”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/14/2022

Cerita kereta

Jumaat lepas, dalam 6.30am aku keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Aku lalu satu jalan yang gelap dan nampak ada 3 biji kereta berhenti di bahu jalan. Aku terdetik dalam hati 'Ada orang tebar paku ke banyak sangat kereta berhenti ni?'. Sebab situ mustahil orang nak berhenti kalau saja-saja, dah la gelap, selekoh pulak tu.

Elok je aku terlintas dekat hati macam tu 'POMMMM!!' bunyi tayar kereta aku meletup. Ahhh bala! Aku slow-slow drive ke bus stop yang 200m dari tempat kejadian, dekat situ dah ada lampu jalan. Jam menunjukkan pukul 6.50am.

Aku called Suami, tak berangkat. Aku called Ayah, Mak cakap Ayah tak balik masjid lagi, hari Jumaat kan ada bacaan Kahfi di masjid. Then Suami aku return call, dia cakap tunggu situ dia datang. Jarak dia dengan aku time tu dalam 1jam 30min. Aku pasang hazard light. Time hari dah mula cerah, aku keluar kereta pasang kon kecemasan sebagai tanda sebab takut juga kena hentam dengan lori sebab aku memang parking betul-betul dekat bahu jalan yang sempit. 

Melayan pemandangan sementara tunggu rescue

Suami ontheway datang tengok Ayah aku sampai dulu. Then ada 1 motor berhenti tanya kenapa. Ayah aku cakap tayar pecah, tengah tunggu menantu datang. Dia pun okay sebab tahu ada orang nak datang tapi dia suruh aku parking depan sikit, dia tunggu sampai aku betul-betul parking tempat selamat baru dia bla. 

Sementara tunggu Suami sampai, Ayah aku cuba nak bukak skru, tapi Ayah aku dah umur 61, memang dah bukan kudrat dia nak buat benda tu. Time Ayah aku buat tu ada satu lagi motor berhenti, budak muda, dari segi pakaian aku tau dia mekanik. Dia pun tolong. Aku message Suami aku cakap tak payah la datang, dah ada orang tolong.

Thank you adik. Baik budaknya. Aku bagi dia sikit upah, jenuh dia tolak tapi bagi jugak melalui Ayah aku. Then dia ucap terima kasih tu macam dia yang susahkan aku haha. Semoga Allah membalas jasa adik.

Dah settle aku slow-slow ke arah Ipoh nak cari kedai tayar. Tayar spare tu boleh bawa 80km/h je max. Sebab awal lagi aku pun beli breakfast dulu. Suami suruh cari tayar yang sama, kedai ketiga baru jumpa tu pun jenama je sama, model lain. Gasaklah.

Koyakk 😭 ni bukan paku ni, mesti besi ke apa. Kalau paku boleh tampal je

Haha bangang je rupa kereta aku dengan tayar spare tu. Melayangg duit tak pepasal. Ada la tu hikmahnya

Thank you Ayah 
Thank you Sayang
Thank you 2 orang abang motor 

Lepas tu nak jadi cerita lain pulak, hari Ahad aku balik rumah Opah. Depan rumah Opah ada kerusi batu. Entah macam mana silap side nak parking bergesel wehhh kereta aku dengan kerusi batu tu. Walawehhh bala 2.0. Dah la baru lepas basuh kereta time tuu!

Adoii sakitnya hati tengok. Apa la dosa aku nii 😩

Paling takut nak cerita dekat Suami. Dia sayang kereta dari aku 🙄 Lepas je bagitau dia moody, aku luka takpe lagi, jangan kereta luka 😏 Nasib kejap je moody then okay dah haha. Dia bebel pun aku hmm hmm kan je. Malas nak menjawab nanti panjang cerita haha. 

Ni tak pergi lagi bengkel, tak tau berapa pulak kena. Dah tanya bengkel asal dia, orang tu cakap buat dekat luar je kalau macam ni sebab buat kat dalam tak berbaloi, mahal. Takde masa lagi nak pergi tanya. Moga Allah murahkan rezeki aku dan Suami berlipat kali ganda sebab dah banyak sedekah dekat kedai ni haha padahal salah sendiri. 

6 comments:

  1. Hihihi. Moga dimurahkan lagi rezeki nadia. Moga kereta yang tercalar kembali ok. Hati suami yang tercalar kembali ceria. Hahahaha
    Alhamdulillah dipermudahkan urusan pagi tu kan. Ramai yg tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Ameen. Tu la, Alhamdulillah, ramai orang baik dalam dunia ni

      Delete
  2. Kalau semua call tak berjawab... call lah uncle... eceh....

    ReplyDelete
  3. calar kereta, calar la hati.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tuu, sampai skrg calarnya masih ada; kereta dan hati haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!