”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/26/2024

Taman Negara, Pahang #1

Makin tua ni makin malas ye nak update? Haha. I've been so busy lately, nak buat house chores pun tak sempat apa ntah lagi nak bukak page ni. Huaaa. Tapi ku gagahkan juga diri nak update walaupun ringkas, untuk kenangan masa depan, kitonyo mudoh lupo haha.

Dari bulan Nov the gang and I have decided untuk pergi ke Taman Negara. Bayar sikit bulan2 supaya tak rasa sangat. Harga per pax tengok jenis bilik yang ambil. Aku dengan Didi ambil capsule dengan bayaran RM360/pax. Capsule nya ada aircond, ada banyak plugs, ada kipas tapi biliknya sangat lah kecil. Memang kau boleh tidur je dalam tu, solat pun tak muat, so sepanjang kat sana memang kami solat dekat gazebo yang disediakan di belakang capsule tersebut. Toilet sharing. Oh btw, kami menginap di Danz Eco Resort.

16 Februari 2024

Aku, Didi dengan sorang kawan kami, P bergerak satu kereta dari Ipoh dalam pukul 7.15am. Berhenti to have breakfast at RnR Tapah, kami dah beli nasi lemak bungkus siap2 sebab tau dekat RnR makanannya selalu menghampakan.

Then meneruskan perjalanan ke LRT Gombak, nak pick up our another friend, T. So sampai LRT Gombak dalam pukul 10.15am, terus kami shoot ke Jerantut, Pahang.



It was our first time there. Exit Tol Temerloh. Dari Tol ada lebih kurang sejam nak sampai ke tempat parking kereta. Kami sampai tepat2 pukul 2 petang, memang itu waktu berkumpulnya. Kami park dekat kawasan parking berbumbung dengan bayaran RM15/night and ada jugak tak berbumbung RM10/ night. 

Ada 4x4 resort datang pickup kami. Aku rasa 6 trips jugak nak ambil group besar kami yang terdiri daripada lebih kurang 50 orang. Dalam 50 orang tu ada yang aku kenal, ada yang tak.

Perjalanan naik 4x4 ke resort seronok! Memula jalan tar then kena lalu jalan tanah merah yang menguji cengkaman tangan di palang 4x4 dan kaki kepit beg dari terjauh ke bawah haha. Dalam pukul 3pm ada sedikit briefing dari pihak resort.

Selesai briefing kami pun makan lunch yang kami tapow siap2 dekat kedai area parking lot, Alhamdulillah, sedap2 masakannya walaupun  time kami beli tu tinggal sisa je haha. Lepas makan kami solat semua and pkul 5pm ada sesi taaruf, gituhh.



Lepas sesi taaruf, kami semua lepak tepi Sg Tembeling buat makan2. Ada yang dari Terengganu bawa keropok lekor, dari Johor bawa Sata, kami dari Perak bawa limau bali. Meriah makan petang tu sambil main bola tampar.

Then sambung makan dinner yang pihak resort sediakan. Alhamdulillah, sepanjang kat sana semua makanan sedap2 belaka! Berbaloi bayar RM360 haha.

Aktiviti malam pulak ada night walk. Naik 4x4 ke jeti Taman Negara and seberang sungai naik bot. Takde apa nak dilihat sangat pun malam tu, semua binatang yang biasa, ingat dapat la jumpa rusa ke gajah ke haha.




Time ni dah habis tenaga, balik bilik, mandi, then tidur. Toilet agak bersih tapi ada part yang tak diselenggara dengan baik. Aku dah komplen dekat resort, hope next time korang datang, semua dah semakin baik hehe.

Settle hari pertama. Lena tidur malam tu, penat betul travel punya jauh and sampai2 terus beraktiviti. 

4 comments:

  1. Aktiviti masuk hutan lasak2 uncle tak gemor... apatah lagi malam! Huih! Takde de!....

    Orang perak kalau tak bawak limau bali bukan orag perak la kan?

    Dalam hutan tu ada line internet ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lain orang lain minat dia kan? Tkpe Uncle baca experience orang pun dah cukup hehe.

      Haha saya pun baru tau itu signature orang Ipoh, kalau Perak signature dia rendang tok tak silap saya

      ada port yang ada internet, ada yang takde

      Delete
  2. Oh rm300++ itu dah termasuk makan semua ya kak. Soalnya agak mahal juga kalo hitungannya per pax. Dan ada kegiatan pula yaa. Jadi okelaah, worth it.

    Ada penginapan dengan konsep begini juga di beberapa kota di Jawa, tapi saya blm pernah coba. Krn lokasi juga. Tak bisa kalo cuma cuti sehari dua 😂. Capek di badan yg ada.

    Nantilah nak rasa, kalo suami bisa ambil cuti agak lama 😄. Seru tuh night walk nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah all in. Kalau ikutkan agak mahal tapi mengenangkan mau kutip pengalaman yang mahal, it's worth it.

      betul, perjalanan dari rumah mengambil masa 7 jam ke Taman Negara. memang penat dan fikir mungkin sekali seumur hidup, kita redah saja haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!