”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/25/2023

Long Weekend - CNY

Seronok kan bila dapat cuti panjang free. Korang pergi mana? Aku tak ke mana sangat pun, balik kampung Husband je.

Hari Jumaat lepas Maghrib gerak balik rumah Mama. Of course singgah kedai Mama makan Nasi Goreng Daging yang aku giankan sejak November 2022 haha. Lama Mama tutup kedai sebab pergi Umrah hari tu. 

Simple tapi menggiankan haha.

Pagi Sabtu Suami ajak pergi kampung dia dekat Pendang, nak makan bihun sup utara. Semata kan? Haha. Dekat pukul 11am jugak baru gerak. Jalan lancar walaupun banyak kereta, lepas Penang la slow sikit. Yang penting tol free! Haha Terima kasih Kerajaan. Jimat dekat RM30, boleh buat belanja makan.

Kami sampai kedai Bihun Sup Utara Kak Mah around pukul 3pm. Lapar teruk dah waktu tu sebab breakfast apam balik sekeping je nak simpan perut punya pasal. Sorry la takde gambar sebab dah lapar memang tak ingat apa, nasib tak telan sudu je haha.

Husband dengan Mama order Bihun Sup Special, aku Bihun Sup Biasa sebab yang biasa pun dah banyak dagingnya, yang special memang daging lagi banyak dari bihun. Memang surr, kuah dia, sambal merah dia. Lagi best kalau daging tu ada campur perut ke apa kan. Ala lapar pulak. Haha. Murah weii, makan bertiga siap air baru RM24. Mana nak dapat dekat tempat lain? Harga daging mahal kot sekarang. Mana la dia dapat daging banyak2 tu, dia terlibat dalam sindiket pemerdagangan lembu ke? Haha.

Then kami pergi rumah sepupu Husband untuk tumpang solat. Siap semua pergi ziarah kubur nenek Husband pulak. 

Settle dekat sana pergi pekan Pendang pulak saja pusing2. Sekali Mama cakap teringin makan Laksam Utara so kami singgah dekat ruang niaga depan Petronas Pendang. Mama dapat Laksam dia, Suami order kotiau kerang, aku tak order apa sebab diet haha. Aku memang kureng sikit Laksam ni tak kira la Utara ke Siam ke Kelantan ke. Baru aku tau kewujudan Laksam Utara dan baru tau jugak yang Laksam Kelantan kuah putih, Laksam Utara kuah kekuningan sikit.

Then kami gerak balik lepas tapow lokching 5 batang. Sepanjang hari hujan, kejap lebat kejap renyai. Sempat singgah Juru beli Tealive untuk bekalan drive hehe. Sampai Changkat Jering kami singgah solat dan meneruskan perjalanan. Alhamdulillah sampai rumah Mama around pukul 11pm.

Malam tu tumpang cina raya, kemain meriah weh kawasan perumahan Mama dengan mercun berdentum dentam non stop, dalam 30 minit ada. Aku, Suami and Abah lepak luar layan mercun yang cantik bergemerlapan di udara. Mama tidur dah, macam mana la dia boleh tidur bising macam tu haha.

Hari Ahad pulak balik kampung Abah sebab nak bawa Opah ke klinik, kakinya bengkak, rupanya gout. Aku dengan Mama duduk rumah je sebab kereta tak muat. Nasib jugak aku tak ikut sebab Opah tertinggal IC and nasib baik klinik terima IC melalui gambar je. 

Setel hal Opah kami pun balik rumah Mama. Lepas Maghrib nak balik Ipoh tapi of course singgah kedai Mama untuk dinner. Aku order (seronok ye jadi menantu, main order je haha) nasi putih, sup ayam, telur dadar dengan ayam goreng. Ha amekk seluruh keturunan ayam aku sakau haha.

Dah kenyang kami pun balik. Sebelum sampai rumah Suami ajak lepas dekat Bulatan Aman Jaya. Layannn. Ramai orang walaupun dah nak dekat pukul 12am, yela esok masih cuti kan?

Esoknya Suami dah berazam nak diet HAHAHA. So kami pergi makan salad Subway dekat Ipoh Parade. MashaAllah ramai gila orang tapi gigih jugak pun kaminya haha.

Sihat sangat 🙄

Hari Selasa pulak balik rumah Mak. Tengah hari tu Mak masak Udang Masak Merah dengan Ikan Talipia Bakar. Ngam ngam soiii oi gabungan tu. Walaupun pagi aku dah makan nasi kerabu, tengah hari masih makan nasi. Mana tahan daulat tengok masakan Mak yang sungguh mengiurkkan. Alhamdulillah, I've been blessed with mothers that have gifted hands to serve only the best on the table.

Tu je la long weekend kami. Simple yet meaningful. Hope you guys enjoy your long weekend too, with your beloved ones! 

2 comments:

  1. Laaaa... kesian nya, gaut pulak! Jaga makan ye opah..

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!