Haiii. Untuk yang tak tahu, aku ni penjawat awam hihihi. Baru dapat taraf pencen. Apo tuu? Ok kronologinya begini:
1. Kau dilantik sebagai penjawat awam berjawatan tetap
2. Selepas setahun kalau kau perform, ketua jabatan mengakui ke-perform-an koranng, markah tahunan cantik korang akan disahkan dalam jawatan.
3. Time apply pengesahan jawatan ni korang kena pilih untuk teruskan caruman KWSP or nak dapat pencen. Aku pilih pencen. Jarang la orang kerajaan pilih KWSP kecuali siapa yang dari awal dah bercadang nak pencen awal hehe.
4. Lepas 3 tahun dilantik, korang kena apply Pemberian Taraf Pencen daripada SPA Malaysia and bila lulus, yahooodabedabedu, korang boleh keluarkan semua KWSP korang and belanjalah dengan penuh hemah. Kalau korang nak biar dia duduk diam dalam tu dan membiak pun boleh. Macam aku, aku keluarkan sebab nak settle kan hutang2 yang jahat seperti PTPTN hoho.
Macam mana nak keluarkan KWSP?
Memula korang isi Lampiran A ni. Minta tandatangan Ketua Jabatan dan boleh la start kereta menuju ke KWSP berhampiran.
Jangan lupa bawa bersama:
- Kad Pengenalan
- Salinan penyata akaun yang ada tertera no akaun kalau korang nak duit tu nanti dimasukkan terus ke dalam akaun bank. Boleh juga guna cek tak silap tapi korang nak menyusahkan diri kenapa? Kan lagi senang kalau masuk dalam akaun terus.
Proses mengambil masa dalam 21 hari. Tapi aku punya proses tak sampai seminggu. Hehe.
Kerajaan akan ambil balik share dia (buruk siku hahha). So total amaun yang korang dapat tu adalah hasil titik peluh pengorbanan korang kepada bangsa dan negara.
Berdasarkan perkiraan aku, kerajaan ambil dalam 55.4 % dari baki akhir akaun aku. Itupun aku pernah keluar hampir RM20k bayar PTPTN and iSinar hihi.
Apa2 pun, Alhamdulillah.
Assalamualaikum Nadia
ReplyDeleteApa maksud kerjaaan ambil balik share dia tu. boleh terangkan? TQIA
Tiap bulan akan ada caruman majikan kan? ha yang tu kerajaan ambil balik. Contoh start lantik Mei 2018 and lulus taraf pencen Jan 2022. Semua caruman dari majikan dalam lingkungan masa tu, kerajaan akan ambil balik.
Deleteterfikir juga ingat kan bahagian caruman majikan ( if sebelum masuk gov pernah kerja sektor swasta gov ambil balik juga) rupanya tarik balik share bagi kes caruman sebelum dapat taraf pencen.
DeleteThanks Nadia atas perkongsian. Teruskan perkongsian. Akak suka baca sharing awak di blog, dari benda tak tahu, boleh jadi tahu.
Salam kenal dari Perak.
hehe tak. dia ambil apa yang kerajaan carum je. Thank you Kak :) Salam Kenal :)
Deleteoh jadi yg bagi blm lagi keluarkan kwsp selepas telah diletakkan dan berpencen, adakah dividen yang diterima setiap tahun turut kerajaan ambil balik?
Deleteselagi syer kerajaan tak diambil balik, selagi tu % dividen kerajaan akan dikira sekali.
DeleteUncle simpan duit bawah bantal.... (bisik)
ReplyDeletehaha oldskool. nenek saudara saya simpan bawah karpet. rosak duit haha
Delete