”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/31/2024

Bercuti ke Vietnam bersama Mertua (Ho Chi Minh - Mui Ne - Dalat) #2

24 Jan 2024

Sampai Ho Chi Minh (HCM) pukul 8.45am (waktu Vietnam). Sampai-sampai je terus settle kan Immigresen and Kastam. Airport dia tak la wow sangat, asher2 je and toilet takde bidet. So sepanjang dekat sana, botol mineral was my besfwennn haha. Ada tempat ada bidet, ada yang takde. Sepanjang aku kat sana, tandas semua bersihh, ada tong sampah tapi takde penyangkut beg haha. Sama je tema semua tandas, dorang ada polisi bab tandas kot haha.

Lepas Immigresen semua senang je. Takde kamera bagai, pegawai tengok melalui panca indera kurniaan Tuhan je haha. Paling best bila nak collect bag kan, semua bag dah tersusun elok dekat tepi tak payah susah2 nak tarik dari conveyor.

Travel Agent kami kat sana. Recommended. Tour guide kelakar and informative. Muslim friendly

Time kami sampai travel agen dah tunggu dekat sana. Dalam 9.30am terus naik van nak gerak ke Dalat. 7 jam oiiii! Ajenye gila haha. Dulu AirAsia ada buat flight direct Dalat, lepas Covid takde dah, harap ada balik la soonesttt. Sebab nak repeat Dalat 😝 Kami breakfast pun dalam van je, agen sediakan kebab ayam. Tak kena selera sangat tapi telan je la haha. 

Sepanjang perjalanan boleh dikatakan aku tidur. Penat oi haha. Dalam 2.15pm kami stop makan lunch dekat 1 R&R atas gunung. Lunch makan packed food je sebab situ takde makanan halal, so agen dah tapow siap2 dari HCM. 

Sejuk gila oi tempat tu, angin kuat gila, terasa macam nak diterbangkan. Makan sambil gigil haha. Dia lagi sejuk dari Cameron and angin dia kus sampai ke tulang sum sum. Settle makan kami gerak ke hotel. Alhamdulillah dalam 4.30pm kami sampai hotel.

Hotel ni best. Besar dan selesa. 1 bilik 2 orang tapi sorang 1 katil queen haha. Pressure air toilet laju, yang paling penting 1 bandar dia aircond free sepanjang masa hihi

Rehat kejap solat mandi semua, pukul 6pm kami gerak ke night market dia. Night market dia hanya ada jual baju sejuk, makanan semua tak halal yang boleh makan pun fresh fruits je. Aku beli baju sejuk dia 1, perghhh best gila kainnya. Selalunya baju jenis wool ni gatal kalau aku beli dekat Malaysia, dekat sana bajunya sangat lembut dan selesa. Agak tebal and sesuai dengan cuaca sana. Harga pun berpatutan.

Beli ni je, makan panas2 dalam cuaca sejuk memang asyikkk, lembut and manisss gila. Sedapp!

Then kami Dinner. Dekat Dalat ada 4 je kedai makan Muslim. Empat2 kami rasa. Nama kedai:Fatimah, Ismael, Kg Melayu. Lagi 1 tak ingat. Dari segi rasa? boleh la. Makanan dorang terlebih manis sikit tapi bedal je la. Majoriti Muslim kat sana adalah Melayu Champa.

Dah setel makan balik hotel untuk rest after a longgg dayyy. Esok will have another long dayyy.

I fall in 💘 with Dalat. Bandarnya cantik sangatt, nyaman dan bersihhh. Kenderaan paling banyak adalah motor tapi kalau kau nak cross jalan kau tak payah tengok kiri kanan, kau cross je sebab dorang yang akan elak korang haha.

25 Jan 2024

Kat sini Subuh pukul 5am dah masuk. Seawal 6.30am kami dah mulakan berjimba, awall nohhh. Bab jalan lajuu, cuba suruh bangun pergi jogging hahaha.

Memula pergi sarapan. 

Ok yang ni sedapp! Kari dia sedapp. Aku makan 2 roti, dah la roti dia panjang dan besarr. Puass! 

Then terus pergi Datanla nak naik roller coaster. Ya Allah best gila kat sini, naik roller coaster tu memang dah best, sampai je sana dibentangi dengan air terjun yang MashaAllah lawa gilaaaa. Berbaloi! Kalau datang sana korang wajib ke Datanla. Selain roller coaster banyak gila lagi aktiviti2 lain yang menarik macam zipline, monkey business. Tempat pun cantik. Nak tengok air terjun, klik sini hehe. 

Map. Besar kan? Kami buat 1 je aktivitinya tu pun dah rasa best gila.

Aku naik roller coaster dengan Mama, memang kelakar sebab Mama ni penggayat so memang kena paksa la naik. Sepanjang perjalanan tu dia tutup mata and tanya bila nak sampai 😂 Dah sampai dia terus tanya boleh tak dia balik jalan kaki, taknak naik dah haha. Kalau jalan kaki mahu sehari baru sampai atas balik. 

Settle kat sana kami ke Clay Tunnel. Tempat ni besar and setiap sudut is instagrammable. Berbaloi tak nak datang? Berbaloii!





Then kami ke Taman Bunga. Ni pun cantik tempatnya. Bunga banyak gila and segar gila. Aku sampai tak percaya la tu bunga betul. 



Then kami pergi lunch, lepas lunch pergi solat. Pandai agen tu, bawak solat dekat tempat shopping. Sempat la aku rembat 4 telekung and 2 tudung huahuahua. Tapi harga agak pricey berbanding HCM tapi katanya kualiti lain, entahlahh. 

Dah setel solat semua kami ke Lang Biang. Puncak tertinggi di Dalat. Pergi sana kena naik 4WD, tiket dah termasuk dalam pakej. Time kat sana badan dah penat so kami tak explore jauh sangat, memang ambil gambar dekat atas tu je, dia ada kawasan lain lagi.

Dalat besar tauu! Aku ingat macam besar Cameron Highland je, rupanya Dalat punya size hampir 2x ganda KL.


Breathtaking

Settle tu pergi Dinner, pergi mengopi dekat cafe kejap and terus balik untuk rehat. Pagi esok dah nak gerak ke HCM balik.

Sepanjang dekat sana aku minum Kopi Vietnam sekali je sebab takut migrain. Yang sekali tu pun aku migrain haha. Kopi sana pekattt tapi sedap la. Aku suka coffee, coffee yang tak suka aku. 😔

6 comments:

  1. Oooo... ada 'love and hate relationship' dengan kopi la tu...

    Eh? tu motor burger ke?

    Ok, uncle dah pandai klik kat 'longgg dayyy'

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye

      ah, motor burger. comel bukan? haha

      yeay tahniah Uncle. nnt saya letak link lagi, klik banyak kali tau haha

      Delete
  2. Aghhhhhhhhh DALAT nih memang best 😍😍😍😍😍. Memang sesuai julukan dia sebagai kota bunga yaaa ❤️. Saya masih galau, Dec akhir tahun nak ke Bangkok, Jeju atau Vietnam nih saja dengan keluarga. 😄. Krn Vietnam sbnrnya muraaah , LBH murah drpd Thailand dan Jeju. Dan lagi saya nak daerah yg sejuk memang, tapi kakak ipar nak Bangkok 😅. Padahal ntah udh berapa kali dia ke Bangkok.

    Yg ada rollercoaster berarti themepark ya kak.saya pecinta berat rollercoaster. Makin esktrem, makin sukaaaa 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sudah sering ke Bangkok, harusnya ke Vietnam pula. Dalat sungguh breathtakinggg. Kami duduk sana 2 malam rasa tidak cukup. 3malam min requirements hehe.

      Dia bukan themepark i guess, lebih kepada recreational park with some extreme activitiess. Must try! Roller coaster nya hanya ibarat roller coaster kampung gituu haha

      Delete
  3. Terima kasih atas maklumat itu.
    Gambar2 menarik, Vietnam.
    Selamat berjaya.

    Bandar Sentosa

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!