Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

11/22/2022

Longggg weekend

11/11/2022

Aku dan Suami gerak ke arah KL sebab esoknya Suami ada game rugby di Sri Kembangan. Dia ajak tidur sana. Aku suggest Genting Highland sebab aku tak perasan dia cakap game tukar ke Sri Kembangan, aku ingat dekat AU. Tapi dah terbook, layan je laaa.

Sepanjang perjalanan hujan lebat. Time ni badan kami dua2 tak berapa sihat. Habis sengal2 1 badan. Tengokkan hujan yang lebat dan mengenangkan suasana yang sejuk atas tu memang cari pasal namanya haha. So kami fikir badan tak sedap atas faktor cuaca yang tak menentu sekarang ni. 

Kami stay bukan dekat atas tapi pertengahan yang area GPO tu. Kat situ dah banyak gila pembangunan. Kami sewa Airbnb, Windmill Upon Hills. Nice place to stay, kolam renang dia bestt dekat tingkat 40. Jangan risau kolam dia air panas haha. Tapi kami tak mandi pun walapun dah tak hujan time tu. 

Sampai je terus tidur sebab badan rasa lemah sangat. Datang memang semata untuk tidur kekdahnya. Haha. Padahal sebelum pergi berangan nak jalan2 dekat atas. Tidur tak bukak aircond, just bukak tingkap. Kami stay dekat tingkat 39, risau jugak ngigau terjun bangunan haha. Tapi too tired to think time tu.

12/11/2022

Pagi esoknya checkout pukul 11am dan terus brunch dekat kedai tomyam area situ je sebelum menuju ke Sri Kembangan.

Game sepatutnya start pukul 3pm tapi tunda sebab hujan lebat. Pukul 6pm lebih baru settle semua. Konon nak balik rumah Mama tapi aku cakap dekat Husband tak payah la sebab tak sihat, takut berjangkit ke dorang, tak pasal2 je.

So sebelum balik kami singgah makan Stiq dekat Wangsa Maju. Sedapp! Berbaloi! Street stall je. Tapi sebab badan tak sihat kami pun makan tak habis, bungkus untuk makan esoknya.

Time balik aku drive, sampai rumah dalam pukul 11pm dan tidur.

13/11/2022

Brunch Suami makan left over semalam, aku order spaghetti pizza hut sebab tak lalu nak makan nasi, bau steak pun buat rasa nak muntah. Badan still tak sedap. 

Malam tu aku ajak Suami test covid sebab tak larat. Kalau negative pun esok memang aku nak MC. Sekaliiii positive kau! Haha. Adoi! Mana la dapat. It's my 2nd time and 1st experience for Husband. So dah lapor dekat MySejahtera kami dapat arahan kuarantin di rumah sampai 19/11/2022.

Sampai hari Rabu dua2 monyok je, rumah pun sunyi sebab takde gurau senda. Tengok TV pun behave je. Tidur pun takde cuddle2 sebab tak koser, badan masing2 panas yakmat haha.

Aku masak simple je untuk isi perut, lagipun takde selera sangat, aku 2 hari hilang deria rasa dan bau.

Alhamdulillah makin hari makin sihat. Start hari Rabu rumah dah dihiasi balik dengan gelak tawa dan jerit pekik aku sebab kena sakat dengan Suami.

19/11/2022

Quarantine ended! Yeayy Alhamdulillah. And yeahh PRU15's dayyy. Walaupun dah sihat aku tetap guna privilege yang ada untuk undi potong barisan. Tunjuk MySejahtera terus pegawai KKM iring sampai bilik undi uolsss. Terasa seperti VIP dan banduan dalam masa yang sama sebab orang pandang pelik dan menjauhi kita haha. But I dont care janji urusan aku siap dalam masa less than 5 minutes. Wallla! Haha. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah dah Nad n suami dah sihat.
    Huntunglahhhhh boleh merasa acah² VIP masa mengundi 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. TQ. Haha dapat la jadi VIP 5 minit.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!