Sabtu lepas office aku buat teambuilding dekat Gopeng. Kami nak buat white water rafting. My 1st experience ever. Kami gerak dari office pkul 7.45 pagi, janji 7.15am 🙄 biasalah janji Melayu. Aku pukul 7am dah sampai kot. #punctualisgold
Nak ke camp Rex ni boleh naik kereta tapi sebab kami naik bas, tak lepas. So bas berhenti dekat 1 kawasan lapang dan lori ambil kitorang bawa masuk camp. Seronok jugak naik lori weh, dah macam lembu rasanya haha.
Camp dia kawasan lapang yang ada pokok kelapa sawit (tak banyak), tepi sungai (penting). Kat situ takde bangunan, yang ada hanya bangunan tandas. Konsepnya back to nature, apa-apa pacak khemah sendiri haha. Nasib la untuk tandas dia takde nak mengamalkan konsep back to nature haha.
Sampai je terus dihidangkan dengan nasi lemak nasi mentah haha tapi sambal sedap so bedal. Aktiviti pagi dimulakan dengan sukaneka. Sukaneka habis pkul 12pm then kami rest nak makan and solat. Makan tengah hari ayam vanggey, telur masin dan kacang panjang masak lemak. Sedappp jugak!
Sementara tunggu Zohor sempat kami berkaroake bawak speaker dari office. Aku hanyalah pendengar sebab sedar diri suara boleh mengundang amarah kerajaan langit haha.
Settle semua dalam pukul 2pm naik lori nak ke starting point water rafting. Excitedd! Jauh weh perjalanan dari camp tu nak ke starting point, dalam 30minit ada. Jalan berbukit, ada masa tak yakin rasanya dengan lori tu, takut mengundur! Haha Alhamdulilah selamat sampai.
Sebelum start sempat aku mandi sungai dengan kawan-kawan, syokk airnya sejuk.
Dalam pukul 3pm lebih baru start. Perjalanan water rafting dalam 2-3jam. Memang best wehhh! Best terukkk! Korang wajib cuba. Untuk beginner memang dekat Gopeng, nak yang ekstrem boleh pergi KKB. Alhamdulillah sepanjang perjalanan menyusuri sungai yang ganas takde la aksi aku terpelanting dari boat, smooth jee. Mana taknya, dalam boat aku ada 3 instructors haha. Semua jeles. Bahahha nasib la, rejekii. Boat aku lalu jalan orang tak lalu sebab yela semua dalam tu pro haha 😎
kalau ada seat belt / air bag.... uncle naik....
ReplyDeletehaha boleh je untuk diadakan
Deletesyok spend time dgn kawan2 buat aktiviti gini..
ReplyDeleteye betul. sekali sekala memang kena spend masa dengan kawan2 office di luar waktu office.
Delete