Semua yang dituju ni semua sebab viral ye 🙂‍↔️ Nasib la semua ada. Bagi aku biasa² je semuanyaa. Dah merasa dah la tu.



Dah pukul 2pm kami pun gerak ke Imperial Heritage Hotel. Melaka tak jem sangat tapi yang buat stuck dekat traffic light yang kuban² je lamanyaa tu. 

Sampai hotel pun bikin panas! Management fail! Orang punya ramai, counter check in bukak 1 je. Lepas tu pukul 3pm bilik tak ready lagi. Aku dah la bangun 430am pagi tadi, memang rasa nak hamuk je. Rasa je la. Nasib ada kerusi boleh duduk. Kalau kena diri memang aku hamuk. 

Korang time orang nak check in boleh pulak delay², bila customer nak check out lambat sikit bukan main banyak songeh. Wotakkk luuuu. 

Makcik aku lagi kesian dah la dapat bilik lambat sikit dari kitorang sekali bilik dia dapat tu ada oranggg! Memang kena la. Sebagai tanda mintak maaf dorang bagi makcik aku sekeluarga free breakfast. 🙄

Bilil hotel dia ok la, nak tidur semalam je pun. Masuk bilik 330pm aku tidur sampai 530pm haha. Petang Ayah ajak pergi makan Satay Asyura Krubong Jaya. 17km dari hotel tapi perjalanan dekat sejam. Tapi kita layankan je nama pun tengah travel time public holiday kan, mana maunya nak lancoo ajeee. 

Time ni hujan lebat so tak dapat makan kat sana sebab dia stall kecik je, payung pun takde. So kami pergi makan Riza Food Station. Kedai ni best. Makanan sedap, servis laju, layanan terbaik. Owner baik, perkerja baik. Aku pun baik tau, saje selit bagitau, kot korang tak tau lagi haha

Mak aku ambil ais untuk 2 botol besar dia bagi free je. Kitorang mintak kebenaran nak makan satay kat situ dia tak kisah langsung siap bagi mangkok isi kuah satay. Ownernya orang Manjoi, Perak komee oi, orang Perak ni memang baik2 belaka 😝


By the way, satay tu sedap. Perapan dia sedap walaun size dia schmoll sikit. Tak sia² drive jauh hehe. 

Dah kenyang kami pun balik. Sebelum balik bilik pergi mall depan hotel ni kejap tapi sendu mall nya, so kita balik je lah tidur lagi boekkk. 


26 Disember 2025

Hari nak checked out dan bergerak ke KL. Haipp belum balik Ipoh lagi, mestilah singgah KL habiskan duit yang dah habis (??) haha.

Sebelum keluar Melaka, kami jalan kaki ke Pahlawan Walk nak beli ole2, dekat je jalan kaki especially bila laluannya dalam mall tapi sambil2 tu berpuluh jugak habis huaa. Aku just beli dodol je untuk letak dekat pantry office. Sempat la bergambar macam tourists dekat area Bukit Melaka tu.





Kami makan dekat Asam Pedas Osamin, my 2nd time, of course recommended by me and approved by many hehe. Dari lunch hari ni membawa ke esok Adik laki aku belanja sebab dia dapat bonus 3 bulann! 😌 Percutian kali ni aku tanggung minyak + tol, adik perempuan tanggung hotel ehehe sepakat membawa berkat.

Paling fav!


Then sempat singgah beli avocado jus dengan Keria Antarabangsa sebelum gerak. Percutian kali ni perjalanan ok, tak jem yang memeningkan kepala, slow sikit2 gitu je lah, acceptable sebab aku tidur je haha.

Sedap makan panas2

Sedap tak manis sangat. Kedai dia sebelah je dengan Keria Antarabangsa tu


Sampai KL pun dah lewat petang, kami menginap dekat Hotel Premiera sebab senang nak pergi shopping 😁 Rezeki pulak dapat upgrade ke suite sebab bilik yang kami booking bocor haha Alhamdulillah.


Pemandangan dari bilik tingkat 30





Petang tu hujan tapi gigih ye jalan ke Sogo. Aku beli baju gitu je la sikit. Sebelum balik hotel makan cheese nan dekat RSMY depan hotel je.

27 Disember 2025

Hari balik! Sebelum balik sempat lagi ke Ariani sebab ada sale up to 80%. Padahal memang tu harga asal agaknya haha. Aku beli 3 pasang baju kurung, tak tau la nak pakai raya ke apa sebab raya dah ada 3 pasang! Rayakan sebulan! Haha. Tapi 1 baju Ariani tu aku dah pakai pergi wedding kawan baik aku. Semua aku beli yang simple2 je, boleh pakai time event boleh pakai pergi office.

Tu je la cerita acara tahunan kami tahun ni. Jumpa lagi tahun depan! 

Sampai! 

4 comments:

  1. Lama tak p RSMY.. happy shopping nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau ada yang depan Sogo, selama ni pergi yang dekat Setapak je. Setahun sekali shopping gitu hehe

      Delete
  2. Dulu saya ke Melaka dengan teman, 3 malam hanya di jonker 🤣🤣. Memang tak keluar ke kota nya. Niat dari awal hanya nak refreshing, jadi tak nak jalan2 hahahahaha.

    Makanya masih teringiiin sangat ke Melaka lagi, tp nanti nak eksplor kotanya lah. Asam pedas Melaka yg terkenal pun saya belum coba.

    Isssh, tak suka memang kalau dah waktunya check in tapi hotel belum ready. Seharusnya mereka tahu, lagi peak season, staff harus ready banyak, jangan pula staff pun berlibur 😅😅.

    Keria tuh saya dah coba, Waktu itu dibawakan oleh kak Anies. Pertama kali coba. Manis, tp saya rasa sesuai JD teman kopi hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lamanya 3 malam! hanya di jonker pulak tu haha. Kena explore lagi melaka, banyak juga makanan sedap cumanya asam pedas melaka saya memang tak minat sangat sebab dah terbiasa versi yang emak saya buat hehe

      ye, lagi peak malah receptionist nya sorang je. Buat gila! Ada beberapa customer memang sudah naik angin, kesian pada desk boy tu, mesti dia pun penat. Management teruk! Tapi tetap ramai ke situ sebab tempatnya strategik.

      Oh keria yang saya beli tak terlalu manis, just nice, sikit2 saja rasa manisnya :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!