”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/30/2023

2H1M di Hatyai

Lepas dah rehat kejap, mandi solat semua Didi ajak keluar.

Khlong Hae Floating Market

Destinasi pertama kami. Memang datang nak serbu makanan sebab dah lapar. Pagi makan burger 7e je.


Fav Didi. Aku tak suka sangat satay. Satay Thai takde kuah kacang tapi perapan dia dah cukup rasa.

Fav Ayah tapi aku tolong makankan haha

Sedap. Rangup, rasa candy

Fav Didi

Fav Didi

Tak sedap, rasa manis gula.

Air ni sedapp! Jus limau yang kulit hijau tu, bukan orange juice

Kat sini kitorang habis dalam 550baht. Beli seperti gambar2 di atas, siap ada yang bawak balik and makan pagi esoknya. Haha. Bagi aku harga ok la and rasa makan pun berbaloi dengan harganya. 

Songkhla Central Mosque

Next Didi ajak lepak sini ambil gambar sebelum hari gelap. Time tu dah 6 lebih jugak la. Cantik masjidnya, konsep macam Taj Mahal. Tapi Didi cakap dalamnya tak berjaga, kotor. Aduh sayang gila. Time kitorang pergi masjid tu dah tutup. Pelik aku. Orang Songkhla solat sampai Asar je ke? haha.

Greenway Night Market

Then kami terus shoot ke night market. Pusing2 je sebab dah kenyang. Alhamdulillah sepanjang kat sana takde masalah cari parking. Maybe sebab aku pergi seminggu sebelum raya, tak banyak nampak kereta Malaysia dekat situ sebab orang cakap kalau weekend selalu penuh kan kereta Malaysians. 

Malam tu kami parking tepi jalan je, ada orang jaga parking, kena bayar 50baht. Kat sini beli casing handphone aku dengan Didi (270baht) , Didi beli tshirt sehelai (180 baht), aku beli selipar (140 baht). Murah kan? Didi suka tshirt yang dia beli tu, sedap katanya. Then dahaga beli ice blended longan, longannya macam dia letak 1 tin. Tak kedekut betul.

Ni stall yang jual air tu. 59baht je ice blended longan tu. Minta less sweet sebab awak pun dah manis. Ciaciacia

Comell haha. Gemok dan pendek. Beli sebab comel

Dah tawaf semua tempat kami pun balik bilik, mandi, tidur. 

Pagi esoknya checkout pukul 11am, tapi pukul 10am lebih kami dah keluar.

Kim Yong Market

Destinasi pertama, nak beli ole2 sikit and ada orang pesan kekacang. Kawan aku pesan badam, 1kg 360 baht and dia cakap murah. Aku ni tak tau sangat bab2 harga especially benda jarang beli. Didi beli kacang gajus 1 kilo 260baht. Ada la lagi benda lain yang kami beli. Dekat 3k baht jugak habis huahuahua. 

Memula ingat nak makan nasi ayam Khao Mok tepi pasar tu tapi cash dah habis haha. Sedih, takde rezeki. 

Then kami pergi tukar duit. Tak beza sangat tukar dekat Malaysia dengan Thailand cuma dekat Thailand note RM50 dan RM100 tinggi dorang ambil, note lain rendah sikit. Aku ada bagi note RM20 time tu, Didi pulak pakai tukar je padahal ada note RM100 lagi kat aku.

Restoran Kai-Tod Decha

Sebab dah lapar terus pergi makan brunch. Pergi makan dekat kedai viral among Malaysians. Memang masuk-masuk je kedai, semua orang Malaysia! Haha. ALhamdulillah rezeki kami dapat parking betul2 depan pintu masuk kedai. 


Aku dengan Didi sekarang jarang gila minum air manis. Ni saja order 1, separuh pun kami tak habiskan. Kalau dulu, jangannn, sorang satu, sekali slurppp je. *Didi pakai baju baru haha

1017 baht makan berdua. 3/5 sebab rasa gila MSG dekat semua makanan, tak authentic, pening aku. Ikan tu agak mahal, 500 baht. Kalau dekat Malaysia besar tu aku pernah je dapat 1 set dengan tomyam bagai RM55.

Central Festival Mall

Dah kenyang kami pun pergi mall dengan niat nak cuci mata. Masuk mall ni memang ada security check, dorang cek bonet bagai. Nak masuk pintu mall pun ada body check macam dekat airport tu. Bagus la security dorang, kat sana kan dulu banyak kes bom2 ni. 

Kedai pertama kami 'singgah' butik Asics. Sama je modelnya dengan Malaysia tapi banyak sale. Kalau duit kita tak jatuh teruk, memang murah harganya compared to Malaysia. Sedih tau duit Malaysia jatuh teruk, tak nikmat nak shopping dekat sana.

Yang kononnya nak menyinggah tu, sekali dua2 ketul ni TERbeli running shoess. Haha. Didi punya ada sale yang aku punya new arrival. Size kaki aku kalau dapat beli kasut yang on sale memang bertuah sangatlah, boleh hidang pulut kuning dekat orang kampung.

Model yang sama, colorway yang berbeza. Sekarang kami pakai novablast, kali ni try nimbus. Harap boleh masuk full marathon. Kahkahkah.

Selepas menyesali perbuatan diri HAHA, kami sambung round mall. Eh kalau menyesal bukan kena balik terus ke? Huahuahua. Aku sempat beli beg running untuk letak handphone (290baht), Didi beli dekat Malaysia RM50++. Then aku singgah Watsons tapi tengok harga sama je lebih kurang dengan Malaysia so tak beli apa.

Tengok dekat GF ada booth jual perlbagai jenis makanan tapi kami tak pergi pun sebab kenyang yakmat dah. Bila balik, dah lapar balik, menyesal pulak tak pergi! Haha kene repeat ni.

Time keluar jenuh la cari autopay machine sekali rupanya parking mall dia free wehhh! *jeling and rolling eyes to ioi, midvalley, pavillion.

Dah setel dekat situ kami pun nak menuju ke pangkal jalan. Sedar sikit diri yang esok kerja. Time tu dah pukul 3 lebih waktu Thailand.

On the way nak ke Dannok rasanya 4 7e kami stop sebab orang pesan burger dengan air Meiji. Yang tu memang murah la berbanding beli dekat Malaysia. Dah setel beli semua yang dipesan, kami pun menuju ke Dannok.

Perjalanan tak jauh pun, tak sampai sejam dah sampai Dannok

Dannok

Dekat Dannok singgah beli beras siam. Didi lupa nak beli dekat pasar Hatyai. Then aku singgah 1 kedai viral, Abang Kosmetik haha. Kedai tu banyak kosmetik berbanding skincare. Aku beli lotion 4-5 botol kot dengan lipstick.

Semua lotion dia wangi2 and lipstick dia pun warna cantik2 and tak mengeringkan bibir. Mak lurveee. Dekat RM150 jugak habis kat situ tapi takpe, stok setahun *sedapkan hati haha

Ni je gambar yang ambil. Tu pun sebab nak tunjuk dekat Didi, dia tunggu dalam kereta sebab takde parking. Sebelah tu ada kedai urut. Didi message aku 'cepat sikit Yang, orang dah pandang serong dekat Abang ni' HAHAHA.

Selesai semua kami pun gerak ke border. Untuk Imigresen Thai korang boleh drive through je untuk stamp passport, tak perlu berhenti dekat centre dia tu. Then sampai dekat pihak kastam, WAJIB pulangkan semua dokumen yang korang dapat masa masuk. Kalau tak nanti korang kena bayar denda, 1000 baht seharii. Pastikan dah takde apa2 borang tulisan siam dekat tangan korang sebelum exit Thailand. Jangan pergi buang pulakk. 

Kereta memang tak banyak minggu tu, urusan kami pun cepat je and mudah. Alhamdulillah. Dalam pukul 6pm selamat masuk Malaysia tanah tumpah darahku yang tercinta. Dekat pukul 10pm sampai rumah Mak hantar barang. Dalam 1015pm kami gerak balik Ipoh. Sebelum pukul 11pm selamat sampai rumah. Alhamdulillah. Didi sempat basuh kereta sebelum tidur haha gigih betul la dia tu. 

Paling best sepanjang travel dekat sana tak payah isi minyak sebab dah isi full dekat Malaysiaa. Fuhh selamat, minyak sana mahal kot. Alhamdulillah kereta jenis jimat minyakk. Rindu la nak roadtrip lagi. Didi gila ajak aku roadtrip ke Vietnam. Aku google 36 jam oi dari Ipoh. Tu mau sampai Vietnam pinggang aku dah duduk dekat kaki haha. 

2 comments:

  1. Nak pegi floating market tu ada fee, eh? Betul ke?

    Eh? Kenapa coke tu tutup kuning...? Mesti ada sebab tu... Nad ada baca2 label dia kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pun Uncle. Yang ada tu rasanya dekat Bangkok, tu pun orang cakap scam

      haha tak tauu. sekali tak halal kan? ha mampuss haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!