Alahai rindunya nak menulis but where's the time gone? Huuaaa. Kadang2 aku dah log in then ada je kerja lain yang lebih penting menjelma. Aku sekarang banyak update video dekat tiktok je tu pun sebab boleh buat on-the-go, paksa juga diri buat untuk kenangan. Kalau menulis ni memang tak la aku nak guna handphone, tak feel. Kalau boleh aku nak guna typewriter machine haha.
Aku dah tak ingat minggu bila, tapi hari Sabtu, aku dengan Didi bawa Mak, Ayah and Opah pergi makan kari kepala ikan dekat Bidor. Tapi sebelum tu sempat aku dengan Didi jogging dekat belakang rumah Mak. Aku suka betul jogging dekat situ sebab pemandangan dia boleh buat hilang penat.
![]() |
Ternampak pokok yang penuh dengan sarang burung ni. |
![]() |
Cantik takk view nyaaa oii?? |
![]() |
Jumpa pokok cabai burung liar tepi hutan. Kutip bagi dekat makcik aku hehe |
Dapat 5.5km pagi tu. Alhamdulillah. Sampai rumah rehat kejap, nap kejap dalam pukul 11am kami pun gerak ke Bidor. Singgah Sungai Siput ambil Opah. Gigih ye travel sejam setengah demi kari kepala ikan haha.
![]() |
The best in Perak. Ayah bukan jenis nak request2 tau, tapi yang ni dia cakap nak repeat hihi. Harga agak keras tapi berbaloi, sekali sekala hehe |
Dah puas makan kami pun gerak balik. Opah nak singgah beli petai katanya. Then aku cakap dekat Didi singgah dekat 1 kedai yang aku nampak masa on the way datang sebab aku nampak durian sekali dekat situ. Ngehngehngeh.
Perut dah bergelodak dengan kari + durian, kami pun balik.
Esok pagi aku dengan Didi jogging lagi tapi pagi ni aku tak sestamina semalam, hazab nak habiskan 5km, mungkin penangan kaskas kari kepala ikan semalammnya haha. Ontheway balik dari jogging kami terjumpa anak anjing yang comel gila and manja gila. Didi sampai sekarang dengan tetibanya akan cakap 'Abang rindu la anjing tu'. Dah tu, kau nak bela ke??? Hahaha. Adoii.
Sebelum balik rumah kami, ikut Mak pergi durian hunting dekat Lenggong pulak. Adoii tak habis2 haha.
![]() |
Musang King. Aku tak suka sangat MK sebab ada elemen pahit, ada orang pahit tu yang dicarinya. |
alaaaa...sedapnya la durian...dah la belum makan durian lagi ni tahun ni...jangan kata tahun ni dah 2 tahun x makan dah...
ReplyDeleteBoleh dah tu pergi durian hunting SA dengan Encik Fiance hehe
DeleteUncle bukan setakat tak suka pahit-pahit tu... uncle tak suka durian terus!
ReplyDeletehahahaha
rugii! haha
Delete