Last weekend adalah paling hectic bagi aku. Panjang aku rasa entry, bersabarlah anak2 aku membacanya *tiba2*
Pagi Jumaat aku naik train pukul 2pagi nak ke Kelumpo Hutan Besi. Bangunan diperbuat dari besi kan? Ke aliminium? Ok abaikan. Dah 2 weekend aku ke KL, attend training programs. Minggu ni pergi lagi, last punya -_-''
Aku ambil katil, kali ni no choice, tinggal katil tingkat atas je. Memanjat la aku. Nasib baik ada penghadang kalau tak mahu bangun pagi aku da berada di coach lain. Tidur dalam train tak lena sangat, aku la, orang lain berdengkur baik punya aku dengar. Aku ni jenis cepat terbangun, bunyi keretapi kan tak macam suara Siti Nurhaliza, so aku senang terjaga. Lepas tu keretapi suka brek mengejut, terhantuk kepala tite kat dinding ketapi anyonyonyo. Haha!
Aku sampai KL Sentral dalam 6.30pagi. Dekat pukul 8 makcik aku ambik, then pergi breakfast. Sampai rumah makcik aku kat Cheras, aku sempat tidur 2 jam je, lepas tu aku naik LRT pergi rumah makcik aku lagi sorang dekat Sentul
Sampai Sentul, terus aku siap2 gosok baju untuk training hari Sabtu, sebab lepas Maghrib nak keluar tengok Transformers haha. Tiket pukul 11.40malam, habis pukul 2.30 pagi.
Transformers terbaik wokkkk. Memang all times favourite movie aku, semua aku ikut. Kali ni lama sikit, sebab dia bukan sambungan yang lama, dia macam Transformers tu da ada dekat era baru. Pelakon pun da bertukar. Walaupun aku penat gila tak cukup tidur, tapi dalam wayang memang celik sebab nak kelip mata pun kau rasa rugi haha.
Full of actions. Kali ni lebih antara manusia dengan autobots. Tengok lah sendiri, aku taknak jadi spoiler hihi. Aku bagi 5/5. Fewitttt Optimus Prime, feeewiitttt Bumble Bee. Muaahhh sikit.
Age of Extinction
Sampai rumah pukul 3pagi. Lepas tu 6.30 aku bangun da. Memang lalok gila aku dalam kelas. Nasib baik lecturer minggu ni handsome, handsome dan lawak.
Malam tu tidur rumah Zaty dekat Bangi, malam tu sambut secara kecil-kecilan birthday Cha. Thank you Zatyy bagi tumpang tidur dekat rumah, tolong hantar pergi kelas. Happy birthday Cha sayangggg. May your life showered with loves, happiness and laughter. I love you to infinity. Mmmmuahhhh.
Hari ahad ada exam. Malam tu berbuka puasa dekat KL Sentral dengan Eyda and Mira, sempat la jalan2 dekat NU Mall yang besar nak mampus tu tapi tak ada apa sangat lagi.
Aku naik train balik Kuala Kangsar pukul 9.30 malam, kali ni ambil seat je sebab kalau ambil katil aku takut terlajak ke Georgetown. Sampai KK pukul 2.30 pagi. Thanks God hari ni aku cuti.
Penat gila woiiii badan. Cepatlah habis semua ni. Minggu ni extra penat but extra happiness sebab jumpa kawan2 ;)
Happy Ramadhan al-Mubarak peeps. May all our ibadah will be accepted. Aameen