Last weekend kitorang pergi camping dengan usual suspects. Campingnya 2h1m je, Sabtu Ahad tapi kitorang gerak petang Jumaat. Didi memang cuti hari tu, bengang je member aku suruh pergi tolong service kereta aku time dia plan nak sambung tidur hahaha. Thank you Sayamm.
Aku off petang Jumaat tu and kitorang gerak lepas solat Jumaat. Sampai DUKE time orang balik kerja, mendapat la makan jem sikit sorang. Sampai sana dah nak dekat pukul 7pm.
Destinasi pertama adalah kedai Core outdoor and Tactical dekat Taman Melati, Didi nak beli pisau. Apa, dekat Tesco takde jual pisau ke? Haha
|
Dekat RM100 harganya tapi memang tajam gila. And baru ku tahu kalau nak asah kene bawak asah dekat kedai guna mesin, tak boleh guna pisau asah dapur. Nasib bagitau, kalau tak mau aku asah kat kat dapur je haha. Tapi lambat gila la nak haus pun. |
|
Next in list. Susah ye takde benda ni, nak mengangkut satu2 haha |
Then kitorang singgah kedai outdoor sebelahnya pulak, Waghih Collection Outdoor Shop. Rambang mata masuk kedai ni, dari dah lama tak hiking, tetiba rasa nak hiking balik.
|
TERbeli cookset tapi bukan yang ini, model lain |
|
TERbeli hammock satu sorang tapi tak guna pun camping hari tu sebab takde tempat nak gayut. |
|
Dah nak keluar kedai, ternampak iklan ni. Ajak Didi join trip Rinjani, tak tau jadi ke tak hahaha |
Then kitorang menuju ke KL East Mall, Didi nak cari hat dekat Decathlon. Sebelum tu sempat singgah kedai madu Yemen dekat bawah tu beli madu dengan jus delima untuk dijadikan supplement harian. Kitorang pergi KL EM lalu jejantas je sebab tak kuasa nak cari parking bagai. Kejap je dekat Decathlon sebab nak pergi dinner pulak.
Didi ajak makan Burger Woodfire dekat TTDI. Sampai sana around 9pm. Orang ramai tapi ada tempat duduk and servis within reasonable time.
|
Burger paling sedap aku pernah makan seumur hidup haha. Harga keras sikit tapi berbaloi. |
Dah kenyang kami check in Hotel Zamburger Bangsar. Dia ni nak bagi sewa bilik hotel ke nak jual burger? Haha. Didi cakap dia owner burger bakar Zam yang popular satu ketika dulu. Hotel dia dekat shoplots je. Didi memang suruh ambil hotel murah sebab nak tidur beberapa jam je. RM100 satu bilik. Ok la untuk rehatkan badan.
Benci betul aku jalan dalam bangunan depan MidValley tu, 3-4 kali kami pusing baru jumpa jalan yang benar. Haha
Pagi esoknya kami check-out pukul 10.30 am and ke Mid Valley Mall cari barang keperluan camping yang masih tak cukup-cukup walaupun dah camping berkali-kali. Ada je nak menambah haha.
Sebelum apa2 pergi makan Nasi Ulam dekat Sepiring dulu, 1st customer of the day.
|
Fav 💓🤤 |
Dah settle cari barang, pergi beli kambing Pak Mat Western. Menu wajib bercamping selain maggi cup haha. Dalam pukul 1pm kami gerak ke Hulu Langat.
|
Donut Peach viral, bekalan dalam perjalanan. Kali kedua makan. Sedap tapi dah la tu merasa. Mahall haha |
To be continued.....
ingatkan donut tu donut berbentuk peach
ReplyDeletetapi buah peach berbentuk donut
ahahaa
haha dulu aku ingat donut berintikan jem peach. bila mak aku beli aku macam laaaaaaaaaaa
DeleteKalau uncle punya nganga... komfon tak muat burger cam tu...!
ReplyDeletehaha ye memang tak muat, comot habis makan. tapi syedappp
Deletemacam menark nak pergi camping....mana tidaknya boleh shoping-shoping dulu
ReplyDeletehaha itulah peluangnyaaa
Delete