Lelaki, fitrahnya memimpin. Makanya, pemimpin perlu bijak dalam nak mengendali sebuah institusi, tak kiralah institusi keluargaan ke dekat pejabat ke. Lelaki harus bijak dalam mengawal emosi, sebab kalau emosi 'head' bercelaru, habis semua 'anak buah' akan ikut sama. Pegangan agama dalam diri seorang lelaki pun perlu teguh dan mantap. Dalami ilmu, fahami dan amal.
Sejak dua menjak ni banyak topik sembang aku dengan Didi mengenai sikap sesetengah lelaki yang mengjengkelkan sanubari. Kami bergossip hanya antara kami dan cuba ambil pengajaran dari setiap cerita. Ada juga cerita yang membuatkan kami rasa sangat simpati pada laki tersebut, dan cerita inilah yang menjurus kepada topik 'lelaki dan emosi'
Cerita 1
Lelaki mengagungkan isteri hingga menyebabkan si ibu kecil hati. Tak salah nak agungkan isteri tapi sampai buat hati tua tu terasa, makanya perlulah muhasabah diri balik. Lelaki kena pandai kawal situasi. Kalau isteri histeria mengamuk macam orang gila depan orang lain, tarik isteri ke bilik, tenangkan dia kat dalam bilik tanpa perlu membuka aib sesiapa.
Walaupun seorang ibu tu salah, bukan depan ibu kau nak back up isteri kau, apa ntah lagi kalau memang isteri kau yang salah, lagilah memalukan. Dah la back up orang yang salah, mengecilkan hati ibu yang tak pernah sekali pun meninggikan suara pada sesiapa pun.
Lelaki bila ada wanita di sampingnya, keperibadian dia dalam memimpin harusnya makin menyerlah, hidupnya harus makin terus maju, ibunya harus redha dan makin banyak doa yang dititipkan. Bukan sebaliknya, bukan menikus di sebalik bongkaknya seorang isteri. Tidak salah menunaikan hak isteri, tidak salah kalau kau nak binakan Taj Mahal pun lambang kesetiaan tapi jangan lupakan hak pada yang lain.
Cerita 2
Nafkah. Seorang suami tanggungjawab wajibnya adalah nafkah. Menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Bila nafkah cukup, inshaAllah seorang suami itu akan dihormati. Mewah atau sederhana, ikut kemampuan suami dan di sini isteri berperanan untuk faham situasi suami. Jangan minta Channel kalau kau tahu Jeep pun dia tak mampu nak belikan. Cukup, dalami maksud cukup.
Tapi yang menyakitkan hati bila peranan tu diberikan pada isteri. Sudahlah tidak bertanggungjawab, banyak songeh pulak tu. Kau tak malu ke tak order makanan sebab isteri tak sampai lagi, sebab isteri adalah 'dompet' kau. Kau tak malu ke bila kau perlekehkan isteri beli baju dekat Shopee sebab kau nak anak kau pakai baju dari butik agam dari dalam mall sahaja.
Kau gila apa? Dah la kau tak sediakan, malah mintak yang bukan2. Kau tak malu ke duduk rumah mertua tapi isteri yang keluar pagi pergi kerja dan kau duduk je dalam bilik sampai lah isteri kau pulang balik dari kerja. Mana kemaluan kau eh? Kau hari tu sunat potong habis ke macam mana?
Ni la padahnya bila kahwin tanpa ilmu. Kau mengungkitlah sampai mampus yang tanggungjawab isteri melayan suami. Mana part tanggungjawab suami menafkahi isteri? Buku agama kau terkoyak dua ke?
Baranlah aku dengan orang macam ni.
Cerita 3
Tak semua lelaki menindas, ada jugak yang ditindas.
'Ingat kahwin ni seronok, tapi rupanya sebaliknya', ujar seorang bapa anak dua. Seorang bapa yang ibarat 'ibu koala' untuk anak-anaknya. Waktu aku dengar cerita tu, aku jadi kesian sebab aku kenal laki tu, aku kenal keluarganya.
Diuji dengan mertua yang suka membandingkan menantu, diuji dengan isteri yang nak kan kemewahan seperti orang lain padahal si suami hanya berkerja dengan sijil diploma, diuji dengan isteri yang tak menghormati ibu mertuanya.
Semua harus ditelan si lelaki dan jalani hidup yang luarannya nampak biasa tapi dalamannya hanya Allah yang tahu.
Aku sembang dengan Didi, macam mana nak hadap perkahwinan yang kita tak gembira pun duduk dalam perkahwinan tu? Forever can be the shortest time and it can be the longest one too.
Didi cakap,
'Lelaki boleh. Lelaki boleh hadap benda tu sampai mati. Sebab tu ada lelaki suka sibukkan diri dengan beriadah, buat OT sebab time tu dia boleh distract dari masalah yang sedang membelengu jiwa dia. Bila balik rumah, dia hadap 2-3 jam, kalau ok hadap, kalau tak ok pun hadap, then tidur. Esok fokus untuk esok pulak'
Aku tanya balik,
'So maksudnya living just for the moment without thinking/considering what future might hold? Means boleh je hidup walapun takde rasa dah?'
Didi angguk. Aku tambah,
'Fuh rasanya kalau perempuan dah tak boleh hidup dalam perkahwinan yang tak membahagiakan sebab perempuan kalau kacau emosi dia, habis 1 kehidupan dia pun turut terkesan. Patutlah kuasa cerai ada pada laki'
Tapi aku rasa perempuan pun ramai je hidup dalam perkahwinan yang dah takde 'rasa' just for the sake of afraid being a single mom dan nak anak hidup dalam keluarga yang lengkap. If both parents can function accordingly, then bagi aku pengorbanan tu tak sia-sia. Tapi kalau hidup bersama akan kacau mental health anak2, baik berpisah.
I know it's not for me to decide how others want to conduct their life, it's just my 2cents.
Dunia memang tempat diuji. Bagi aku ilmu tu sangat penting sebab bila diuji at least kita nampak jalan mana yang patut dipilih, jalan mana yang less damage, jalan mana yang bawa ke pengakhiran yang mendamaikan.
Aku always doa perkahwinan aku diberkati dengan rasa berkasih sayang, toleransi, kemesraan, kesabaran, kekayaan.
Lain orang lain ujiannya. Sebagai manusia kita kena bijak, dilarang bodoh! Terutamanya lelaki!
Lain macam posting kali ni... Dia punya tajuk kemain sensasi!
ReplyDeleteTapi isi penuh ilmu!
haha tapi saya tau Uncle bijakk
DeleteLelaki tipe 2 memang bikin emosi jiwa 😤. Tak malu tergantung dengan istri sampai lupa kasih nafkah. Tergelak saya baca part sunat potong habis 🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteBanyak macam tipe2 manusia ini kak. Kdg memang wanitanya yg salah, tapi terkadang juga lelakinya. Saya sendiri pernah ketemu lelaki salah, over jealous sampai buta terkadang.
Dan kalau sudah kumat, Kata2 makiannya kasar sekali.
Tapi dia salah memperlakukan saya seperti itu, Krn saya ga akan mungkin diam. Once dia maki hamun saya hanya karena saya lambat jawab telp, padahal saat itu saya sedang Exam di kampus, dia tuduh saya sedang berdua dengan lelaki lain . Sampah akhirnya kluar Kata2 bitch. Di situ saya tak terima. Tapi masih maafkan. Saya tak bisa maafkan lagi, dan memilih divorce, saat dia ternyata ketahuan selingkuh
Ohhh, pantaaas selama ini cemburu buta gilaaa, ternyata dia kuatir saya melakukan hal sama seperti yg dia lakukan. Saya tahu, Krn SMS yg dia kirim utk wanita lain tuh, salah kirim ke saya.
Memang lah tuhan pasti buka kebenaran.
Saat itu dia di Aceh, saya kuliah di Penang. Tak pakai lama, saya langsung telp lawyer papa saya, dan minta diurus segera divorce kami. Dah tak nak habiskan waktu dengan lelaki macam ini.
Saya bisa maafkan kesalahan apapun kecuali selingkuh dan kekerasan fisik. Itu tak ada maaf.
Tapi skr saya bersyukur diberi ganti suami yg sabar dan paham bagaimana menjadi seorang lelaki sejati.
Makanya saya selalu advice teman2 yg laki nya panas baran, over jealous, hati-hati! Itu bukan tanda mereka sayang, tapi terkadang itu tanda mereka melakukan hal yg sama seperti yg mereka tuduhkan ke kita.
Betul, saya tengok jarang pertelingkahan berlaku yang hanya salah satu pihak, mesti dua2 salah, cuma salah itu besar atau kecil, bijak atau tak nak handle.
Deletebagus, perempuan kena berani untuk mempertahankan hidupnya. ada yang tak berani atas banyak faktor, 'takut anak besar2 tanpa ayah', 'takut jadi janda', 'takut tak boleh sara diri sebab selama ni bergantung pada suami'. Semua takut tu valid tapi kalau sampai mengancam nyawa, haruslah elemen 'takut mati' pun diambil kira.
saya percaya dalam apa hal pun, the truth will be reveal kan, walaupun kita tak cek pun hp nya, tak cek pun socmed je, tapi dia lupa Allah itu lagi Maha Berkuasa, lagi Maha Tahu. Allah takkan menganiaya hambaNya.
Betul, saya setuju, lelaki yang tak boleh control barannya, memang tak perlu dikesiankan.
Alhamdulillah, yang patah tumbuh yang hilang berganti, Allah sentiasa akan beri yg lebih baik dari apa yang kita hilang kan. Semoga kakak fanny sekelurga sentiasa bahagia hingga ke syurgaa yaaa
perkahwenan adalah projek usahasama, kalo laki salah pompuan pon sama salah, dua2 syalahhh., huhuhu
ReplyDeletebetul, ada masa memamg dua2 salah and kena bijak untuk betulkan . peranan suami adalah memimpin, sebab tu suami dilarang bodoh. perempuan yg bodoh patut dipimpin suami yg bijak mengendalikan kehidupan.
Delete