Alhamdulillah, Ramadhan kali ni dapat disambut meriah tanpa PKP, PKPB, PKPD jadah bagai tu. Memang meriah sungguh sampai dekat bazar Ramadhan dah takde ruang untuk semut bekawad satu-satu horaay horeyyy.
Ada la sekali dua aku pergi bazar tu pun beli 1-2 jenis juadah je. Kalau ikutkan nafsu nak beli kat setiap kedai. Time ni la nak ajar kawal nafsu pun kan? Berjaya nampaknya di situ. *pat myself* hehe.
Bulan puasa ni ada masa aku masak, ada sekali je kot beli, ada masa makan masakan Mak and Mama. Nikmat yang paling aku syukuri, masih dapat makan masakan air tangan Mak. Alhamdulillah. Rugi betul siapa yang still ada mak tapi tak kejar peluang tu. Air tangan mak takde siapa boleh ganti. Entah sampai bila la berezeki.
Ada 2 weekends berbuka dekat rumah mertua. Hari 1st Mama masak kari kambing dengan ayam masak merah. Walawehhh. Time tu aku dah tepis dah niat aku nak diet. Lol.
Semua jemputan berbuka dekat luar aku tolak sebab aku malas la nak bersiap nak berebut ambil wudu' ramai2. I need space and peace. Ah gituu.
Ada satu kali time moreh Suami ajak pergi Alor Pongsu makan makanan laut bercangkerang. Tahun lepas pun kami pergi tapi tu dekat Kerian. Gigih nooo. Memang fenomena bulan puasa dekat area utara jual binatang2 tu. Aku tak suka sangat makan benda bercangkerang, so 3/4 Suami yang makan.
1st time makan siput duri. Baik tak payah beli la, dalam banyak2 ni sekor pun kami tak berjaya keluarkan. Hahaha. Rugi RM10 |
Sahur pulak memang simple2 je. Aku akan minum susu kambing + kurma, Suami pulak aku buatkan air kurma and dia makan roti wholemeal je. Dapat la merasa berat badan turun beberapa kg kekeke.
Tahun ni takde ke masjid pun, tarawikh sendiri2 je, itupun ada yang culas. Huhu.
Setiap weekend aku akan tolong Mak siapkan tempahan biskut raya. Mak aku dah lama bisnes biskut raya tapi tiap tahun kuantiti makin sikit sebab Mak dah tak larat sangat nak buat. Yela, weekdays buat sorang sebab kami kerja, Ayah je tolong. Weekend baru ada aku and adik aku tolong. Kali ni memang buat untuk family je. Untuk family je pun dah berpuluh-puluh bekas *mengeliat betulkan pinggang*
Harga barang sekarang naik melampau-lampau kan? Sian peniaga2 kecil macam Mak aku. Dah la Mak jenis buat biskut semua guna barang premium, tak main beli timbang kilo. So tahun ni dia terpaksa naikkan sikit harga biskut sebab kalau tak, tak balik modal. Tu pun dah bertahun aku dengan Adik aku bising suruh naikkan sikit harga tapi jenis Mak aku kesian kat orang tapi lupa kesian kat diri sendiri 😤
3rd weekend Ramadhan, Mak ajak pergi Ipoh nak beli cadar raya dekat Aeon. Kita layankan je lagipun aku nak cari kasut raya. Aku beli kasut Vincci je, itu je yang menarik sikit and ada size aku. Kaki aku ni pelik, ikut design kasut, sama ada pakai size 3/4/5. Then aku ada beli baju basahan sikit. Semua aku pow duit orang haha.
Then kitorang berbuka dekat Black Canyon. Aku dah lama tak makan sana so aku lupa portion dia tak la banyak sangat so terpaksa makan bercatu 4 orang haha. Nak order lain takut lambat and kesian dekat orang yang tengah que tunggu giliran nak makan. Ni nasib baik kitorang dah booking tempat and order siap2.
25 Ramadhan ada majlis berbuka puasa ofis Husband. Ikutkan malas juga nak pergi tapi katanya dapat duit raya, terpaksalah pergi *mata duitan*
So tu je lah kenangan Ramadhan kali ni. Hope panjang umur semua untuk sambut Ramadhan tahun depan. Semoga semua ibadah kita sepanjang Ramadhan ni diterima dan diberkati Ilahi.
Honestly aku memang suka suasana Ramadhan berbanding raya, vibes dia lain. Raya bagi aku sampai part salam raya and makan juadah raya je. Lepas tu aku rasa raya adalah seperti hari2 biasa yang lain. Dah tua ni lagi la malas nak berjalan raya, beraya dengan family je.
Lain dengan suasana time kecik time aku masih jadi penerima duit raya hahaha, sekarang aku pemberi. Memang orang cakap tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima tapi perasaan menerima lebih syok dari memberi. Hahahaha. Total budak kecik family aku 60 orang weh, koyakk poket haha. Tapi takpe, tu semua adalah rezeki aku untuk bersedekah dan rezeki budak2 untuk menerima. Kot la duit tu dorang tabung and guna untuk menuntut ilmu besar nanti, tak ke kita pun dapat sahamnya selagi dia manfaatkannya? Ah gitu tazkirah haha. Beli game siap korang!
So di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya! Mohon maaf zahir dan batin untuk semua salah silap. Walaupun dah boleh bertebaran luas, jaga diri and kesihatan masing2 ye! Baru semalam aku baca ada baby 4 bulan meninggal dunia dalam tidur sebab Covid-19 yang takde simptoms. Allah. Semoga keluarga kuat terima ujian ni, baby tu sah2 anak syurga. Semoga kita semua dilindungi.
Take care and enjoy ur Raya peeps!
Memanglah memberi tu lebih baik dari yg menerima.... tapi uncle 'enjoy' jadi yg menerima...!
ReplyDeleteMaaf zahir batin Nad!
haha betul tu!
DeleteMaaf zahir batin Uncle!