24/11/2022
Kami bercadang nak bertolak ke Cyberjaya awal pagi hari ni tapi aku ada 1 meeting yang tak dapat dielakkan. Aku bajet meeting habis pukul 11am, sekali drag sampai 12pm daa. So sementara aku meeting, Husband pergi ambil PIL aku dekat Ayer Tawar. Aku sampai rumah, solat Zohor semua dulu then terus gerak.
Kami berhenti makan tengah hari di Restoran Bamboo Sg. Klah, Sungkai. Sampai dah nak dekat pukul 3pm tapi still ramai orang. Situ over rated aku rasa. Dulu murah dan masakan sedap. Sekarang masakan still okay tapi harga mahalll. Aku ambil kuah pajeri nenas yang ada sekeping nenas nipis, RM4++ 😦 Tak masuk akal betul. Patutnya kami nak makan kedai lain tapi lauk kat sana dah habis.
Kami sampai penginapan pukul 6pm ++. Kami stay dekat Kanvas SOHO Cyberjaya. Our 2nd time at the same unit, booking through Airbnb. Suka duduk sini sebab rumah dia lengkap, fasiliti pun terbaik and dekat dengan kedai makan. Sampai aku dengan Husband berangan nak beli rumah kat sini la ceritanya haha. Lepas Maghrib aku dengan Suami keluar cari kelengkapan untuk Mama sikit and bungkus dinner dekat Restoran Ramai Tomyam. Tomyam kedai ni sedapp.
Sambil makan sambil tengok live Awani ada press conference PM10. Tetiba DSAI announce cuti hari Isnin. Melompat aku. Gelak je Mama dengan Abah tengok menantu perangai rupa hantu.
Then kami rehat.
25/11/2022
Pukul 12.30am kami hantar PIL ke KLIA untuk ke Jeddah menunaikan Umrah. Kami stay saya sampai pukul 4am gitu, sampai Mama and Abah masuk. Flight dorang delayed sebab Jeddah banjir time tu so kapal terbang dari sana lambat keluar. Sementara tunggu pukul 4am tu kami lepak Costa Coffee sebab itu je yang bukak kat atas tu. Air mineral Spitzers RM6.50 uiii. Nangis. Haha.
Bye Mama dan Abah. Semoga diberi kesihatan yang baik, diangkat semua doa dan diterima semua ibadah sepanjang di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Ameen |
Selesai hantar Mama and Abah kami pun balik untuk tidur. Konon pagi tu nak mandi tulam tapi hampeh. Dua2 bangun pukul 10.30am dalam keadaan separuh sedar haha.
Pukul 12pm kami checked out and decide nak makan Burger King depan apartment tu je. Selesai makan aku ajak Suami ke Mitsui sebab nak pergi kedai Fabs yang jual skincare viral online. Haha perempuan2, mudah terpengaruh.
Dekat RM250 jugak aku habis dalam tu haha. Best kedai tu! Harga lebih kurang dekat luar tapi yang bestnya ada tester and tak perlu bayar postage. Aku beli benda yang memang aku pakai.
Then kami jalan2 sambil makan aiskrim Godiva. Haha saja nak try. 1 kon RM26 wehh. Rasanya takde la wow! sangat. Sedap memang sedap tapi not RM26 worth kot, RM15 ok kot. Aku pernah makan aiskrim sedap gila dekat Pavillion, RM20 tapi lupa kedai apa haha.
Then kami terus ke Arte, Mont Kiara, nak check in sana pulak semalam. Book through Airbnb jugak. Sini susah gila nak book, aku booked sebulan awal haha. Best Arte ni, parking lot je seram sikit. Interior design dia memang wow. Lepas je letak beg kami terus tour Arte ni. Berbaloi stay sini, kolam pun besarrrr!
Malam tu kami dinner di Mali's Corner makan Charkotiau and Nasi Lemak Ayam. Tempat kami rajin lepak time duduk KL dulu. Sambal nasi lemak dia dah tak sesedap dulu, masak tak pecah minyak huhu.Then balik, layan Netflix, tidur haha.
26/11/2022
Lepas checked out kami pergi makan dekat Ikan Bakar Bellamy. Ayam bakar dia sedap, yang lain pun sedap tapi kari dia kureng sikit. Dah kenyang aku ajak Suami ke Sogo sebab nak cari kasut kerja. Dah berkenan 1 kasut ni tapi takde size aku. Aku ambil size paling kecil, size 4 tapi still besar 1 jari. Huaaa kemurungan aku. Kasut tu cantik kottt. Apehal sizing dorang besar sangat, ikut sizing orang zaman Nabi Adam ke? ðŸ˜
Lepas kecewa terus balik. Haha tipuu je, sambung pusing Sogo dan dua2 terbeli kemeja putih, uuu boleh pakai matching2. Haha kami tak pernah pakai matching sepanjang berkenalan, bagi la can haha.
Then balik rumah Mak, sebelum tu singgah rumah Mama melawat 'adik2' Suami aku. Sihat nampak semuanya tapi yang sekor tu, yang paling manja, muka sedih je. Merajuk la tu kena tinggal 2 minggu haha
27/11/2022
Melepek je dekat rumah. Petang pergi meninjau kawasan dengan mainan baru Suami aku sebelum hujan turun
28/11/2022
Cuti khas by PM10. Yeayyyyy! Pagi tu pergi breakfast dengan parents aku dekat Menora. Jauh jugak dari rumah aku tapi demi secebis makanan, sangguppp! Haha. After lunch kami pun balikk rumah dengan berbekalkan ayam masak kicap dan baked macaroni by Mom 😋
Pakej Umrah
Mama dengan Abah pergi Umrah dengan travel agensi, syarikat dari Utara Malaysia. Berdasarkan cerita Abah, aku tak reccomend la syarikat ni atas sebab:
i. Mutawif tak reti cakap Arab. Abah cakap guna orang Indonesia sebagai pengantara. Aku like whatttt??! Apo bondo mutawif tak reti cakap Arab. Adoiyaiii!
ii. Disebabkan flight delay, semua jadi kelam kabut so sampai hari kedua urusan simkad masih belum diselesaikan. Ini boleh la dimaafkan tapi still aku rasa management fail. Risau kami bila tiada apa2 perkhabaran dari sana.
iii. Abah dan Mama ditinggalkan di Jeddah semasa lawatan ke Thaif. Alasan mutawif, driver Arab tu berkeras nak gerak. Kalau PIL aku lambat pun, kau kena call jemaah yang takde 15 minit sebelum gerak. Orang tua kot, jalan pun slow. Kau mutawif, kau yang bayar servis dorang, kenapa nak kena ikut cakap dorang? Pak Arab ni memang kasar tapi kalau kita pandai cakap Arab and kita berkeras dia akan hormat kita. Nampak sangat tak build relationship yang baik dengan service provider.
Aku taknak mention syarikat apa sebab kadang2 benda ni rezeki jugak. Ada orang okay ada orang rezeki tak okay dengan syarikat yang sama. Tapi for my family, aku banned la syarikat tu, bad review.
Sian dekat Mama dengan Abah. Dah la 1st time ke sana. Takpelah, ada la hikmahnya tu. Abah pun cakap nanti la kita pergi anak beranak lagi sekali. Ameen. Semoga dimurahkan rezeki dan dijemput ke sana.
Mutawif tak pandai cakap Arab? Jap.... (terkebil-kebil)
ReplyDeletekan Uncle? Terkeluar kejap otak saya time dengar haha
Delete