Weekend hari tu kami sekeluarga ke Penang. Percutian paling tak banyak keluar duit cousin aku cakap sebab memang duduk lepak dalam rumah je. Kami pergi 3 kereta yang memenuhkan 5 bilik banglo yang disewa.
Bergerak dari rumah Mak dalam pukul 9am, singgah breakfast then jumpa pakcik aku di parking tol sebab nak pass barang. Mak aku bawak barang macam nak pindah. Bebel Ayah haha.
Then terus menuju ke Penang, sebelum masuk pulau ambil adik aku dulu dekat rumah sewa dia. Alhamdulillah sampai tempat penginapan around 1pm. Jem jangan cakap lah, Penang kan, weekend pulak tu.
Lepas rehat kejap terus turun lunch dekat gazebo belakang banglo tu. Lunch dengan bekal yang Mak and makcik aku bawak, yang kononya Mak pernah cakap, nanti pergi Penang Mak malas nak masak, kita beli je. Hahah sekali dia masak macam nak panggil orang makan kenduri.
Beli dekat Feringgi Walk. Banglo yang kami sewa tu memang bersebelahan dengan FW tu. Heaven! Ada Zus Coffee (opening soon), ada Family Mart and ada CBTL. |
Petang tu aku dengan Didi jalan di persisiran pantai. Manusia ramai yakmat. Harga untuk aktiviti air pun melampau mahalnya. Naik kuda RM50. Merepek. So kami just jalan2 sambil sembang dan gurau senda.
Malam tu kitorang jalan dekat depan banglo tu ada Feringgi Night Market. Tak de apa sangat pun, cuci mata je. Street food memang takde, semua jual baju dan perhiasan. Banyak kedai makan sepanjang area tu tapi hati2, makcik aku masuk kedai tomyam, rupanya tu kedai indu hahaha.
Lepak menikmati malam dan tumpang dengar lagu dari kelab2 bersebelahan banglo ni, nak pergi tak boleh haha. Bilik kami Aras 3, paling atas. Captured by my 4yo cousin. Orang baru nak romantik2 ada je yang mengacau. Dah la pelat haha. |
Didi on duty |
Didi cakap ni Nasi Kandar kayangan. Mahal ye makan dekat sini, nasib baik berasa. Kedai lain dah habis lauk time tu. Kami sampai sini pun dah 3.30pm. |
Aku hrtu bawak pegi Penang jadi pening tak tau nak kemana mcm rasa tak bestnya penang sekarang. Haha.. Feringgi walk tu pun dah x meriah mcm dulu. Kalau tak kt situ selalu dengar lagu reggae Bob marley. layann je ..
ReplyDeletepenang sesak kann. aah betul, feringgi dah sendu tapi still la crowded dengan orangg.
DeleteSonok kan cuti² santai camtu. Takde rushing² penat² nak shopping pape. Rileks je. Faktor usia ke ehh. Hahaha
ReplyDeletehaha ye betul, tenang je fikiran. aah rasanya faktor usia jugak tuu hahaha
DeleteUncle bukan boleh tengok laut... rasa nak nyelam je....
ReplyDeletewalaupun air berkeladak ke Uncle? haha
DeleteWah seronoknya jalan2....amboi mahai nau naik kuda rm50, baik main pasir
ReplyDeletemahal kann? Merepek betulll. Tipu foreigner boleh la.
Delete