Ahad lepas aku and cousins masuk LHPSNS. Sebelum2 ni buat dekat Kuale idok nak masukk, dah buat dekat Tepen baru gatei nak masuk haha.
Kawan aku urus setia dia cakap jalan tutup pukul 5.15am. Cousins aku gigih ye gerak pukul 4am. Aku? Tak koserr! Kita mengamalkan konsep we need beautiful sleep no matter what, takde parking nanti kita redho je haha. So aku and Didi gerak pukul 5.15am dari Kuale, ada sorang kawan aku tumpang.
Sampai sana terus ke Masjid Daerah Tepen, time sampai tak azan pun lagi. Settle Subuh kami terus menuju ke tempat kejadian and nak dijadikan rezeki, dapat parking betul2 depan jalan start tutup. Memang dekat la.
Kami semua masuk 10km, ada cousins aku 2 orang masuk 15km. Yang 15km patut start 645am tapi VIP sampai lambat dorang pun start 700am gitu, yang kami ni dalam 7.15am. 8400 participants ok! Ramai gila.
Aku dah lama tak masuk running event, last bila ntah and ni 1st time masuk 10km. Alhamdulillah berkat selalu praktis 5km, berjaya jugak habiskan 10km tanpa banyak struggle hehe.
Larian ni memang popular, orang dari KL semua join. Sebab apa popular? Sebab memang fun. Along the way banyak gila makanan disediakan, ada persembahan bagai. Paling yang dinantikan air kelapa, tu paling win la, trademark larian ni. Aku tak ambil makanan langsung sebab tak de selera tengah penat nak makan benda heavy. Ada popia, kuih muih, pasembor, mee goreng etc. Ni lepas lari bukan turun berat, naik lagi ada! Haha. Aku just minum air je tu pun basahkan tekak sebab kalau minum lebih2 pun boleh kacau momentum.
Tak rasa penat sangat sebab lari beramai-ramai kan. Lepas finishing line beratur lori milo untuk diterjah. Terimbau kenangan zaman sekolah, lain rasanya air lori milo berbanding yang lain. Then dapat 1 plastik bag makanan yang ada 2 roti gardenia, buah dan air mineral, dapat aiskrim Malaysia. Semua free, terbaiklah! Bayar murah, dapat, macam2.
Sementara nak tunggu pertunjukan penutup, sempat la aku dengan Didi pergi masuk kem askar yang dorang memang bukak, ada pameran sikit. Menarik!
Pertunjukan penutup pun gempak, ada terjunan payung terjun oleh ATM. We had fun! InshaAllah tahun depan akan join lagi. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Ada video sikit aku amek, sorry la gegar sebab tengah lari kan hehe.
Dah tengok pertunjukan akhir tu kami pun gerak balik, sebelum sampai rumah singgah makan laksa Lubuk dulu, carbo loading. Haha
![]() |
Bayar RM35 dapat semua ni. Tak kira lagi makanan2 free sepanjang larian. Memang berbaloi. Yang 15km dapat tumblr. |
![]() |
Alhamdulillah top 100 😎 |
![]() |
Terbaik. Walaupun tak habis tapi sangat membantu. Thank you organiser! |
![]() |
Jom kome jumpe kat Kuale tahun depan! Ajenye ye! |
![]() |
Penutup. Nikmat |
wah...bestnya...baru semalam nmpk viral Sultan Nazrin pun join larian...nie santai2 berjln smbil menikmati makanan namanya...hihihi
ReplyDeleteAah, Tuanku, Permaisuri and Ku Ira join jugak semalam. Betul, memang fun run betul yang ni hihi
Deletewah..bestnyaa....
ReplyDeletemesti ramai kan..
Best, fun je. Ramai sangat. Jom join next year hehe
Deletewah! berlari sambil makan dan minum..camno tu...kalau di kuale tahun depan..boleh dah buat2 terlajak balik kampung...maklumlah ada jam baru...hehehehehehe...
ReplyDeleteJom kakkk! Jam baru ada dah, boleh buat alasan beli kasut baru pulak hihi
DeleteSyoknya. Ada jugak 2,3 orang kawan join fun run tu. Last join fun run masa Ahnaff kecik dulu 😂. Fun run Barbie. Merasa la lari² manja sambil tolak stroller. 😂
ReplyDeleteJom la join next year Jaja, santai2 je, boleh jalan2 Kuale hehe
Deletetop 100 dari 8400 tu kira terrer la....
ReplyDeleteOK, sekarang uncle dah pandai klik kat link tiktok tu...
Hehe tak tau la tu /8400 (keseluruhan) atau /4200 (kategori 10km)
DeleteHaha syabas Uncle. Jom join larian tahun depan hihi
Acara lari seperti ini memang hype sangaaat yaaa. Di Indonesia pun sama. Lagi ada banyak event. Teman suka berlari juga, dan dia selalu update ttg event marathon yg bakal ada. Salah satu yg paling ditunggu Bali marathon. 2024. Yg kemarin 19 nov ada Borobudur marathon. Itupun dia ikut juga walo jauh dari Jakarta 😄.
ReplyDeleteTapi bagi para penyuka lari, jauh pun pasti dikejar kan 😁👍
Woahh macam seronok bunyinya Bali Marathon tu. Orang dari negara lain boleh join? Runner tegar pasti akan kejar semua events, but no me, akunya hangat2 tahi ayam saja haha
Delete