Tak sangka tahun ni akan 2x ke Hatyai haha. Kali ni niat nak bawa mertua, dorang teringin nak ke sana. Parents aku pun pergi tapi dengan ahli keluarga yang lain, dorang naik ETS dan sewa van kat sana, aku bawak mertua naik kereta masuk Thai. Kitorang semua tidur 1 hotel yang sama.
Meh aku share sikit keperluan sebelum pergi
1. Book hotel - Aku book Neo Hatyai Hotel melalui booking.com. RM110 / 1 malam. Hotel 3 bintang. Lokasi strategik, ada parking disediakan tapi limited, kondisi hotel berbaloi dengan harga. Staffs friendly and helpful.
*Jaga2 dengan hackers kalau booking dengan booking.com, akan dapat emel dan message suruh click link bayaran walaupun dah bayar. Jangan click! It's scamm! Nasib aku alert sebab yakin dah bayar. Then belum sempat aku message booking.com, dorang dah message dulu cakap itu scam 😡
The scumbag |
The explanation |
2. Beli Insurans - Aku beli 2 jenis insurans; travel insurans & car insurance
Travel Insurans
Ni dari dulu aku beli dekat etiqa je. Murah je kalau dalam ASEAN, RM18 yang paling minimum. Coverage korang boleh baca sendiri.
Car Insurance
Ni wajib kalau korang nak drive sendiri. Aku dah 2x beli car insurance dekat gothai. Ada 2 jenis, compulsory and voluntary. Aku ambil dua2. Compulsory cover kita je kalau ada berlaku apa2 kemalangan, voluntary cover 3rd party sekali. So to be safe ambil la voluntary sekali. Harga depends pada jenis and cc kereta rasanya, macam aku kereta sedan, 1.0 cc RM178 je. Tapi doa la semuanya selamat. InshaAllah, ameen.
3. Beli simkad - Sebab aku naik kereta yang memerlukan khidmat google maps seawal melepasi border, so aku beli simkad siap2 dekat Shopee. RM22.50 15gb 8 hari. Beli awal na, takut korang dah sampai border, simkad baru sampai rumah haha. Berbaloi, dah la dekat Thai semua dah 5G. Malaysia? Lambertt lagi, lepas tu harga mencekik darah 🙄. Telco yang okay dekat sana AIS and DTAC tak silap. Nama Shopee: FLINKSIM TRAVEL.
4. Permohonan ke luar negara - untuk penjawat awam wajib apply ni and pastikan lulus sebelum ke luar negara sebab kalau tak lulus, apa2 jadi kerajaan tak ambil tahu, silap2 boleh tak dapat pencen.
5. Tukar duit / aktifkan kad bank - Time aku pergi hari tu 1000 baht = RM135. Rindunya zaman 1000baht = RM100. Macam takkan dapat je dah 😞 Selain tu korang boleh standby aktifkan kad debit korang untuk kegunaan di luar negara. Lain bank lain caranya. Kalau Maybank/ CIMB boleh through website. Kad kredit tak perlu aktifkan, world wide tapi rate dia tinggi sikit tak salah aku.
Another option korang boleh try bigpay/ wise. Ni boleh apply online and rate dia tak jauh beza dengan currency semasa. Tapi aku tak pernah guna ni lagi, dengar cerita orang je. Ha lagi satu kat sana ada certain tempat boleh buat bayaran guna QR code, korang boleh guna TnG ewallet. Mudah, dia terus convert duit kita. Exchange rate dia tak perasan pulak, lebih kurang je kot.
Ajomm mulakan perjalanan! Bismillah.
Kami gerak dari Ayer Tawar dalam pukul 7.30 am. Lalu Pantai Remis, masuk ikut highway Changkat Jering. Berhenti makan pagi di pekan Pantai Remis sebelum mulakan perjalanan.
Dekat Alor Setar kami bertembung dengan ETS yang Mak Ayah naik haha. Kali ni kami masuk ikut border Durian Burung sebab orang cakap situ takde orang. Haha sungguh weh! Time kami sampai tu ada 1 kereta Thai and kereta kami je. Kami sampai dalam 1.45 pm gitu. Seronok betul aku tengok kompleks imigresen lengang haha.
Step di border macam ni;
1. Cop passport di Imigresen Malaysia.
2. Cop passport di Imigresen Thailand. Sebelum cop pasport, isi borang kastam dulu untuk bawa masuk kereta. Dekat border ni still kena isi white card, kalau masuk border Danok, tak perlu dah.
Contoh isi borang kastam |
Aku isi white card untuk kami berempat, Didi isi borang kastam. |
3. Dah settle kat situ teruskan drive thru untuk sign borang kastam. Wajib bawa Gran Kereta Original atau kalau pinjam kereta orang kena bawak authorisation letter. Borang ni ada 2 salinan, simpan elok2, nanti kena pulangkan time keluar dari Thai. Kalau tak pulangkan nanti kena denda 1000 baht sehari.
Then settle la, boleh masuk Thai dengan gembira. Kami settle dalam 2.15pm gitu. So total urusan di imigresen dan kastam untuk kedua-dua negara dalam 30min je tu pun lama time nak isi borang tu je. Jom tukar simkad Thai dan google maps ke Hatyai.
Durian Burung - Hatyai = 92km
Bukit Kayu Hitam - Hatyai = 59km
Padang Besar - Hatyai = 54km
Durian Burung agak jauh tapi korang dapat peace of mind sebab tak perlu beratur dekat imigresen and dapat pengalaman lalu jalan lain, tengok pekan2 kecil dorang hehe. Aku dengan Didi memang suka try benda2 gitu.
Masuk je border, dalam 2km kami jumpa 1 kedai makan muslim belah kiri jalan. Sedappp! Tapi portion dia kecik sikit tapi sedappp.
Terkejut masuk2 kedai nampak menu ni. Biar betul ni kedai Muslim? Rupanya yang dimaksudkan perut muda lembu. Huaaa huaa huaa bikin suspen je. |
Mee celup. Surrrr |
Sup campur dia secukup sesedap rasa. Time tu hujan pulak, hirup sup panas time perut lapar. Nikmat apa lagi yang kau dustai? |
Bersepah cafe dia dekat Thai, murah and lawa konsep cafenya. Air pun sedap |
3 cawan = 180 baht |
Selamat melancong ke thailand
ReplyDeleteHehe Tq Wak
DeleteDah banyak kali usulkan kat abah Ahnaffea nak pi hatyai bawak kereta. Tak mau betul diaaaa. Ishhhh
ReplyDeletehehe pujuk lagiiiii
Delete"Goreng usus bayi"?
ReplyDeleteKalau uncle yang jumpa poster tu, sah sah jadi modal selfie hari tu....
haha scary kan nama?
Deletekena la ke sana Uncle hehe
Eh...dia dah 2 kali masuk Hatyai ni..mana husband akak ni..susah nau nak cuti dia punnn...nak pi hatyai ni...
ReplyDeletepaksa dia cuti haha cuma elak pergi time cuti sekolahh, sesakk
DeleteIsssh enaknya kalo berbatasan dengan negara lain, bisa via darat kesana 😄. Indonesia yg berbatasan darat dengan negara lain, hanya Timor Leste, tapi tak Taulah bisa sewa mobil kesana atau tak saat masih di wilayah Indonesia 😂. Mereka pun pakai USD currencynya, dah tau USD mahal sangat 🤣
ReplyDeleteThailand best sangat kulinernya. Rindu juga nak kesana . trakhir pergi 2019 sebelum pandemi 😄
haha parah kalau guna USD. apa yang menarik di Timor Leste? Kalau lumayan, boleh la cuba sekali seumur hidup
DeleteThailand seronok dan murah. Lepas ni berniat nak ke Bangkok. Pernah ke Bangkok tapi atas urusan kerja, tak enjoy haha
Eh saya baru sadar booking com bisa dimasuki scammer pula. Nasib baik tak pernah dapat scammer. Soalnya saya paling sering book hotel Dr sana
ReplyDeletesama. 1st time kena begitu, harap booking.com sudah ambil tindakan yang swajarnya
DeleteSis dengar cerita kena selit duit dalam passport masa nak cop imigresen Siam. Betul ke?
ReplyDeleteHaha betul sis. Bukan selit2 dah skrg, memang ada notis dorang letak berapa fees nya
Delete