Nama campsite macam dekat Amerika kan haha. Kali ni kami pergi 2H1M je, memula plan 3H2M tapi apakan daya ada meeting hari Jumaat tu yang tak boleh elak so terpaksalah pendekkan waktu percutian.
Khamis malam pergi beli barang camping sikit.
Macam ni je RM140 😑 |
Memula ingat nak gerak Jumaat malam dulu ke rumah Mak tapi aku sampai dari ofis pun dah 8pm lebih, dengan badan penatnya sebab dua hari berturut-turut out station, dengan barang tak kemas lagi makanya pergilah pagi Sabtu.
Kali ni pergi dengan kawan office, R. Kawan yang selalu pergi sekali tu dia tengah kat Swiss main salji tinggal kami 😞 Haha
11 Mei 2024
Sembang dengan R nak breakfast pukul 8am and terus gerak sebab taknak pacak khemah tengah panas. Sekali hmmmmmm. Bangun Subuh tu berat betul rasa badan dan mata makanya pukul 830am baru nak bersiap haha.
9.30am baru keluar. Pergi beli barang lagi sikit dekat MR DIY then singgah brunch dekat ABC Sheikh Sg Siput. Dodeh2, pukul 12pm baru sampai campsite. Ajenye gila weh setup khemah tengah hari rembang gituu, berkicapp.
Sedap ABC dekat ABC Sheikh ni |
Dapat port jackpot depan sungai! |
Lepas siap setup, aku dengan Didi siap keluar pergi pekan Padang Rengas sebab nak cari air sejuk, tak tahann panassss. Minggu lepas Perak kerap hujan petang sekali dengan pakej ribu. Aku doa nak kan cuaca cantik 2 hari kat sana sebab risau kalau hujan lebat sangat karang kepala air pulak. Alhamdulillah cuaca cantik sangat tapi panas yakmat la. Kau jangan banyak komplen boleh? Haha
Petang sikit terus mandi sungai. Sungai dia best, air sejukkkkk cuma tak jernih sangat. Tak sure sebab semalamnya hujan lebat or apa.
Petang kami goreng fries untuk hitea.
Geram ek tengok kerusi anak si R ni, baru 2 tahun dah tau nak healing haha |
Dah siap mandi terus siap2 nak masak. Untuk dinner menu kami nasi goreng cina + ayam bakar + kambing bakar.
Kambing Didi perap. Terbaikk. Lepas ni tak beli dah Pak Mat Western hehe. Jimat banyak beli macam ni. Sedap betul makan malam tu. |
Lepas makan, R and Didi ajar main taiti. Mencabar jugakk. Sebelum tidur main Uno. Pukul 12am baru masuk tidur. |
12 Mei 2024
Bangun pagi ni tak masak pun sebab order nasi lemak dari owner campsite hehe. Hari ni tak ambil gambar sangat sebab bateri hp mati. Makanan dinner semalam pun ada lebih sikit.
Hari ni memang mandi sungai and kemas khemah je. Again berkicap nak kemas, kemas sikit2 dari pagi. Kami gerak sebelum lunch sebab ada hal sikit. Sebelum singgah rumah Mak sempat pergi lunch dekat Laksa Lubuk. R sefamily stay sampai lepas lunch.
Review Wild Rock
Terbaikkk! Semalam RM60 untuk khemah size L. Suasano mendamaikan, camp site bersih, toilet bersih dan wangiiii. Host paling baikkk, boleh check out pukul berapa pun, siap tak bagi kami balik haha. Sebelum balik datang bagi kami sticker hehe. Siap tanya nak beli pape tak, dorang belikan.
Aku bagi ⭐⭐⭐⭐⭐.
Camp site ni semi wild so memang takde plug point and takde line telefon sangat. Keburukan takde line ni takut ada emergency la. Keluar campsite call Mama sebab dapat noti Mama call, rupanya abang Mama masuk ICU. Semoga dipermudahkan urusan Pak Long.
Pulis! Ada orang main pakau!
ReplyDeletedia banyak nama eh? haha
DeleteAissssh seruuuuu. Saya nih dah lama niat nak camping kak. Tapi tuhlah... Niat sajaaa, eksekusi kelaut 😂😂😂..
ReplyDeleteBanyak sangat yg dipikirkan, overthinking semacam.
Tapi pengin juga.. memang labil 😂. Baca cerita , jadi teringin lagi 😄. Di sini pun ada banyak campsite. Dari yg murah sampai glamour. Nantilah liat dulu
Memula boleh cuba glamping dulu, yang semua perkakasnya sudah disediakan. Kalau enjoy, boleh mula beli kelengkapan camping sendiri. U will be addicted, trust me hehe
Delete