Aku baru lepas renew insurans and roadtax kereta 😠Jap2 nak pergi nangis dalam bonet sebab duit dah habis huaaa. Itulah resam bila ada kereta, kena siap2 ada duit untuk maintanance, insurans, roadtax, tukar tayar, emergency dan etc.
Aku selalu renew roadtax sendiri je tak guna agen. Kalau guna agen aku tengok quotation dia mahal lebih kurang RM200 daripada buat sendiri. Baik buat sendiri ye dak?
Aku dari dulu memang guna insurans Etiqa sebab ada pengalaman yang bagus. Aku pernah accident dulu, senang je nak claim tak banyak songeh. And kalau tak claim dalam tahun insured tu dorang akan bagi rebate, selalu aku dapat dalam RM100++. Siapa nak bagi kan? Zaman2 duit berlalu pergi tanpa disedari ni kenalah jimat mana yang boleh jimat, kaut mana yang boleh kaut. Haha.
Oh berbalik kepada insurans, kalau korang pilih agreed value ke market value? Kalau korang, ikut suka korang la hahaha. Kalau tanya aku, it depends hehe. Macam semalam aku renew aku ambil agreed value. Kalau ikutkan agreed value mahal sikit dari market value.
Apa beza agreed value dengan market value? Ni berdasarkan pembacaan dan pemahaman aku semata-mata tau, kalau korang rasa salah sila tegur baik2 ye sebab aku hati kaca, orang marah sikit nanti aku nangis *sambung nangis dalam bonet.
Ok market value kereta adalah nilai semasa kereta kau pada tahun yang berkenaan. Dia akan bagitau siap2 berapa current market value kereta korang. Contoh market value nya RM71k. So korang boleh insured RM71k or less than that. Selalunya dia bagi range yang boleh insured antara RM67k - RM71k. Tak boleh kurang daripada tu.
Ok agreed valued pulak nilai persetujuan bersama antara korang dengan insurans company. Kalau market value tadi RM71k, agreed value akan tinggi sikit, around RM76k - RM 81k macam tu, so korang boleh insured based on range tu.
So basically, agreed value mahal sikit dari market value. Lagi mahal korang insured lagi mahal la bayarannya.
So sekarang apa bezanya?
For market value, korang akan dapat pampasan berdasarkan harga pasaran kereta ketika kejadian berlakunya kemalangan/ kereta dicuri. So ada risiko di situ, kalau underpaid korang kena bayar lebihan dengan duit sendiri, kalau ada lebih dorang akan compensate kepada korang tapi tak semestinya ikut market value semasa. Faham tak?
Kalau agreed value, apa2 jadi dekat kereta insurans akan cover ikut value yang kita dah setuju tak ambil kira harga pasaran semasa.
So mana lagi untung?
My personal view, kalau kereta korang baru, less than 5 years, tak pernah accident boleh la consider ambil yang agreed value. Beza dalam RM200-RM400 gitu bergantung pada nilai yang korang pilih. Kalau kereta tu bila kau pandang dah takde rasa kasih, kalau tengok dia berhujan panas takde rasa kesian boleh la ambil market value, more cheaper.
Yang duduk area selalu banjir please la tambah yang cover bencana alam, dunia sekarang ikut dan dia je bila nak panas bila nak hujan, dah tak ikut schedule dah. Sian betul aku tengok kereta-kereta jadi kapal selam time banjir kilat baru2 ni kat KL. Kereta mahal2 pulak tu deknon oi. Kalau takde insurans bencana alam halmaklum la menangis la sampai banjir pun, duit sendiri tetap kena keluarkan. Berat ujian kita sejak kebelakangan ni kan? Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.
Ok done bebel. Siapa nak aku tolong renew kan insurans kereta Etiqa (dokumen online, cetak sendiri) dan roadtax boleh e-mel aku dekat nadiaroslan261@gmail.com haha. Aku caj tak lebih 2 angka hahahha.
Oh lagi 1, tahun ni Etiqa ada buat satu kempen, Drive Less Safe More. Free subscriptions. Kempen tu lagi kurang milage korang dalam setahun, lagi banyak rebate korang dapat nanti bila nak renew tahun depannya. Dia ada milage dia maximum berapa setahun. Gitulah. Lupa dah aku spesifiknya tapi purata sehari max drive kena dalam 42km je. Kalau aku jangan harap, kira-kira sehari purata aku drive dalam 85km haha tapi saje subscribe sebab free hehe. Siapa less commute memang disarankan sangat2 untuk ambil hehe. Siapa nak bagi kan? Dia kira dari harga yang korang insured tolak NCD.
betul... banjir pun kena ambik kira dah sekarang ni...
ReplyDeletebetul. dulu setengah tempat je akan banjir, skrg dah tak kira tempat dan masa.
Delete