”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/17/2022

2nd weekend of May

Last week aku cakap dekat Husband aku nak ambil cuti hari Jumaat, nak kemas2 rumah. Apa ntah nak dikemasnya, takde la bersepah pun rumah tu dah hidup berdua je haha. Then tetiba aku rasa malas pulak nak cuti. Rupanya Husband dah ambil cuti and dia bengang je bila aku cakap tak jadi nak cuti haha. So terpaksalah aku ambil cuti jugak.

Malam Jumaat tu kami pergi tengok wayang cerita Dr Strange; Multiverse of Madness. Cerita Marvel ni aku dengan Husband jarang la tinggal. Kitorang tengok pukul 9.15pm. Lepas berbuka terus gerak, sampai dalam 8.45pm, parking betul2 depan pintu masuk kawasan pawagam haha. Kalau boleh nak parking depan hall bilik tayangan terus.

Sebab sampai awal sempat la ronda2. Actually kami tengah survey nak pasang wifi dekat rumah. Survey punya survey port Unifi/Maxis Fibre memang takde lagi dekat perumahan tu sebab perumahan baru kan. Perumahan Fasa I dah ada, kami yang Fasa II belum ada. So terpaksalah menunggu and KIV beli TV dulu. Buat apa ada TV kalau takde wifi sebab aku pakai smart TV, subscribe Netflix je for now. 

Kalau lambat sangat kami decide nak pakai broadband wifi je sementara nak tunggu port masuk. And for now kami macam berminat dengan Maxis. Digi tak menarik, Celcom tak survey lagi. Nanti nak survey Celcom dulu sebelum decide. Unifi tak kot sebab pakai dekat rumah Mak line macam hauk je.

Menarik walaupun ada unsur khurafat etc haha. Memang madness. What do you expect? Dr Strange kot. Handsome siot dia ni hahahha.

Esoknya yang konon aku dah ambil cuti tu aku kena jugak datang office 2 jam, terpaksa mempengerusikan satu mesyuarat urgent. Ceittt. Tak sempat masak, on the way balik aku beli nasi mamak. Balik2 tengok Suami dah mop 1 rumah dah cuci bilik air haha. Thank you Sayang. Petang tu balik rumah Mak. Malam tu keluar makan kek Secret Recipe dengan Suami, specifically Shinjuku

Must try! Nutella. Our Fav 💛

Pagi esoknya kami ke Pengkalan Hulu beraya dekat rumah pakcik aku. Saja pergi sana, Husband tak pernah pergi rumah pakcik aku yang tu. Pakcik aku ni pandai masak, memang puas makan lunch dekat rumah dia. 

Terliur pulak.

Lepas kenyang ajak pakcik aku mandi sungai dekat kampung isteri dia pulak. 

Sungai kampung je. Tak puas mandi 

Layan somtam tepi sungai. Asyikkk

Lepas Asar kami pun gerak pulang. Selalunya kalau datang sini kami mesti pergi border, beli pulut siam bagai tapi kali ni tempat jual2 tu dah roboh sebab nak bina baru. Takde rezeki. Sampai rumah dah nak Maghrib. Alhamdulillah. Malam tu pergi makan dekat Lepak Kampung, Talang. Kalau korang datang Kuala Kangsar nak pergi dinner dalam kawasan kampung boleh try kedai ni. Konsep dia macam food court tapi dalam kampung. Landskap dia cantik. Makanan? Ok la, boleh la makan. Takde la wow sangat tapi tak jugak mehh. Suka pergi sini sebab servis cepat and pemandangan mendamaikan. 

Esoknya konon nak mandi sungai tapi hujan pulak dari malam ke pagi, so melepek je la. Hujan dah reda Suami ajak pusing kampung naik motor. Pergi port lepak kami dekat empangan JPS belakang rumah Mak. Terkejut aku bila tengok orang jaga pam JPS tu ada bela kuda oi! Haha. Selama ni dia bela kambing je. 

3 ekor kuda, 16 ekor kambing. Sempatt kira haha. Aku berdekah bila cousin aku yang 7 tahun dengan excited nya menjerit, banyaknya anak kuda! HAHAHA. Konfiden ek? Tu kambing la!

Petang tu panas pulak cuaca. Pukul 3pm aku ajak Suami mandi sungai. Dia jom je. Kami pergi Lata Perahu. Selama ni pergi Ulu Kenas, saja nak try port baru. Dekat sikit dengan rumah Mak.


Kalau nak mandi air terjun menarik la dekat sini. Tapi jalan nak ke kawasan air terjun ni scary sikit, kalau baru dapat lesen P tak payah la gatai2 nak drive sendiri, ada masuk gaung karang haha. Dia sesuai untuk orang dewasa sebab kawasan tadahan air bawah air terjun tu agak dalam. Ruang untuk kanak2 mandi kecik je so kalau nak bagi budak2 enjoy baik pergi Ulu Kenas. Dekat Lata Perahu ada sediakan 1 bilik persalinan and 1 open surau. Kami mandi tak sampai sejam sebab tetiba hujan lebat huhu. Next time la repeat.

Lepas Maghrib balik rumah. Cuti Hari Wesak duduk melepak je. Konon nak pergi hiking pagi tu, harammm haha. Lagipun hujan seharian semalam (alasan kukuh). Aku uruskan baju bajan, Suami masakkan brunch Nasi Goreng dengan nugget. Yummy!

Hari ni aku dah puasa 4 hari, inshaAllah minggu ni habis. Suami pulak tinggal 2 hari je lagi nak settle. Kitorang niat tahun ni nak try puasa setiap Isnin Khamis. Moga dipermudahkan hehe.

Last week ada sehari aku terpaksa berbuka sebab migrain teruk sampai rasa nak pitam, terpaksa makan kalau tak aku dah pitam rasanya sebab dah start keluar peluh dingin. Aku cuba bertahan tapi kencudang pukul 3pm. Hari tu Suami ajak berbuka dekat warong Mama, Suami nak suprise kan parents dia hehe.

Comfort food after sever migrain. Thanks Mama. Sup Mama tu memang A. Masam, pedas, hirup panas2. Perghhh!

4 comments:

  1. 1) Ahari tu anak2 ajak tonton dr strange... uncle tolak sebab da tak mampu tengok cerita 'laju2' cam tu... hilang fokus.

    2) Bersihnya sungai kampung tu.... i like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. haha betul Uncle, cerita ni memang kena focus100%, kalau terlalau mahu kita pun tersesat dalam multiuniverse tu

      2. hehe jernih airnya. masih terpelihara Alhamdulillah

      Delete
  2. Bestnya kampung ada sungai..meh la ajak akak pi sini..ehhh...hehehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!