”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/23/2024

Limas Bonda, Teluk Panglima Garang

Dulu time sekolah aku ada 1 geng yang diberi nama FREMMIN, hasil gabungan huruf depan nama kami. Alhamdulillah dah nak dekat 20 tahun berkawan, tak pernah bergaduh masam muka tarik rambut. Memang persahabatan yang harmoni lah ceritanya. Buat baik bersama, buat jahat bersekali haha.

Dah 4 tahun kami main 'kutu'. Sebulan kumpul RM50 sorang. 2 tahun sekali kami akan pergi bercuti beramai-ramai. 2022 pergi Melaka, tahun ni pergi Teluk Panglima Garang. Ada apa dekat TPG? Memang takde apa, ada kami je haha. Konsep bercuti kami memang akan beraktivi dalam villa je, tak keluar ke mana-mana hehe.

19 Jan 2024

Aku dengan Didi gerak dari Ipoh pukul 11am gitu. Berhenti lapik perut dekat RnR Tapah dan berhenti makan tengah hari dekat KL. Gigih naa singgah KL sebab nak lunch haha.

Then terus gerak ke TPG. Kami incaj malam BBQ. So aku deal dengan agen Pak Mat Western nak ambil kambing perap dekat rumah dia. Lepas tu kami ke Lotus nak cari bahan untuk masak spageti aglio olio. 

On the way nak ke Limas Bonda baru tahu rumah agent tu 1 kampung je dengan Limas Bonda tu. Ciss pemikiran pendek betul, baik suruh dia deliver je, takde sendat peti ais, dah la tuan rumah sediakan peti ais macam rumah bujang haha. 

Kami checked-in dalam pukul 6pm. Orang ke 5 sampai haha. Dah sampai terus solat jama' dulu then turun bersembang. Kami sempat jemaah Maghrib, terimbau kenangan time sekolah dulu, hari2 jadi makmum masbuk. Padahal dah sampai surau tapi bersembang la betul tudung la, apa punya perangai haha.

Malam ni takde aktiviti sangat, santai2 je, dinner pun order katering je. Dasarrr pemalas padahal ada 7 perempuan kot wakaka.  Kita pergi nak rehat minda, sembang2, penat tau kalau kene masak haha. Lepas makan ada acara tukar2 hadiah, syarat hadiah kena dalam range harga RM50-RM100. Lepas tu main game Kahoot. Rajin tau team game ni arrange permainan, ada je idea dorang. Malam tu tidur pun awal, sebelum 12, masing2 jetlag ye 😝 Tapi the husbands sambung main pingpong.

20 Jan 2024

Pagi dimulakan dengan sarapan yang disediakan oleh tuan rumah. Nasi lemak sebesar penumbuk bayi. Didi makan 2 suap je habis 😂 Terpaksa tapow roti canai and nasi lemak dari luar, semuanya selera bak piranha haha.

Kami ada buat tshirt seragam, so apa lagi lepas makan berphotoshoot pulak. Settle photoshoot ada game sukaneka untuk anak2. Settle game apa lagi semua pakat terjun kolam. Berkubang beramai-ramai. Perut pun dah kenyang makan lunch katering haha. Tiba2 hujan and nasib baik swimming pool tu berbumbung tapi dah start sejuk so sorang2 beransur naik.

Lepas Asar prep untuk BBQ night. The husbands settle kan BBQ, The Wives duduk dapur buat spageti, salad and enoki goreng. Dalam pukul 8pm dah start makan. Settle makan sambung main game. 

Semua sedap, biasalah hasil tangan siapa kan? haha. Aku ada tips baru kawan aku share, nak marinate ayam korang guna je perencah bihun goreng adabi and letak minyak sikit. Settle. Rasa pun sesedap tekak, tak payah nak beli itu ini. Kalau untuk kambing/ daging guna perencah mee goreng adabi haha. Kalau ikan bakar memang ada pes ikan bakar Adabi. Adabi melazatkan, adabi menyelerakan, mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah haha

We really had fun that night, 3 jam gelak tanpa henti sampai tuan rumah tegur suruh slow sikit suara hahahaha. Paling havoc main game werewolf. Memang best game ni, main 4 rounds. Time ni laki bini pun bermusuhan, siap tunggang agama dan salahkan anak dalam perut pun ada HAHAHAHA. Aduii la kawan2. Selain tu ada jugak main games Family Feud dengan rebut duit haha. Lawan suami vs isteri, terserlah karakter perempuan asyik nak menang jee dan terserlah karakter suami yang redho dapat isteri macam kami haha. Hari ni tidur lambat sikit, almost 2am.

21 Jan 2024

Pagi ni aku dengan Didi pukul 9am baru bangun, gila badan sakit macam baru lari marathon haha. Sarapan pagi ni pun by caterer. Dah sarapan kami pun siap2 nak check out pukul 12pm. Check out tak boleh lambat sebab ada orang lain nak masuk. Memang laris Limas Bonda ni. Sebelum check out sempat berphotoshoot lagi seround dengan tema white-brown.

Lepas tu salam peluk cium, till next gathering. Huaaa sedihhh. Best tau jumpa kawan2 mcm ni, sampai ada anak kawan aku tanya 'Mama, kawan2 Mama best lah, macam mana nak dapat kawan macam tu'. Auwwww 😎. Aku suruh cakap melalui hati yang bersih dan murni hhahaha.

Sebelum balik Perak aku dengan Didi singgah Sogo nak beli barang sikit tapi tak jumpa pun baru yang dicari. Just beli Empire Sushi dengan air Boost je. Then singgah Pasar Pudu kejap beli aquaplants hehe.

Alhamdulillah sampai rumah pukul 7pm gitu. Badan memang penat, tapi layan je sebab hati gumbiraaa hehe. Rindu dah mereka. Masa on the way balik tetiba Didi cakap 'Best, best'. Pelik aku tberr jeee, aku tanya la apa yang best? Dia cakap 'Reunion ni best, kawan2 Ayang best'. Auwww tengoklah kawan siapa. Kita pilih yang berkualiti je, yang kekwat, yang rasa diri dia bagus kita campak dalam lombong haha. 

Review Limas Bonda

Harga weekend - RM2000/ malam

Ada 7 bilik, ada dapur, pantry, ruang santai, ruang game, ruang tengok TV, swimming pool yang sederhana besar. 2 bilik kat bawah, 5 bilik kat atas.

Dalam bilik ada aircond, cermin, katil, penyangkut baju je. Bilik agak kecil, bilik air pun kecil tapi jadi la sebab bukan nak memerap dalam bilik. Bilik air ada heater.

Boleh tempah makanan dengan tuan rumah dan masakan dia semua sedap2. Portion dia bagi cukup2, ada yang tak cukup haha.

Overall puas hati dengan fasiliti yang disediakan. Cuma dekat dengan kawasan kejiranan so bila malam kena main sambil berbisik haha. 




Sedikit sedutan video boleh klik link ni ehehe 

6 comments:

  1. Betul..seronok dapat kawan satu kepala..cuma tak best kalau laki kawan2 kita control bini suruh balik awal bila outing..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tepat sekali and Alhamdulillah semua suami2 sporting hehe.

      Delete
  2. Lajunya type Lotus... uncle masih tertype Tesco....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dah tersasul Tesco jugak, tapi betulkan hihi

      Delete
  3. Aaghhhhh seruuuuuu , terlihat dari videonyaaa 😍😍😍. Memanglah kalo dapat teman yang sehati, sevisi dan semisi, memang bersyukuuur sangaaat. Bisa ketemu rutin pula. Jadi macam family gathering ya kak.

    Dulu saat kerja saya masih rutin begitu, booking villa dengan teman2, tapi dah resign, kami jadi jarang contact.

    Untungnya saya masih ada travel mates utk traveling bareng tiap tahun. Apalagi Negara2 favorit kami pun yang anti mainstream. Macam kemarin baru balik dr azerbaizan, Belarus dan Georgia.

    Vila Limas bonda ini pun cantiiik. Memang unik designnya. Saya suka bagian tangga di mana kalian duduk ramai2 ❤️👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ye, jadi macam reunion/ perhimpunan agong gituhh haha. contact pun bukan harian tapi bila jumpa macam tak pernah berhenti bercakap haha.

      wow seronoknya pergi macam2 negara. harap ada rezeki aku juga untuk ke sana.

      betul, design nya melayu klasik gitu. Tangga port utama untuk ootd haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!