”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/11/2022

Jangan salah memilih isteri

Kita selalu didendangkan dengan ayat; perempuan jangan sampai salah pilih suami. Tepat ayat tu sebab suami adalah pemimpin. Hancur pemimpin, hancurlah semua yang dibawahnya sama ada akan mengalami kecederaan fizikal, mental atau emosi.

Tapi kali ni aku nak sembang tentang suami yang salah pilih isteri. Sesuai ke word salah tu dalam context ayat ni ye? Sebab manusia ni kadang2 pandai sorokkan watak sebenar especially sebelum kahwin. Kan? 

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, suami ke isteri ke, kalau dapat pasangan yang 'something wrong', maka akan banyaklah terjadi rentetan peristiwa yang mendukacitakan; pada diri sendiri atau pada orang sekeliling.

Dalam dunia ni ada perkahwinan yang 'dipimpin' oleh sang isteri. Adakah suami menikus takut pada si isteri? Kadang2 ye sebab suami malas nak berbalah terutamanya bila memikirkan kesannya kepada tumbesaran anak2. 

Apa yang suami boleh buat hanyalah bersabar sebab jika sabar itu hilang, maka ia akan hilang sekali dengan nilai suci sebuah perkahwinan.

Ada setengah wanita memang sukar 'dibentuk'. Wanita pada asalnya adalah rusuk yang bengkok. Kalau gunakan kekerasan risau patah, kalau digunakan kelembutan tiada pulak yang berubah. Laki yang bijak akan pandai acukan ciri kepimpinan mereka sesuai dengan kebengkokan tersebut. 

Isteri yang dibiar merajai keluarga akan turut memberi kesan buruk kepada syurga si suami. Kerana dek terlampau mengikutkan kehendak isteri, ada jiwa tua yang makan hati.

Tak salah nak mewahkan dan manjakan si isteri, tak salah nak hadiahkan dia seluruh dunia atas dasar cinta, tak salah. Yang salah bila kau terlampau tunduk dengan kemahuannya sehingga kau lupa pada tangan kedut yang pernah berikan kau segala yang kau pinta.

Jadilah pemimpin yang bijak wahai sang suami kerana kebodohan kau akan membawa binasa. Kalau dah tersalah pilih tu, janganlah pula dibuang, bentuk balik dengan sewajarnya. Lelaki memang kena bijak, wajib bijak. Perlu bijak meletakkan hak pada tempatnya dan dalam masa yang sama tidak menzalimi sesiapa. Perlu dalam ilmu agamanya supaya setiap tindak tanduknya turut akan diberkati Ilahi. Ramuannya bukanlah kekasaran, tapi kelembutan, kesabaran yang diselit ketegasan dan yang paling penting ilmu.

Ada seorang wanita mulia pernah katakan pada aku 'Untung siapa yang ada anak perempuan sebab walaupun mereka dah kahwin mereka kebanyakannya tetap santuni ibu bapa mereka, berbeza dengan anak lelaki yang selalunya hanya memikirkan hidup dia sahaja. Padahal anak perempuan itu yang patut patuh pada suami dan anak lelaki itu yang masih ada tanggungjawabya pada ibu dan bapanya'.

Terasa? Padan muka!

Betulkanlah keadaan selagi ada masa. Sebab menangis air mata darah pun tidak berguna jika sudah di depan pusara.

Sayangilah isterimu, muliakanlah orang tuamu. 

2 comments:

  1. Lelaki yang sorokkan perangai sebenar sebelum kahwin.... Laaaagiiiiii ramai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah semestinya! Haha. Kadang2 kita bukan niat nak sorok tapi tak terpamer. Yela dating pun 2-3 jam je, tak terkeluar perangai sebenar. haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!