”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/29/2021

Kelantan 17-19 Disember 2021 #2

18/12/2021

Kami memulakan hari ini dengan mencari makan pagi. Alhamdulillah cuaca redup je, tak panas, tak hujan. Memula ke kedai area Public Bank KB tapi malangnya tutup. Macam tutup terus tu sebab esoknya pergi lagi sekali pun tutup. Penangan pandemik agaknya sebab ianya hanyalah warung tepi jalan yang biasa2 sahaja. Tapi ada roti canai haha. Penting ye sebab kat Kelantan susah betul nak cari roti canai, mamak pun tak mandang. Kedai Mamak tak dibenarkan bukak di Kelantan ke?

Kami menuju ke Kopitiam Kita, baru je masuk simpang dah nampak manusia beratur sayup nun sampai ke garisan horizon dunia haha. Ah jangan cari pasal, dah la lapar, menunggu dan lapar adalah kombinasi yang tidak sihat.

Tetiba Mak cakap, 'Jom try Nasi Kerabu Kak Ma, Abby Abadi suka makan situ'. Wah Mak aku punya indikator, artis2 sajo haha. Ayuh la kita google maps ke sana. 

Not bad, daging bakar dia sedap. Nasi Kerabu tumis. Aku prefer nasi kerabu kering tanpa kuah tumis tu.

Perut dah kenyang, hati dah girang, apa lagiii? Ayuh meneruskan misi shopping di Pasar Khadijah. Mak aku beli keropok penuh bonet kereta. Dia nak sedekah dekat 1 kampung agaknya. Layankan je la. Lepas tu kami cari baju raya. Eh boleh raya ke pun tahun ni? Haha. Aku beli lagi sepasang kain untuk buat baju kerja. Aku ada lagi 1 baju tak pakai2 sebab tak jadi raya 2 tahun dah ha. Harap muatlah lagi. Then ada beli baju kelawar warna putih. Laki aku cakap, 'Jangan bangun kencing malam2, nanti Abang takut' Hahaha. Amende. Macam la aku bangun dia bangun jugak. 


Dompet makin menipis, tapi misi belum selesai. Seterusnya ke AEON KB. Soalan cepumas Laki aku 'Apa, Ipoh takde AEON ke?'. Bahahaha. Ipoh takde butik yang kami nak pergi tapiiiii malangnya butik yang kami nak pergi kat AEON KB dah permanently closed. Terpaksa la ke KL pulak lepas ni. Eh? Kalau kat KL butik tu ada dekat NU Sentral. Teka teki: Butik apakah itu? Haha. Aku belikan souveniers sikit untuk Mama Abah dekat sini, sempat la rembat 2 helai baju untuk diri sendiri haha. Amende kau takde sentimental value beli souveniers kat AEON. Kahhh. 


Mash Potato A&W. Nampak menjengkelkan kan? Tapi sedap gila haha. Go try.

Isi dompet makin dan terus menipis, begitu juga isi perut. So kami pun decide nak balik tapi sebelum tu singgah Warung Pak Mat Pulau Pisang. Port wajib kami lunch kalau datang Kelantan. Yang penting makanan dia pedas hehe. Kedai ni bagi aku agak pricey tapi boleh la nak makan setahun sekali haha. 


Must try. Yang ais RM10, yang panas RM6.

Ikan masin RM15 (guna ikan makan emas agaknya). Daging goreng kunyit RM10

Sup daging. Terbaik. RM10. Ramai makan Sup Ikan dia. Tu lagi mahal, cecah ratus pun ada tapi boleh makan 10 orang la haha. 

Perut kenyang maka kami terus balik homestay untuk muhasabah diri hahaha. Malam tu tak keluar pun sebab tak makan, duit dah habis hahaha. Makcik aku ada masak malam tu. Memula ingat nak pergi satu kedai viral ni tapi lalu tengok orang berkerumun ibarat ada barang percuma, kita lupakan je la niat tu. Memang jenis bangsa tak suka beramai-ramai ni. 

19/12/2021

Hari balik. Wajib balik sebab bonet dah penuh, duit dah habis haha. Tapiii sebelum balik sempat melencong ke Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Aku suruh adik aku google kan, lepas dia dah setting dia tidur. Tetiba sampai dekat tengah2 bendang and your destination is on the right katanya. Pandang kanan tengok ada sekolah. Apehal? Mana kompleksnya?

Kejut adik aku yang sedap mengeroh, tanya dia setting ke mana? Rupanya dia search Pengkalan Kubor je bukan Kompleks tu. Eee sabor je la, rasa nak lepuk. Akhirnya sampai jugak. Aku beli choc je dekat sana and kawan aku pesan pistachio. Mak aku beli kuali bagai. Tak muat memang kena riba la tapi nasib muat haha.


Dah settle kami gerak balik, singgah Bukit Bunga untuk lunch. Then solat jama' takhir dekat Masjid Gerik. Alhamdulillah, Maghrib sampai rumah.

20/12/2021

Pagi2 aku dah bangun nak pergi breakfast date dengan my bff dunia akhirat dekat McD. Malam pulak date dengan Suami, marathon cerita Venom and SpiderMan. Nasib dia tak tidur sebab tengok SpiderMan sebelum ni boleh dia bantai dengkor. Bukan sebab tak best, sebab penat hehe.

Venom kelakar and SpiderMan awesome. Go and watch. Dalam wayang boleh duduk rapat2, saf kat Masjid kau suruh jarak pulak ye. Eh?

Nanti tunggukan sambungan perjalanan hidupku haha. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!