”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/29/2023

Percutian sekeluarga 3H2M di Hatyai, Thailand (Part 2)

Kami sampai hotel dalam 3.30pm. Urusan checked in mudah je, hotel pegang passport kita and bagi 1 resit pengesahan. Kalau polis minta pasport tunjuk je resit tu. Senang jugak, takde la risau passport tercicir ke apa.


Central Festival Mall

Masuk bilik, mandi solat, rehat kejap then pukul 5pm pergi Central Festival Mall. Tempat wajib pergi kalau ke Hatyai. Mall dia macam mall kita je tapi dekat ground floor ada food court yang heaven. Semua makanan thai ada kat situ, harga berpatutan walaupun dalam mall.

Jumpa Mak Ayah dan rombongan yang lain kat sini lah, makan 1 meja sambil buat kecoh macam mall tu tok kitorang yang punya.

Fries viral. Sedapp! Waiting time 30-60min. Sementara nak tunggu tu boleh la makan benda lain dulu, lepak2

Dah kenyang, mari pusing mall. Memula masuk Boots. Boots ni viral, dia macam Watson. Aku beli shower gel Boots yang orang cakap wangi lekat 24 jam (we'll see), beli bedak muka jenama Ponds (viral jugak, haha dasar kau ni semua benda viral nak beli) and beli refill shaver yang susah gila nak jumpa kat Malaysia. Kat sana siap ada macam2 bau lagi, beli 2 terus puas hati. Lepas tu beli ubat arang sebab Abah sakit perut. Habis kat sini 798 Baht haha. Didi nak cari porch bag untuk letak handphone time lari. Nasib ada, sama dengan yang aku beli hari tu, 290baht.

Then sambung jalan. Aku terminat 1 kasut tu, Didi dah bagi greenlight untuk beli tapi aku masih was2 haha. Jarang aku was2 gitu tau haha. Aku cakap dekat Didi, nanti fikir dulu, kalau nak beli nanti kita datang balik huahuahua. So korang rasa aku beli ke tak? Jeng jeng jeng.

Lee Garden Night Market

Next destination. Payah nak cari parking. Kebetulan time kitorang datang tu memang semua tempat ada event, tak tau la sempena apa. Kat sini memang jalan2 cari makan je, sempat la aku menyelit beli 2 helai seluar tidur. Sedap gila seluarnya, 100 baht je selai. 

Ada beli udang galah dengan nasi goreng seafood. Sedapp! Mama beli pulut durian, aku tak suka sangat durian Thailand. Dah penat berjalan kami pun balik hotel, makan pun dekat hotel sebab kat sana meja penuh. 

Terlampau kelapa rasanya haha

Terlampau manis bagi aku yang dah ada manisnya haha

Seluar sedap. Tau beli 8 helai

Chabura DimSum

Sewal 730am dah bergerak untuk breakfast. Sini memang ramai orang tapi kedainya besar dan servisnya laju. Sedap.

Mix Gyoza. Sedap

Pau salted egg. Sedap tapi filling dia kena buang sikit, banyak sangat, manis

sedap


Dry tomyum. Masin sikit. Makan dengan nasi okay. 

Dah kenyang konon nak ke Samila Beach, sekali hujan daaa. So kami ke hotel untuk tidur hahahaha. Memang percutian ni santai betul, JJCM temanya. Team Mak aku yang naik van memang sakan la pusing 1 Hatyai, dorang ke Thai Silk la, Nora Market ke apa ntah yang jual barangan kulit tu. Mak aku dah siap beli baju raya kitorang okayy. Thai Silk gituu untuk raya tahun depan. Adooii. Macam biasa, aku terpaksa ikut taste dorang 😑

Mama memang cakap dia nak makan2 je so takde la ke tempat2 tu, aku pun tak berminat nak pergi hihi.

Dah tidur bagai, tengah hari keluar pulak cari makan.

Restoran Kaotod Decha

We had lunch here. Aku tak suka sini sebab masakan dia semua masin tapi nak bagi Mama Abah merasa kedai viral haha. Tapi Didi cakap ok je, sesungguhnya aku memang tak kuat masin. Garam dekat rumah rasanya dah 2 tahun beli tak habis2. Eh tu bukan sebab tak kuat masin, tu sebab jarang masak haha.

Lepas 15 min que, dapat duduk sebelah aquarium hihi. Ralit tengok gelagat dorang. Rindu anak2 ikan dekat rumah yang kena tinggal 3 hari haha
Steam limau. Masin

Nasi Kao Mok. Masin

Kim Yong Market

Lepas makan hantar Abah balik hotel sebab perut dia tak selesa lagi, so dia nak rest. Kami bertiga ke Kim Yong Market nak beli kekacang and buah sikit. Kacang kat sini murah2 berbanding beli dekat Malaysia. Gigih ye walaupun hujan lebat haha. So nak ke Hatyai boleh cek weather forecast jugak kalau taknak leceh jalan time hujan. Kami ok je berpayung bagai, gigih kannn hahha.

Buah kat sana segar2, nak beli boleh tapi ada risiko kena tahan dengan MARQIS dekat border. Tapi hari tu kitorang lepas je, beli pun tak banyak, Mama beli anggur je sekilo sebab takut MARQIS tahan. Kalau tau, boleh beli seguni haha. 

Khlong Hae Floating Market

Datang sini semata-mata nak bagi Mama merasa. Kebetulan hujan dah berhenti time ni. Tak beli apa sangat pun, jalan cuci mata buat ghaso2 je orang kata.




Then balik, solat and rehat kejap

Greenway Night Market

Lepas solat aku dengan Didi keluar lepak dekat sini. Still hujan. Mama dengan Abah taknak ikut, dorang rehat kat hotel. Kami pusing2 je and aku beli casing. Kena jeling dengan Didi sebab baru je beli casing hp sebenarnya but I dont care hahaha

Then kitorang cari kudap2an, lepak dekat atas foodcourt sambil layan angin hujan di kala malam. Food court kat sini tak terima cash, kena beli kad dia atau boleh guna QR. Kami guna QR je.

Pemandangan dari ruang makan

Biasa je

Sedap

Ni kedainya

Dah penat sembang, melepak, kami pun gerak balik. Sebelum sampai hotel aku ajak Didi melencong ke satu kedai jual sport apparel yang aku nampak time lalu lalang. Kedai tu sebaris dengan Restoran Kelantan dekat Lee Garden. Kedai Kelantan tu hujung sini, kedai tu hujung lagi 1, dekat dengan traffic light. Berbaloi berhenti, dapat beli baju lengan panjang 2, seluar sukan 1, total 450 baht je, kain sedap! Dah puas hati balik tidur. Rehat, esok pagi dah nak balik.

To be continued ....

8 comments:

  1. Sakan betul berjalan ni...seronok...trip JJCM memang bagus..x rugi pun pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pergi la SA, honeymoon 2.0 hehe

      Delete
  2. kenapa nama dia Dry Tomyam? Nampak berkuah je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah dia minimal Uncle, tu dalam pinggan, bukan mangkuk.

      Delete
  3. Hotel Neo nih saya suka jugaaa, Krn standard servicenya selalu ramah dan bagus 👍.

    Aiiish lihat aneka kuliner yg Kaka coba, langsung nak drooling 🤤🤣. Kalo hatyai saya blm pernah. Rasanya kalo ke Malaysia lagi nak juga mampir hatyai.

    Eh kenapa semua makanan di salah satu kafe Masin semua 🤣🤣. Tapi bisa jadi lidah kakak yg memang dah terbiasa less salt kan

    Pau salted egg biasanya saya suka. Tp memang kalo isiannya manis, pelik lah. Salted egg seharusnya gurih savoury, bukan manis kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, nanti datang Malaysia terus ke Hatyai. Boleh juga naik flight direct ke sana, lebih jimat masa dan kurang sakit pinggang haha.

      Aah, aku pun rasa lidahku tak biasa dengan masin.

      Haha ye betul2, kalau terlampau manis bukan salted namanya hihi

      Delete
  4. syoknya pi hatyai! ayah mertua ajak bulan 1 nanti, mungkin drag ke bulan 2, teringin nak pergi jalan2 kat hatyai ni, orang kata best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe syok untuk JJCM. Jangan pergi time cuti sek je

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!