”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/19/2022

Bukit Bangkong, Chemor, Perak

Sempena Hari Malaysia yang lepas, aku ajak Suami pergi hiking sebab lama naw rasanya tak hiking. Bangun Subuh Suami aku tanya jadi ke tak nak pergi. Aku kata jadi sebab kalau aku tak bangun dia pun takkan bangun and nanti dia salahkan aku 😏

Bukit Bangkong ni dekat je dengan rumah kitorang, dalam 12km je. Kami sampai sana dalam 8am lebih nundiaaa banyak gila kereta. Wah bagus rakyat Malaysia mengamalkan hidup yang sihat.

Track dia senang je, kitorang lalu jalan bertar half and jalan off road half. Time turun all the way jalan bertar. Nasib naik tak ikut jalan tar sebab banyak track pacak oi, off road track santai sikit. Hehe.

Bestnya jalan dalam hutan, terubat rindu dengan suasana tu. Kitorang hiking memang santai je, takde apa nak dikejar.

Kalau nak lalu off road, ikut sign ni. Jalan ni tak ramai lalu. Dorang memang suka naik mencanak agaknya haha. Sini jalan jauh sikit tapi redup dan menyenangkan hati haha. Boleh tengok view Puncak Korbu jugakk. 

Sunray. Lovee both of you haha



Selamat Hari Malaysia dari puncak Bukit Bangkong!

Lepak dekat atas dalam 30minit then kami slow-slow turun. Sampai rumah Suami mintak buatkan wrap, kenyang je perut kami sambung tidur haha.

Where is next hiking point babe?

4 comments:

  1. Hiking? Takpelah... uncle reput tulang... uhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh Uncle, slow-slow sambil menikmati keindahan alam

      Delete
  2. gigih nak hiking.. bagus.. kami hiking depan Netflix aje.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sekali sekala je ha. selalu depan netflix jugak.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!