”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/09/2023

Hannan Medispa Kuala Kangsar - 2nd session

I've been so so busy lately and already foresee my busyness until Ramadhan. Sampai aku lupa pasal post aku yang sebelum ni. Terkejut aku bila baca orang komen dekat post tu sebab aku sendiri tertanya-tanya, eh bila aku update? Haha rupanya tu scheduled post. Ada masa aku tengah galak nak menulis memang aku boleh merepek buat 3 posts sekaligus tapi takkan nak posts serentak kan? Gelojoh beno kamu pun haha so scheduled post it is.

Ya Allah, help me to get through whatever that waiting for me, smoothly and successfully. Sekian kata-kata aluan yang menagih kata-kata semangat haha.

Aku memang niat nak keep safe here my journey buat facial dekat Hannan Medispa ni sebab bila aku baca review ada yang ok ada yang tak. So aku laburkan duit aku untuk alami sendiri, share kat sini untuk penilaian korang sendiri whether it is worth it or not. 

This is not paid review obviously. Siapalah yang nak sponsor muka aku yang macam mak bawang merah yang jadi ikan kaloi tu. Yeke mak dia? Eh korang tau sebenarnya nama dorang Bunga Merah dan Bunga Putih. Siapalah typo pergi register as Bawang hahahaha. Dah la busuk. Nasib baik bukan bangang jadinya haha.

Ok my second treatment was on 28/1/2023. Beautician lain yang attend aku. So basically kali ni dorang buat treatments berikut dekat muka aku:

1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali. 

2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori. 

3. Remove segala black head dekat muka. 

4. Whitening Treatment (sebab rawatan aku fokus pada jeragat)

5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria. 

6. Pakai sunscreen. 

Aku suka beautician yang kali ni sebab dia urut sedappp. Ending pun dia urut lagi sekali, muka + kepala. Memang mantap! Kebetulan waktu tu aku memang tengah stress so urutan dia did help a lot. Thank you! Cuma time remove blackhead sakit sikit but bearable. Rawatan ambil masa dalam 2 jam gitu. Setakat ni takde perubahan yang ketara on jeragat aku tapi rasa kulit makin smooth tu ada la. 

Time buat treatment ada la sembang-sembang. And dia tanya taknak buat dermapen ke? Kos untuk 3 sesi RM699 - promosi katanya, kalau tak 1 sesi RM400+ kot, kononnya lah. Aku tanya apa function dia? Dia cakap dermapen memang terbukti lagi cepat hilangkan jeragat and anjalkan muka, dia macam triggered collagen muka.

Time ni aku tertanya-tanya dalam hati kenapa tak sekalikan pakej ni dalam pakej yang aku ambil sebab fokus aku memang jeragat. Kenapa consultant yang mula-mula tak brief thoroughly bab ni? Kenapa aku kena ambil pakej berasingan? Banyak lah kenapanya tapi sebab time tu aku takde mood nak argue, aku diam je. Aku ingat dah balik tu aku nak whatsapp dorang tanya tapi sampai sekarang aku tak whatsapp sebab entah, lupa la busy la. Minggu ni aku ada treatment lagi aku akan tanya habis-habisan sebab tengok testimoni memang nampak ketara perubahannya.

Apa tu Dermapen?

Balik tu aku terus study bab dermapen. Dia guna pen yang ada microneedles (pelbagai sizes) and pen tu akan diratakan ke seluruh muka, depends pada point mana yang perlu diberi fokus. Sakit ke tak? Entah tak pernah buat tapi baca review tak sakit sebab dia akan letak numb cream. And lepas buat, 2-4 hari tak boleh letak apa-apa dekat muka kecuali sunscreen. So elok la buat over the weekend. 

Rupanya benda tu boleh buat sendiri, antara berani dengan tak je. Dekat shopee berlambak jual dermapen tu dengan range harga RM50-RM200 and tutorial dia banyak dekat youtube. Ramai je yang dah pernah buat dekat spa, decide nak buat sendiri dekat rumah.

Aku? Memang tak la nak buat sendiri. Elok muka licin karang jadi macam jalan raya di Malaysia pulak haha. Adakah aku akan ambil pakej dekat Spa? Hmmm depends kalau tetiba ada duit terpijak, ada orang nak belanja ke πŸ˜‰ haha. 

Tapi sebelum apa2 aku akan selidik sedalam-dalamnya dulu. Nanti aku hudpate ye!

Good 2: Bad 2

16 comments:

  1. Pernah terkenal la bila dah buat bila dh settle br tanya xnk ambik pakej sekian2.. Saje nk tarik pelanggan utk ambik pakej lebih byk dr skit atau dr mula.. bila ditambah pakej bergandalah jadinya..
    Tp terpulang pada bajet masing.. klau ok kite just carry on.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tricks peniaga. aduiii. sebab bila bayar asing rasa lagi mahal hehe. tu la, kalau mampu and sesuai boleh je ambil kan.

      Delete
  2. Cuya memg mengimpikan rawatan dermapen ni... ada rezeki nak juga buat... hehe

    ReplyDelete
  3. Saya pun sejenis yang malas nak buat sendiri....kalau ada orang pampered muka kita why not kan..tapi tu la sediakan sahaja RM + masa.
    Saya pun ada masalah jeragat (rasanya kena pada wanita yang banyak pegi site dan terdedah pada panas mentari).
    Sajer nak kongsi based on experience la...mungkin terpengaruh dengan influencer ada la try this product..elegant namanya...dah berpuluh2 tahun tak pernah pakai sunscreen tapi kena pakai....lepas tu night cream dia ok la...member kat ofis tanya guna product apa sebab jeragat kat muka makin kurang...tapi tak tau samada produk tu sbb ada juga guna lokal product lain...serum dan oil serum..
    Yang penting kita tahu mana yang terbaik untuk kulit muka kita...
    Good luck moga wajah sis berseri-seri di hari raya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. orang layan memang lagi best dari buat sendiri. hehe

      oh yeke? nanti nak cari la. nor harm trying tok nenek kita kabo hehe. sebab dah guna mcm2 produk memang non hadoo. mana tau rezeki yg ni.

      Ameen. nak berseri seumur hidup haha.

      Delete
  4. Pernah buat treatment dekat spa juga, mcm sama je treatment tuh.. kene dlm rm3k utk 10 session.. masa facial tuh sedap die urut.. tp tuh la, xde perubahan pun muka bila dah abes all session.. sama je.. πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnyaa. Haha tu la ramai cakap yang sama, takde perubahan sangat. Aduii. We'll see.

      Delete
    2. Anonymous7/17/2023

      Sama..saya ambik treatmnt yg package rm2999..2 kali treatmnt muka makin worst..jerawat lagi byk naik..last2 saya stop treatmnt..😭😭 cmne nk dapatkn balik duit ye..separuh pn xpela..

      Delete
    3. OMG ambil pakej paling mahal ye? Saya rasa dah tak boleh dapat tu sebab dah sign borang dia cakap non-refundable kan? Plus awak yang tarik diri. huhu. Buat dekat Hannan mana tu?

      Takpun awak cuba survey2 tribunal pengguna kot ada cara untuk dapat refund. banyakk tuuu. boleh pergi spa lain. huhu.

      Delete
  5. Anonymous9/05/2023

    hannan medispa ni, kadang2 kata je promo, tapi bila tngok, memang sebenarnya tulah harga diaπŸ˜‚ tahun lepas saya ambil promo rm69. tahun ni, setiap kali tengok wasap status diorang, masih up jugak harga promo tu, cuma kurang lebih sikit je.Haha.

    yang baru ni, bulan lepas saya ambil package rm799- 5 session utk jeragat & cegah melasma . terhasut dgn beautician punye pasal.hihi..mse die promote tu katanya boleh bayar 2 kali, half half tk kisah masa session yang ke berapa pun.session satu saya dh bayar, tiba2 bila dh msuk bulan 9 ni, die whatsapp mintak balance bayaran katanya sebab dah masuk bulan 9, promo tu bulan 8 punya promo. yang saya tak puas hatinya, kenapa diorang tak mention awal2 , sebab masa session kedua tu, sye dh kate, next payment sye byr mse session ketiga which is this week. eh tiba2 diorng whatsapp kata HQ dh tnye. Skarang ni saya dah tawar hati dah nak datang next session

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang memang macam tu. Saya ambil pakej tinggi sikit dari awak (menyesal, tak sabar nak habiskan). Saya pernah kena lebih kurang macam awak. Saya beli set pencuci muka, harga promo and cakap nxt week sampai. Saya claim la next week tu tapi dia cakap takde stok. Saya tuntut jugak janji and cakap nak refund kalau takde. Eh tetiba ada pulak suruh datang ambilll. Erghhh.

      Dorang ni hard sell, which I dont like. Dah berapa kali dah dorang tanya taknak topup produk ke saya cakap produk lama tak habis lagi. Tak koserr dah nak beli, harga lebih kurang dengan Kiehls, baik saya beli Kiehls haha pakai produk dia takde improvement yang memberangsangkan pun, sama je haha.

      Delete
  6. Anonymous11/27/2023

    Byk review negatif je ni huhu...seb bek saya x sign up pakej 999. Lepas diorang scan kulit, explain bla bla bla...Kang x memasal tambah duit lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berani nak cakap untuk cawangan lain tapi kalau cawangan yang saya pergi, better cari beauty spa yang lain.

      Delete
    2. Anonymous12/28/2023

      Alaa..kita bru je pg td..asalnya nk buat yg basic rm55 jer..tp trmkn hsutan buat yg 999πŸ₯Ή..hrap okay la

      Delete
    3. InshaAllah okay dengan kulit awak :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!