Alhamdulillah dah setahun bernikah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setakat gaduh sikit2 tu ada la tapi takkan pernah tak bercakap lebih sejam. Too young untuk aku ceritakan apa yang kitorang amalkan sebagai suami isteri untuk menjamin hubungan yang tak memeningkan kepala. Banyak lagi yang kena belajar from time to time. Banyak lagi yang kena improved. Yang penting, key dia dua-dua kena ada sifat keterbukaan untuk mendengar, memahami dan toleransi.
Aku share sikit2 untuk panduan aku balik di masa hadapan jika tersasar and untuk korang jugak kalau rasa berguna.
1. Solat Jemaah
Kitorang jarang gila tinggal solat jemaah sebab tu ikrar kitorang sebelum kahwin. Alhamdulillah Allah mudahkan sampai hari ni. Bila kau solat jemaah kau takkan boleh gaduh lama pun. Gaduh time Asar then bila Maghrib solat sama-sama, lepas solat kena salam cium tangan, cium muka, ha ok la. Tak caya cuba. Jangan la pulak bila gaduh jadi ego taknak ikut Suami solat. And ingat time solat tu kau tengah mengadap Allah yang tahu segala urusan dan masalah kau dan yang akan bantu kau selesaikan masalah.
Suami aku pernah cakap dia suka Imamkan aku sebab dia rasa honour dia sebagai Suami tu ada. Dia dapat rasa aku memang hormat dia sebagai Imam aku dalam solat dan dalam kehidupan aku. Aku tak mengikut semata-mata sebab dia ajak. Alhamdulillah. Aku pernah cakap kat dia, aku rasa something sooth bila aku jadi makmum dia, aku rasa bahagia bila lepas solat dia cium aku, cakap sayang dekat aku and kadang2 dia minta maaf kalau dia ada salah apa2. Aku pun akan cakap benda yang sama. Semoga solat jemaah makin mengintimkan hubungan kami suami isteri. Aameen.
2. Communicate
Pasangan adalah kawan baik kita, rakan paling akrab. Cerita, cerita semua pada dia, share kisah seharian kat ofis, share pendapat, share cerita, share video2 lawak haha share perasaan with no boundaries. Share semua benda especially melibatkan hubungan tu sendiri. Ada kecik hati dengan pasangan ke, marah ke even sayang and rindu pun kena luahkan. Cara nak luahkan tu ikut keselesaan masing2. Ada yang suka buat suprise, bagi hadiah etc.
Kalau jauh text macam orang bercinta, cakap rindu, sayang, cepat la balik. Update benda2 penting. Bincang semua benda dengan pasangan sebelum buat keputusan especially yang melibatkan hubungan dan keluarga. Aku semua share dengan Husband. Kadang2 masalah kerja aku pun dia yang come out with solutions.
3. Buat aktiviti bersama
Cari hobi yang dua2 minat. Macam kitorang minat ke arah alam semula jadi, hiking, mandi sungai, lepak tepi pantai. So kalau takde buat apa2, ajak la pergi sana sini. Moments tu yang precious. Penat yang membahagiakan.
Jenis kitorang pulak selagi ada peluang memang nak ikut je pasangan ke mana2. Macam Mak Ayah aku, isi minyak kereta pun Ayah nak Mak ikut. Sama dengan Suami aku, pergi beli bungkus breakfast pun dia nak aku teman. Kalau aku tak mandi lagi dia suruh je duduk dalam kereta haha. Mama pun ada pesan, selangkah Suami aku ke mana, ikut je haha. Tapi takde la sampai dia ke dapur pun nak ikut. Over nau haha.
4. Layan kerenah
Kau layan je kerenah pasangan kau. So kena kenali dulu pasangan macam mana, jenis manja ke sensitif ke. Pandai2 la suit kan dengan keadaan. Ingat, kita dan pasangan membesar dalam keluarga yang berbeza, cara yang berbeza so don't expect dia akan faham kau, kau akan faham dia. Learn and treasure together. Ikhlaskan hati. Setakat dia buat salah sikit yang tak kena dengan mata kita, ignore je la. Kalau rasa perlu tegur, tegur dengan berhemah.
Jangan la dia picit ubat gigi dari tengah dah mengamuk nak minta cerai. Ajar dia cara yang kau senang tanpa mengecikkan hati dia. Time mandi sama2 tu time nak picit ubat gigi talakan depan muka dia haha. Or paling senang kau betulkan je la balik, nak serabut buat apa? Ubat gigi je kott! Haha
Kalau pasangan jenis tak reti sangkut tuala lepas mandi dari kau bebel apa kata kau ambil je and sangkut. Mudah kan? Pahala pun dapat woo. Aku bernasib baik sebab Suami aku pengemas, lagi pengemas dari aku hahhaha. Alhamdulillah.
And kalau kau nak apa2, nak perhatian ke mintak je. Contoh benda yang aku pernah mintak 'Abang, malam ni tepuk Ayang sampai tertidur boleh?'. Kalau dia baru masuk rumah ke baru keluar bilik air ke 'Abang nak pelok'. Tapi kalau dia ada wudu' dia tak layan la aku Hahaha. Dia pulak selalu mintak urut, mintak garu kepala dia sampai dia tertidur, mintak baring atas riba la apa la. Kalau tak mintak manja / perhatian kat pasangan nak mintak kat sape lagi? Jiran? Bahahhaha. So layan kan je permintaan pasangan tu. It'd make you guys happy. Trust me.
5. Pillow talk
Sebelum tidur sembang dulu, gurau senda walaupun kadang2 sedar2 aku sembang sorang2 rupanya hahaha. Sabau je la. Lepas tu bangun esok pagi dia akan terus tuduh aku tidur dulu sebelum aku ejek dia haha.
Jangan tidur dalam keadaan hati marah, selesaikan sebelum tidur, ni Suami aku mintak praktiskan dalam perkahwinan kami. Jangan tidur membelakangkan each other. Pasang aircond or kipas full swing, tidurlah berdakapan sebab kajian membuktikan pelukan akan mengeluarkan hormon cinta (tak ingat nama scientific).
Kekadang dah tidur lasak sorang dah kat utara, sorang dah kat selatan. Bila tersedar cari balik pasangan. Aku kadang2 punya pemalas nak gerak, aku raba2 je cari tangan dia. So tidurlah sambil pegang tangan je pun dah cukup. Kalau musim panas and takde aircond, cara ni paling effective haha.
6. Create moments
Macam kitorang share minat English movie yang sama genre. So selalu layan Netflix sama2 dalam gelap. Sambil2 tu create bonding. Usap2 tangan ke, rambut ke. Buat la perkara yang romantik bagi definisi korang. Macam aku masak sama2 kat dapur pun dah cukup romantik. Walaupun kadang2 dia yang masak aku tukang tengok je haha. Gurau senda, ajak mandi sama2. Dah halal kan, ape ada hal? Out of sudden tengah dia bawak kereta ke, ambil tangan dia cium. Benda2 macam ni bagi aku dapat menyemarakkan lagi kasih sayang.
7. Doa
Jangan pernah putus doa untuk pasangan kita. Doa untuk keberkatan rumah tangga kita. Doa bersunguh-sungguh dan penuh yakin yang doa kita akan dimakbulkan. Setiap rumah tangga ada turun naik dia sebab manusia tu tak sempurna. Dari pergaduhan dan penyelesaian masalah akan improved diri kita. So bila gaduh doa supaya Allah rasionalkan otak kita, tenteramkan jiwa, tunjuk jalan yang terbaik untuk dapat penyelesaian yang terbaik.
8. Jangan berkira
Jangan berkira dengan pasangan. Kau ada duit lebih, kau la belanja, belikan hadiah and vice versa. Isteri jangan harapkan suami je nak keluarkan duit especially zaman ekonomi tak stabil ni. Aku pernah dengar ceramah yang isteri yang tolong suami dari segi financial ni besar pahala sedekah dia tu. Duit isteri kepada keluarga dikira sedekah ye. And lagi banyak spend untuk keluarga, lagi banyak Allah bagi nanti. Trust me. Tapi Suami jangan abaikan tanggungjawab langsung dan mengharapkan isteri semata.
Tu je kot setakat ni. Perkahwinan kitorang ni banyak lagi loopholes nya. Hope kitorang akan terus sama2 tampal setiap lubang dengan kemas dan sedar awal lubang tu sebelum merebak jadi besar dan susah nak tampal balik. Semoga Allah terus berkati perkahwinan ni dan semoga parents kami terus merestui hubungan kami hingga ke akhir hayat kami. Aameen.
Happy 1st anniversary Suami
Thank you for keeping up with me, for trying to be the best throughout this fantastic and wonderful one year as husband and wife without even a long sigh (the short one I pretend not to hear 😂).
You said that I’m your biggest supporter 💁🏻♀️, always with you through ups and downs. But I don’t know whether you realise or not, it’s simply because I’m aware that 80% of your headaches are caused by me. Bahahaha.
Alhamdulillah. Thank you Allah for everything.
To infinity and beyonddd, sayangg ! 🚀🚀🚀
Happy Anniversary to both of you.
ReplyDeleteThank you Zhi <3
Delete