”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/31/2016

Nasib baik adik

Okay sambung cerita semalam. 

Dia dapat kos Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), sekarang dikenali sebagai Diploma Teknologi Digital.

Dia whatsapp aku; Ayong, pengaturcaraan tu apa?

Sebenarnya aku pun tak tahu haha so aku tanya kawan aku, dia cakap programming. Ohhh.

Lepas tu dia tanya lagi; Programming tu apa?

-_-''

Programming nanti kamu belajar nak build system guna bahasa alien (coding). Bahasa alien tu hanya alien macam kamu je faham and kawan-kawan alien seangkatan kamu. System tu macam website, macam facebook semua tu, functions dia semua tu kamu ingat guna Paint ke? Programmer la buat semua tu. Pergi je belajar, sekarang dunia teknologi, orang asli pun tahu sistem sekarang ni. Kalau kamu master buat programming memang orang cari kamu je sebab kamu je faham bahasa komputer yang entah apa-apa tu.

Entah betul ke tidak entah aku explain. Lantok sana hahaha. Hari tu aku ada meeting dengan orang-orang IT, sungguh aku nganga dengar semua terms dorang. Dorang gelak je tengok aku makan karipap macam takde apa jadi dalam bilik mesyuarat tu. Nasib baik karipap hari tu enak sungguh.

I can say, programmer has a gifted brain haha.

Lepas tu semalam baru tau dia dapat Politeknik Balik Pulau. Kalau dapat Pahang, Sabah, Sarawak Ayah tak bagi pergi sebab jauh. Spoil kid he is *smirks face*

Hah mula la meroyan, budak tak pernah pisah dengan Mak kan, selama ni spenda dia depan mata pun tanya Mak jugak.

Mak, macam mana Hafiz nak sahur? Mak, kalau tak bangun sahur tak payah puasa kan? Mak, macam mana basuh spenda? Mak boleh tak Hafiz nak masuk lepas raya? Dia ingat Poli tu bapak dia punya agaknya..

Ha padan muka kau, rasakan. 

Lepas tu aku la berusaha tengok cara nak daftar, dokumen apa perlu, suruh dia pergi tangkap gambar, buat medical check up, cek PTPTN, cek yuran. Haishhh nasib baik ada kakak yang budiman. 

Dia ni sangat memilih makanan, cerewet nak mampus. Sebesar kuman sayur pun taknak makan. Kalau Mak masak taucu time nak letak kuah dekat dia, Mak guna penapis -_-''. Kalau masak nasi goreng buat dia punya dulu baru masukkan sayur. Derr. Banyak jenis ikan tak makan, macam-macam lagi la. Aku nak tengok dia survive nanti macam mana. Tak zabarrrrr.

Kitorang panas je dengan dia ni, tuala, kain pelekat main campak je. Nasib baik solat 5 waktu je, kalau 500 waktu aku rasa Mak aku kena bukak kilang kain pelekat dengan pusat dobi. Tapi yang peliknya kan, kalau dia kerja dengan orang, semua orang puji dia rajin and komited. Puiii tak percaya aku. 

Hope he survives. No, hope he struggles to survive hahaha. 

5/30/2016

Adik yang tak boleh diharap

Aku ada sorang adik lelaki, bongsu, Hafiz nama dia, baru lepas SPM dan tak boleh harap. Ye, tak boleh harap. Betul la tu, tak boleh harap.

-..-

Dia selalu buli Nadzirah, semua suruh Nadzirah buat sebab kalau suruh aku jangan harap aku layan ye, aku kakak yang tegas. Tapi lepas Nadzirah pergi Kelantan aku yang kena layan dia atas sebab Mak aku minta tolong aku, kalau dia cakap aku tak layan. Tapi tak semua aku tolong, ada benda yang aku bantah jugak cakap Mak aku sambil menjawab 'Suruh la dia buat sendiri, oh melampau semua orang nak buatkan, dulu Nadia boleh je buat sendiri, perempuan lagi'

Contoh macam gosok baju sekolah. Mak aku ada masalah saraf dekat jari sikit so tak boleh genggam lama-lama, so bab gosok baju kerja ayah kalau Nadzirah takde, aku buat. Dan Mak suruh tolong gosok baju dia sekali. Nehi kaba nehi. Dah umur 16 tahun kejadahnya tak reti gosok baju sendiri? Memang aku buat slumber aku je tak gosokkan. Dan dia lagi slumber boleh pakai baju tak bergosok pergi sekolah. Pffft. So pagi-pagi Mak aku kesiankan dia, Mak aku gosokkan la, aku pulak rasa bersalah. Ceittt. Lepas tu aku bambu dia sekali berkolabrasi dengan Nadzirah, akhirnya dia pandai gosok baju sendiri. Eeee tau pun, saja je.

Eh melampau ye semua nak disuap. Aku tak tahulah sebab dia anak bongsu or generasi sekarang memang baloq liat. Sabo je aku dengan perangai dia ni.

Hari tu lepas SPM Nadzirah yang tolong isi Borang UPU dia. Alasan dia senang je 'Mana aku tau'. Tak tahu belajar la samdol! Grrrr. Senang je alasan. Memang kena la dengan aku; Habis kamu ingat aku dari lahir-lahir dah tau ke nak isi borang UPU?Belajar la! Tapi dia ni memang tak makan saman, slumber je keluar bagai aku ni bercakap dengan topi keledar.

Dan lepas dapat result (yang maha teruk) aku yang sakit otak nak pilihkan course apa yang sesuai dengan dia; again atas permohonan pertolongan oleh Mak aku, kalau tak, tak koser yeee.

'Ayong, kamu isi je la apa-apa, aku nak pergi main futsal ni'

Ya Allah tolonglah titipkan kesabaran dalam diri aku dengan perangai adik aku sorang ni, nasib aku tak bako je kasut bola dia tu.

'Kamu minat apa?'

'Aku pun tak tahu aku minat apa'

Whatttttttttttttttttt? Pffft!

So aku memang ikut hentam aku lah sesedap jari menekan mouse. Sekarang dah senang ye, masukkan je result akan keluar semua list course yang kita layak. Zaman akak dulu juling mata nak tengok satu-satu kelayakan permohonan. Dah macam tu aku jugak yang kena buatkan lagi? Zzzzz

So senang sikit lah kerja aku. Heyy fikir adik je. Bengang tak baca perangai adik aku ni? Kalau korang bengang aku apa entahkan lagi.

So last week kot result keluar.

Dia dapat..............

Nanti aku sambung sebab panjang lagi bengang aku kat dia ni, tak berkesudahan lagi. Erghhh.

5/26/2016

TERbeli

Sejak bergaji sendiri ni, baru aku sedar aku suka perasaan membeli tu. Bukan shopping tak tentu hala (yeke??) tapi beli benda keperluan bila dapat gaji; toiletries, groceries.

Aku akan senaraikan benda yang aku kena beli dan selalunya terlajak beli benda lain yang tetiba ternampak lepas tu mata tak lepas dari memandangnya walaupun dah tolak trolley dengan laju tapi dari pandangan sisi yang sipi tetap ternampak tetap tergoda tetiba terus buat emergency break, reverse sikit kalau perlu (ha kau satu nafas)

Ada juga benda yang aku senaraikan memang keperluan tapi bila pegang rasa eh tak payah lahhhh tunggu bulan depan lah.

Ada masanya aku ter-over shopping like OMG how it happened? Was someone hypnotic me? Can someone ensure that was me?

Contohnya kelmarin aku pergi Aeon sebab nak pergi Secret Recipe, teringin kek. Itu saja ye. Kek. KEK.  Aku singgah ATM dulu nak cucuk duit. Ontheway nak ke SR aku lalu depan kedai Crocs, nampak advertisement BUY 1 FREE 1. OMG WHO CAN RESIST THAT?

Aku masuk. Aku memang nak beli satu kasut Crocs bawak pergi pasar (cubaan menjadi Dato Vida) tapi tak senarai lagi dalam list pembelian aku coz Crocs can wait. NO CROCS CANT WAIT ANYMORE.

So end up I bought 1 pair and got FOR FREE another pair. I'm a happy crocodile.

Lepas tu pergi beli kek sebab perut dah lapar.

Lalu aku berjalan nak keluar Aeon. Jangan sesiapa (butik) tahan aku lagi. Jangan! Aku keluar dengan muka yang bengis. Tetiba terlalu depan SASA. Tetiba teringat BB Cream yang MUNGKIN nak habis sebab dah pakai 2 bulan.

Termasuk SASA. Tertanya BB Cream DR.G sebab baru review ramai kata best. Yang aku nak beli tu mahal sangat, tak mampu den, muka tetap kertu begitu walau pakai apa pun. So aku beli yang murah sikit jenama yang sama. BB Cream aku pakai sekarang RM45 untuk 15 ml, bermakna 1ml=RM3. Yang aku beli ni RM70 untuk 45ml bermakna 1ml=1.55. See, it's a long term investment! -_-''

Lepas tu orang tu berjaya goda aku beli mask (Mask aku memang dah habis tapi tak niat nak beli lagi). Berjaya jugak goda aku beli shower gel, memang shower gel aku nak habis tapi sampai bulan depan cukup lagi sebenarnya. Tapi banyak lagi godaan yang aku berjaya tepis. I'm proud of myself. Nak beli eye cream mahal sangat RM100++ T_T. Tunggu duit jatuh dari poket orang lain lah haha.

Kemudian aku terlalu depan Watsons teringat nak beli shampoo. Ye itu ada dalam senarai. Aku beli shampoo je sebab dah insaf.

Aku dah warning diri sendiri *cakap depan cermin*; Jangan beli benda yang kau tak perlu walaupun murah walaupun orang bagi free. Nanti kau buang je. Membaziaqqqq! Jadilah seperti Nadia yang berhemah, jangan jadi Nadia yang mengikut hawa nafsu.

Btw, I love pay day!

Eh tapi kan, kenapa aku pergi Aeon sebab nak beli kek? Bukan ke ada kedai SR kat shoplot yang tak perlu menempuh segala nafsu yang bukan-bukan. Hmmm pelik di situ. I doubt that was me. Wahahaha.

5/25/2016

Masalah aku dengan lelaki

Lama dah rasanya tak meluahkan rasa kat sini, rasa hati. Selama ni aku luahkan rasa tekak je haha.

Hari tu aku pergi shopping dengan Mak, tengah tunggu adik aku try seluar track Mak suruh aku kahwin. Aku cakap, 

Tahun depan, tahun depan (jawapan dari tahun 2014), Mak boleh la start kumpul duit.

Dapat jelingan maut hahahaha.

Kamu yang nak kahwin, aku pulak yang kena kumpul duit

Mak yang nak Nadia kahwin kan? Hahaha. Mak oi, macam mana la nak kahwin, calon pun non hado lagi.

Aku selalu bermasalah dengan lelaki. Yang aku suka orang punya hahaha. Yang suka aku, aku tak suka dia haha. Sebab tu orang cakap it's almost impossible to make the people you like, like you back! Haha. Aku tak jumpa lagi yang boleh klik dengan aku.

Hari tu ada sorang laki ni message aku. Hari-hari walaupun it's just one way communication. Lepas tu panggil-panggil aku sayang. Erghh. Aku terus tanya dia, dia anggap aku sebagai apa. Dia cakap kawan. 

Then aku terus la sound. Aku bukan bengang dia anggap aku kawan, sebab aku pun annoying dengan dia hahaha. Tapi aku bengang sesuka hati je nak panggil aku sayang. Aku hempuk satgi tau la. Lepas tu aku cakap kat dia jangan message-message aku dah, takde masa nak layan. Nasib baik faham bahasa. 

Then lately ada orang message-message aku yang super annoying dalam masa yang sama scary. Aku tak tahu siapa dia tapi dia macam tau semua pergerakan aku. Dan tak habis-habis puji aku. Aku tak makan pujian, aku makan nasi je.

Hari tu aku berhenti dekat tangga, sembang dengan kucing. Tetiba dapat message, tengah cari apa tu? Memang nampak macam aku tengah cari barang sebab aku malas duduk so sambil diri aku cuba gapai kucing tu. Then aku tengok lah sekeliling, sumpah takde siapa. Wuuu. Hantu ke suka kacau aku ni? Ke dia pasang camera dekat beg aku ke apa ke?

Macam kalau aku pakai baju kurung moden kan, tetiba dia message cakap baju ketat la apa la. Eh to the hell! Aku tak kisah orang tegur benda untuk kebaikan but please don't sounds so pervert! (I don't reveal his whole  message here) Aku punya baju takde la ketat sampai tak bernafas, boleh muat 1 rim kertas A4 lagi kot.

Sekarang aku tak selesa nak keluar office sebab aku jadi paranoid, aku rasa ada pervert di sekeliling aku.

Kawan aku suruh kahwin cepat. Masalahnya aku tahu pervert-pervert ni isteri orang pun dorang kacau. Orang pejabat aku dua orang isteri orang, pun kena kacau, bukan dorang tak tahu mereka isteri orang. Some of them juga merupakan suami orang.

Erghhh sick.

So far lelaki ada je la tak kena dengan aku. Bila la nak jumpa yang klik ni so takde lah aku rasa semua lelaki gatai dan annoying. Wahahaha.

5/24/2016

Isu halal / haram

Aku ni manusia biasa, ilmu agama pun cetek, kimia pun hampir nak fail. Konsep aku senang je, makanan yang ada logo halal itu halal. Especially kalau logo halal tu dari JAKIM. Kalau dah masuk supermarket berkoyan-koyan, takkan la logo tu pelesu.

Bagi aku, aku takde kuasa nak mengharamkan sesuatu yang halal. Nak cek halal ke haram ke tu luar bidang kuasa aku, kat rumah aku takde kit halal, kit mengandung pun takde, kit kat pun dah habis.

Aku bengang bila dapat whatsapp yang suruh sebarkan sekian-sekian benda tak boleh makan sebab haram. Tapi tunjuk gambar plastik yang ada logo halal, produk yang digunakan sebelum zaman Jepun lagi oleh penduduk Malaysia tetiba tahun ni haram. Boleh?

Siap screenshot perbualan dengan manager kilang tu through whatsapp. Sebelum kau nak buktikan benda tu haram, buktikan dulu kat aku yang manager tu wujud dan bekerja dekat kilang makanan tu. Aku pun boleh save no Ayah aku as Manager Mee Segera cap Popular then message sendiri, balas sendiri, screenshot sebar dekat orang. 

Salah sebar jadi fitnah tahu? Periuk nasi orang tu. Tahu tak dosa fitnah macam mana?

Benda-benda macam ni kena melalui medium yang betul. Kalau JAKIM dah umumkan dekat TV yang sijil halal sekian-sekian ditarik balik, baru aku percaya.

Aku tak suka benda yang takde asas. Dulu pernah kecoh kena cek dekat ingredients kalau ada kod sekian-sekian maknanya makanan tu haram walaupun logo halal dekat plastik dia lagi besar dari logo jenama dia. Weh time tu ada beratus kot kod. Memang aku tak pernah ambil tahu. Sumber tu dari mana?

Aku paling tak suka bila ada orang quote benda-benda macam ni kat hujung message ada tulis Mufti Uganda, Ulama Tersohor. Dey tunjukkan lah sumber tu dari buku mana, akhbar mana, petikan internet sumber mana.

Lagi satu bagi aku kan, ada benda kita tak perlu kaji ke akar umbi. Kalau bab makanan ni, nak kaji mendalam aku rasa satu makanan pun tak boleh makan. Ternampak babi berkubang dalam bendang, dah tu langsung tak payah makan nasi?

Bukan aku ambil ringan tapi tu lah, aku percaya pada authority kita dah cukup telus bab-bab ni. Takkan la negara kita satu bab pun tak telus? -_-'' Ini isu darah daging kot.

Yang aku pelik kan, dalam kecoh-kecoh isu  ni kan, ramai je ostat dan ostajah masuk kedai makan Cina yang sah-sah takde logo halal. Ada satu kedai dekat Kuale tu time breakfast penuh orang Islam. Sijil Halal memang takde. Bila tanya dia kata Cina tu tak masak babi, perkakasannya confirm tak pernah masak babi? Tanya siapa bagitau dia tak masak babi? Tukang masak tu bagitau katanya. Oh okayyyyyyyyy. Faham, faham.

Tolonglah jangan viralkan benda yang tak sahih kebenarannya.

Yang JAKIM dah kata halal tu, halal lah. Dan tak semua benda yang takde logo halal adalah haram. 

Aku pernah makan dekat kedai orang India sebab aku tau India tak makan babi. Dan aku tak ambil la ayam/daging sebab tak tahu proses sembelihan dia macam mana. Aku ambil yang aku yakin halal je, omaigod sedap gila masakan dia haha.

Eleh kau ingat kedai mamak kat Malaysia ni semua Muslim ke, idok yek. Dorang pakai kopiah je terus umat kita kata dia Muslim. Kahkahkah.

5/20/2016

Corporate Social Responsibilities (CSR)

Semalam aku join CSR dekat Kerian. Tolong orang kampung cat surau, kan dah nak puasa ;)

Memula aku naik satu bas ni sebab urusetia suruh naik. Then kawan aku panggil naik bas lagi satu lagi best katanya. And Alhamdulillah aku tukar bas, bas yang naik 1st tu semua team bola sepak, ada yang aku kena sepak cat surau dengan dorang haha. Dua surau involved, satu bas cat satu surau.

Kitorang gerak dari Ipoh dalam 0815, dalam pukul 1015 sampailah ke lokasi kejadian. Keluar tol Bandar Baharu. Time lalu satu kawasan tu aku pelik gila bila sekolah tu nama dia SK Apa Entah, Kedah. Woi Kedah woi? Kenapa aku sampai Kedah? Aku nak pergi Kerian je kot.

Then ada orang explain situ memang sempadan 3 negeri; Kedah, Perak, Penang. Dia tunjuklah pemisah sempadan tu hanyalah sebatang sungai. Woaaa tak tahu kenapa aku perlu kagum haha.

Kau tau la kan kalau pergi kampung yang memang kampung ni (yang ni dikelilingi sawah bendang), penduduknya memang baik, ramah dan sangat menghargai tetamu. Sebelum bertolak dah makan nasi lemak, sampai sana orang kampung hidang pelbagai kuih dan bihun goreng. Aku makan kuih je. Ada sorang pakcik suruh cuba kuih Karikata ke Kalkulator ke Kelkatu entah bunyinya, and sedap, rasa bengkang sikit-sikit.

Lepas makan kitorang mula berkerja. Perempuan-perempuan lain semua naik surau kemas dalam surau, aku dengan yakin pergi ketuk roller cat atas kayu panjang, pakai gloves, pegang berus, cari port redup kahkahkah.

Aku dengan sorang lagi staff perempuan je mengecat, yang lain mengemas. Aku lagi suka kerja mengecat, memanjat ni walaupun tengah panas. Kerja mengemas ni is too common wah gitu haha. Ada la beberapa laki suruh naik sebab panas, hellooo I'm not puteri lilin.

Tapi aku pilih guna cat kapur je sebab senang tanggal, cat minyak memang aku tak sentuh hehe. Tudung, baju, spek, muka jangan cakaplah terpercik cat. Yang laki semua gelakkan aku. caitttt. Sekejap je satu surau siap cat, ye lah 1 bas manusia datang cat haha. Nasib baik cat putih je, so lagi senang kerja.

Then lunch yang disediakan oleh orang kampung. Sedap tapi aku makan sikit je sebab penat and banyak minum air. Lepas lunch kitorang kemas pulak kawasan sekeliling and time ni tangan aku kena cat yang aku elakkan tadi. Erghhh.

So aku pergi la cuci tangan dengan tinner, time aku mintak kat group laki tinner macam-macam dorang pesan dekat aku; eh jangan sapu muka tau, eh jangan kumur dengan tinner.   -_- Derr aku tau lah! 

Lepas dah selesai semua dalam pukul 1400 kitorang balik. It's such a great memories to keep in my memory's folder :)

                                          
team pejabat aku, sorang lagi dalam surau

                                        
Team as whole. Good job guys! 

Look forward next CSR ;)

Thankyou orang kampung Mukim Bagan Tiang, Kerian atas kerjasama dan ramah mesra yang diberikan. 

Oh ontheway balik semalam driver bas pasang cerita Munafik. Aku tak tengok secara serius dan tengok dari jauh sebab seat aku tengah-tengah bas. Dari kejauhan bagi aku cerita tu menarik, unpredictable. Jadilah tengok dalam bas ramai-ramai di siang hari.  Nak tengok sorang-sorang gua tak berapa rasa itu adalah idea yang bagus haha. 

5/17/2016

Lulus ujian kereta dengan pegawai JPJ lelaki

Adik bongsu aku baru lulus ujian kereta. Wohhhh tetiba rasa diri ni tua sebab yang bongsu dah boleh drive. Tapi akak suka je sebab akak dah dapat bayangkan akak bersandar di seat belakang sambil mengarahkan supir ke sana dan ke mari hahaha.

Last 2 weeks dia gagal ujian kereta sebab tak pakai seat belt kah kah kah. Memang kena gelak la dengan aku, kesalahan alahai haha. Tak sempat keluar ke jalan raya besar pun haha. Time tu JPJ perempuan.

Hari ni dia dapat JPJ lelaki, pegawai tu tanya kenapa gagal yang first, dia cerita la. Lepas tu pegawai tu cakap 'Hak ala sebab tu je? Okay bawak elok-elok, saya bagi lulus'

Tak dinafikan JPJ laki lagi sempoi dari JPJ perempuan. Dalam apa-apa jawatan or pekara pun memang perempuan lebih fussy dan thorough. Itu nature perempuan, kot? 

Aku ingat lagi time aku ambil ujian kereta dulu, aku dapat JPJ lelaki. Ada kena lalu depan satu sekolah and time aku lalu tu ada 2 backhoes. Aku dengan konfiden take over backhoes berkenaan dan melepasi speed limit. Lepas tu pegawai  tu cakap, nasib baik awak potong, kalau tak saya gagalkan awak hahaha.

Kawan aku pulak kena dengan JPJ lelaki jugak bila bawak 60km/h je dekat jalan lurus and lengang; Hey kamu jangan nak berpura ye bawak laju ni je bila dapat lesen nanti, laju sikit kalau taknak gagal. Hahaha. Time aku test dulu memang 2/3 yang dapat JPJ perempuan fail. Nasib la labu. 

Aku memang tak berapa suka deal dengan perempuan. Kalau boleh pilih counter nak berurusan memang aku pergi kaunter laki jaga kecuali aku nampak perempuan tu manis wajahnya. Perempuan ni emosi dia lain macam (tak semua). Kalau yang tak reti control tu especially tengah PMS hmmm lagi la rasa nak tenyeh muka dia dekat stamp pad. 

Kita pulak kena hati-hati cakap dengan dia, kita pulak kena bersabar. Yang lagi hauk kita senyum dia tak senyum balik, kita bagi salam dia jawab hmmm je. Eeee la aku pantang orang duduk kat kaunter perangai rupa ni. Orang macam ni patut kerja dalam stor. 

Bak kata cousin aku yang pernah test dengan JPJ perempuan 'Dah la muka macam zombie, tak nak sembang-sembang, aku pergi majlis pengebumian lagi meriah'

Hahaha.

5/16/2016

#spicyramenchallenge

Korang tau pasal satu instant noodle dari Korea ni, yang semua orang buat video time makan yang menunjukkan kepedasan yakmat sangat, ada yang sampai teriak.

Aku pun terjebak! Kahkahkah. Tapi aku takde la buat video. Gila apa haha. Aku tengah lapar takde masa nak setting video bagai.

Tiap kali aku tengok video dorang tu, aku drooling gila. Sebab cakap pedas sangat-sangat kan, aku suka benda pedas, memang teringin sangat nak rasa.

Rupanya instant noodle tu ramai umat manusia jual online sebab dekat pasaraya susah nak dapat khabonya. Harga sepeket memang sama dengan kau singgah mamak, order mee goreng dengan telur mata. 

Sabtu lepas aku pergi Aeon Manjung, sekali ternampak so aku beli lah. RM22 sebungkus, ada 5 peket. Kawan adik aku nak, aku jual kat dorang RM5 sebungkus. Harga IG RM7 sebungkus excluded postage weh haha. 3 aku jual.

Samyang ke Semayang entah jenama dia. So Halal sebab dia semayang hahaha bodo hang ni


sebelum

selepas

Aku buat breakfast okay hahaha. Sebelum makan tu berdebar macam tunggu result UPU sebab takut pedas dia aku tak boleh handle. Sekali dah makan, hek eleh, sambal belacan aku buat lagi pedas. Gitu. Pedas memang pedas, tak dinafikan, but bearable and addicted.

Mee dia macam besar sikit and kenyal-kenyal. Bagi aku sedap, tapi nak beli lagi instant noodle ni dengan harga macam tu, tunggu dapat duit raya lah. Lagi elok aku beli mee goreng dekat kedai, ada ayam, ni perisa ayam je.

Aku bagitau Mak mee ni dari Korea sebab tu mahal sikit and mee ni pedasss. Mak terus tanya, orang Korea makan pedas ke? Terus aku terpinga-pinga. Aah ye. Makan la kot, Jepun yang tak makan. Eh yeke? Haha. Lantok dorang la.

Mak kata aku gila makan benda pedas macam tu haha. Nasib baik perut bagi kerjasama tak meragam hehe. 

5/14/2016

Jumpa handbag

Rentetan dari kisah ini 

Selasa lepas aku dapat panggilan dari seseorang. Dia cakap dia jumpa handbag aku yang dicuri itu. Orang tu kerja dekat Taiping. Dia kata tinggal kunci dengan buku nota je dalam handbag aku. Memang tu je pun yang ada.

Ya Allah syukur gila jumpa kunci-kunci aku balik and bag tu. Kunci paling penting sebab kalau tak jumpa satu kerja pulak aku nak pecahkan mangga pintu bilik rumah sewa aku. Tu nanti nak baik pun kos jugak.

So petang Selasa aku ke Taiping sebab kalau orang tu nak datang Ipoh hari lain. Aku sanggup lah ke Taiping dari kena pecahkan pintu bilik. Aku minta kebenaran bos aku keluar awal dan dibenarkan. 

Sampai sana sembang-sembang la dengan orang yang call aku tu.

Rupanya dorang jumpa selonggok handbag-handbag mangsa-mangsa yang dicuri. Ada sorang staff tu rugi RM2k malam tu. Ya Allah, lagi berat ujian dia. Bukan sikit amaun tu. Sampai pukul 3 pagi dorang settle kan dengan polis malam tu. Huhu.

Bila aku cerita kat orang pasal ada orang jumpa handbag aku, semua tanya macam mana orang tu ada nombor telefon aku. Aku ada pe'el dalam bag ada buku nota. Dan setiap buku nota mesti aku tulis nombor telefon aku, so dari situ la orang tu dapat nombor aku.

Aku jenis manusia yang tak kisah sebarkan nombor telefon aku sebab bagi aku, kalau aku malas layan, tak payah layan or aku blok je. Apa ke susah hahaha.

So Alhamdulillah, dapat balik kunci dan handbag yang Mak bagi tu. Handbag tu pun dalam keadaan elok lagi. :)

Satu benda aku musykil, durjana(-durjana) tu buat kerja dalam masa yang singkat dengan menjahanamkan 6 kereta, yang peliknya 1 alarm kereta pun tak berbunyi. Perghhh profesional betul. Aku ye la kereta cikai je, ada kereta yang canggih tu kalau kucing kencing pun alarm dia menjerit, ini kan tingkap kena hempuk. Haish.

5/13/2016

warkah untuk arwah #2


Rindunya dekat Tok Nan, Tok Tahir, Pah dengan Abang Man lepas dengar ceramah ni. Moga roh kalian ditempatkan di kalangan para solehin dan dirahmati Allah. Moga memori manis kita bersama tetap terpahat dalam ingatan.

Sometimes, life is hard. People blame you for something you didn't do but you just accept it. Bukan sebab pengecut dah mudah mengaku kalah tapi hormat. Hormat atas dasar umur. Nak menang pun nak ke mana? Sukan Olimpik?

Coz I know, finally I'll leave this Dunya, no point to hold a grudge. Yang mana Nadia boleh lepaskan, Nadia akan lepaskan dengan hati yang terbuka. Yang mana Nadia tak boleh nak lepaskan, Nadia akan lepaskan dengan perlahan.

Satu hari nanti, Nadia pun akan pergi Alam Barzakh, sama dengan Tok, Pah and Abang Man. Proses dari Alam Barzakh ke dunia akhirat tu lama. So biarlah dalam proses tu dijalani dengan tenang. 

Memang kita rasa puas kalau kita menang, nak menang mungkin akan lalui proses yang kasar, yang tak sepatutnya. Tapi dengan cara tu, akan tenangkah kita di alam Barzakh bila kita ada buat hati orang tua terasa?

Orang tua ni dorang ada ego, ego yang mereka makan lebih garam dari kita. Tak tahu agaknya makan garam lebih boleh darah tinggi. Tapi dorang lupa yang ingatan dorang pun dah tak setajam dulu. So kita yang muda ni, masih kuat akal dan tubuh badan, mana yang boleh beralah tu, beralah je la. 

Kan Tok?

Kiranya Tok dengarlah ye setiap kali Nadia bagi salam dekat Tok dulu sebelum bagi salam dekat ahli kubur yang lain? Rindu Nadia tak? Abang Man?

Arghh rindunya. Doakanlah Nadia tabah hadapi pelbagai ragam manusia. Nadia nak masuk syurga!

5/12/2016

Kelantan; unexpected trip

Sabtu lepas aku dengan family pergi Kelantan. Tak rancang pun, ni semua berpunca daripada adik aku yang tengah praktikal dekat Kelantan. Asalnya dia kena food poisoning, dia dah la keding, kalau sakit memang lembik gila. Zzzz. And knowing my Ayah, anak terlanggar bucu katil pun dia risau.

Makanya ke Kelantan lah kami. Pergi 2 hari je. Actually tak pernah pergi Kelantan just 2 hari, selalunya 3 hari and tak pernah kitorang pergi kitorang je, selalu mesti adik-adik Ayah/Mak akan ikut.

Best jugak la pergi Kelantan kali ni sebab tak ramai orang, parking senang nak dapat. Tapi Kelantan panas yakmat. Perak aku dah rasa cukup panas, bayangkan Kelantas twice the heat. Ya Allah aku keluar kereta je, merecik-recik peluh. Duduk sejam mau hilang 5kg. Patutlah adik aku hitam duduk sana haha.

Pergi 2 hari pun sempat shopping, tapi tak lah beria. Hari Sabtu sampai je singgah Rantau Panjang then pergi Pasar Khadijah, malam pulak pergi uptown dekat RTC Kelantan. Atas sikit dari Wakaf Che Yeh. Sendu weh uptown dia, takde orang and peniaga pun sikit je tapi barang murah sebab takde orang kot.

Sempatlah aku rembat 2 pasang baju, sepasang RM43, sepasang lagi RM60, blouse satu RM23 then seluar tidur 2 RM10/sehelai. Lepastu beli legging untuk Irdina dengan Awatif RM5/sehelai, dah la comel gila, murah pulak tu! Aku suka pergi Kelantan sebab barang murah haha.

Petang Sabtu kitorang makan nasi kukus depan Public Bank Kota Bharu, Jalan Kebun Istana tak silap. Sebaris dengan dia ada Maybank dengan SME Bank jugak. Dia bukanlah kedai, stall tepi jalan je. Terbaik boh nasi dia, lauk bermacam and cara masakan dia sangatlah menepati citarasa anak tekak penduduk sejagat. Takde manis-manis ye. Omaigod drooling.

Selama ni memang bawak bekal dari Perak sebab aku dengan Ayah tak suka masakan Kelantan even Restoran Ulam Cikgu yang popular tu. Kali ni Mak malas nak bawak bekal sebab kejap je, tapi lepas rasa nasi kukus tu memang tak payah bawak bekal dah lepas ni. Dap dap.

lelaki baju choc tu kacak kahkahkah


Time kat Rantau Panjang aku beli masker Vietnam untuk tarik whitehead and blackhead dekat muka. Itu pun terbaik boh! Aku tak pernah lagi pakai produk seefisyen itu. Dah la murah, RM7 je, botol 22g je la. Aku ingat muka aku takde blackhead/whitehead kecuali kat hidung, tanggapan aku salah ye, salah! Haha perasan flawless je engkau ni! Aku saja letak dekat dagu la pipi la, sekali tarik-tarik ada weh. T___T Jangan sangka muka yang nampak bersih tiada blackhead/whitehead yeh. Tapi memang puas hati pakai benda alah tu.

Bulan puasa ni nak pergi lagi sekali Kelantan, adik aku dah habis praktikal. Nak buka puasa nasi kukus sedap. Kahhhh cepat sangat ni kau fikir juadah berbuka.

5/09/2016

Cermin tingkap pecah

Jumaat lepas balik kerja aku pergi naik Bukit Kledang, almost Maghrib aku sampai bawah balik sebab tak naik sampai puncak pun. 

Then aku berhenti kat Petronas nak solat Maghrib. Habis solat aku pergi Mydin Meru, dinner dengan family. 

Lepas tu aku pergi Akademi Badminton Ipoh, tengok pakcik aku ada tournament. Aku park dekat pintu masuk sebab memang full house. Tempat tu gelap and takde guard. 

Dalam 9.40pm aku nak balik dah, sorang. 

Time drive aku dengar bunyi angin and aku rasa cermin kereta aku buka. Aku pelik lah, bila aku buka cermin? Then aku naikkan cermin bunyi macam pasir. Aku ingat aku langgar pasir sebab ada construction site kat kawasan tu. 

Sambil drive aku naikkan lagi tingkap, bunyi pasir lagi dan takde tanda-tanda tingkap aku dah naik. Aku mula pelik. Then aku baru macam tersedar something, aku terus raba bawah seat. Handbag aku takde! Aku pandang seat belakang, beg baju aku ada. 

Then aku berhenti tepi, waaaaa tingkap aku takde, bahagian co-driver! Baru nampak kesan kena pecah. Memang gelap kawasan tu, tak perasan tingkap takde. T_T

Kebetulan Mak aku call. Aku cerita apa jadi. Mak terus suruh tengok belakang kot ada orang menyorok, aku tak terfikir sampai tahap tu tapi aku tengok lah jugak. 

Aku whatsapp kawan aku yang ada kat Akademi tu bagitau, lepas tu kecoh la kot, masing-masing cek kereta masing-masing and bukan kereta aku je kena, total 6 kereta kene. 

Aku bagitau kat whatsapp family jugak. Dorang ingat aku cerita pasal kereta orang lain sebab dorang kata aku bertenang gila. Hahaha tapi serius takde la aku rasa trauma ke apa just terkilan sikit sebab duit bakal melayang ganti tingkap and handbag tu Mak yang belikan. 

Aku lebih kepada bersyukur sebab actually aku baru withdraw duit yang agak banyak (bagi aku) and nasib baik aku tak tinggalkan wallet dalam handbag tu. Dalam handbag ada kunci-kunci je. Tu pun pening jugak fikir, nasib baik ada kunci spare untuk semua kunci kecuali kunci bilik aku huhu. 

Kedua aku bersyukur aku tak pergi kat kereta time lahabau(-labahau) tu buat kerja keji itu. Kalau tak I don't know what will happen to me, dah la kawasan tu gelap, takde orang, dorang hempuk aku sekali je guna kayu boleh meninggal aku kat situ takde orang sedar. Dah la depan tu kawasan semak. 

So aku balik rumah lalu highway sebab dah nak dekat pukul 10pm, risau jugak nak lalu jalan lama dengan kereta yang takde tingkap. Jalan lama dah la creepy, jumpa hantu ampun lagi, kalau penjenayah? Punya la sakit telinga aku drive open air, kuat rupanya bunyi kenderaan- kenderaan atas jalan raya. Macam mana la orang boleh drive roofless tu. 

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Time ni aku dah redho dah, nasib baiklah ada saving sikit nak baik tingkap. 

Tengah aku survey pasal tingkap kereta ada orang call aku. Rupanya dari Balai Polis Jelapang. Dorang jumpa buku akaun Tabung Haji aku dalam wallet aku. Ya Allah aku lupa langsung pasal wallet kosong yang aku letak akaun Tabung Haji dalam dashboard kereta. Kantoi 5 kereta buat report tapi aku tak buat haha. Malas nak pergi report sebab takde benda berharga hilang. 

Nasib baik cincin emas putih aku dorang tak ambil. Ada je cincin tu dalam tempat letak barang bawah radio. Masih rezeki aku. Samada tak perasan or dorang ingat silver hoho. 

Tadi aku pergi lah Balai Polis Jelapang ambil buku akaun aku dengan harapan handbag aku pun dorang jumpa. Aku nak kunci-kunci aku woi! Tapi malangya takde. T_T

Then pergi baik cermin. Aku baik kat kedai biasa je sebab tanya Perodua dia cakap takpe pergi je kedai biasa sebab tak effect warranty. Kena RM147. Hmmm rezeki Cina bengkel tu la. Takpelah, redho je lah. Janji aku selamat, kereta tak kena curi, duit tak hilang. 

Setiap yang terjadi, ada hikmahnya. Setiap yang hilang, Allah akan gantikan dengan lebih baik. 

5/05/2016

Civil War!

Khamis hari tu lepas kerja aku pergi tengok wayang cerita Civil War. Walaupun dalam twitter orang sibuk bercerita pasal AADC tapi aku tak berminat langsung sebab yang first pun aku tak tengok A-Z. Dua cerita yang orang Malaysia gila kan tapi aku tak tengok dengan tekun adalah cerita AADC dengan Kuch Kuch Hota Hei ke macam mana entah eja nya. Bukan my genre. 

Aku patutnya nak tengok Rabu tapi aku sakit kepala. Beza RM6 kot tiket hari Rabu dengan Khamis. Rugi duit iolsss. 

Okay back to Civil War. Aku masuk wayang pukul 6 petang dengan harapan aku sorang je dalam wayang dan tinggilah harapan aku supaya takde laki dalam wayang tu sebab wayang akan habis dalam 8.35 dan Isya' di Ipoh 8.35 dah tu bila kau Maghrib? Aku takpe, I have my legal excuse. Tapi ada jugak laki Islam dan aku berhusnuzon yang dia bermusafir dari KL semata mata nak tengok wayang so boleh jama'. -_-

Civil War bagi aku menarik best kau memang da bom. Aku malas nak ulas lebih-lebih. Aku bagi 4/5 bintang. Dia ada elemen lawak, actions of course, syahdu, sayu, friendship, all well blend together. 

Cerita ni memang best kalau kau jiwa suka tengok cerita-cerita actions begitu. Kalau jiwa kau suka puisi-puisi ni silalah tengok AADC. 

Aku #teamCaptainAmerica. Aku malas nak ulas sebabnya nanti spoil pulak. Okay la okay la, aku bagi satu sebab; sebab dia handsome kahkahkah. 

Selagi cerita tak habis, jangan keluar!

5/04/2016

Lelaki mabuk

Semalam aku pergi jogging macam biasa lah, sorang-sorang. Selalunya aku buat 5 rounds, round first and last aku akan jalan je. Tak besar pun satu round, dalam 500m. Aku suka pergi sini sebab redup and tak ramai orang. Lagi satu taman tu kau nak jogging pun tak boleh sebab orang bercinta bertepuk tampar dekat track jogging -..-

Time round first ada sorang uncle Cina depan aku. Aku memang cam dah muka dia, dia jenis berjalan je. Kitorang lalu depan satu brother India ni. Time tu aku pegang handphone sebab seluar takde poket.

Then brother ni tegur 'Adik, handphone jangan pegang, letak dalam poket'. Lepas tu dia cakap apa entah bahasa Mandarin tegur uncle depan aku.

Uncle tu cakap 'Saya rasa dia mabuk'. Aku pun iya kan. Then uncle tu tegur kenapa aku tak lari, selalu dia nampak aku lari laju je dia kata haha ada rupanya orang perasan kewujudan aku kat taman tu. Aku cakap la aku warm up dulu hehe.

Round ke-2 bila lalu depan brother mabuk tadi aku memang tak jog la, aku jalan je. Boleh dia buat ulasan 'Ye baju merah sudah memintas baju oren (aku), adik lari la kenapa tak lari?'

Sumpah aku nak tergelak. Aku sorang je ke mudah terhibur ni?

Round ke-3 dia tegur lagi 'Adik, abang mabuk ni, jangan ambil hati ye, kita gurau-gurau je'

Oh orang mabuk akan sedar eh dia mabuk?

Round ke-4 dia tegur 'Adik ni kurus pun taknak lari'

Aku taknak lari depan kau la jon.

Round last dia tegur 'Go Siti Nurhaliza go Siti Nurhaliza'

Hahahhaha sumpah orang mabuk ni macam orang gila. Suka hati je panggil aku Siti Nurhaliza. Cakap pasal orang gila teringat adik aku cerita sekarang dia jaga wad psychtric, memang mengekek la aku dengar dia cerita pasal orang gila. Tapi dalam masa sama kesian. Ada sorang tu engineer Petronas, baru kerja 6 bulan, dah gila. Dalam wad dia speaking sambil ajar yang lain engineering haha.

Ada sorang orang gila kat tempat aku, balik belajar dari oversea terus gila, dia tulis formula matematik (major dia Matematik) dekat bas stop. Stress belajar susah agaknya dengan mendokong harapan mak bapak lagi.

So conclusion nya, jangan lah stress sangat time belajar. Rasa stress tak payah pergi kelas nanti mintak note kat kawan hahaha.