Sebenarnyakan, last 2 weekend, Mak aku dengan adik-adik aku pergi PBAKL, Mak pelawa tapi dengan yakin aku tolak sebab nak berjimat and ada lagi atas rak tu buku-buku TBR!
Tapiiiiiiiiii adoiii tengok Thread and Tiktok tak menahan eh deme meracunn. Gerammm jek rasa, meronta je hati ni nak pergi tapi diamkan jehhh. Sebab bila nak perginya pun? Takkan semata nak ke KL untuk tu walaupun boleh je, walaupun aku dah reccee tiket ETS/ bas nak balik hari tapi fikir nak mengangkut buku tu yang malehh. Eh siapa suruh beli? Eh dah pergi gila ke tak beli? Setakat nak browsing baik aku browse online je bajang! Hahahahha
Hari Rabu kot tetiba Didi message, time tu dekat office 'Jumaat ni jom pergi KL, Abang ada training'. Terus bersinar-sinar mataku. Aku apa lagi mestilah jommmm! Training Didi pukul 7pm (apa ghonjang entah training time senja), so dia ajak gerak lepas Jumaat.
Tapi aku mestilah had a better idea. Aku cakap 'Jom ambil cuti nak? Ayang nak ke PBAKL. Haha'. Didi ni jenis melayan, dia pun layankan jelah kegedikan bini dia ni yang tak reti mengawal nafsu. Haha.
On that day, Didi pergi kerja kejap sebab nak kena uruskan something, dalam pukul 11am dia balik and kitorang gerak ke KL. Santai-santai je sebab aku target time Didi training lah aku nak pergi menyelam, aku taknak dia mengekor aku nanti aku jadi serba salah buat dia menunggu sebab aku kalau beli buku memang suka 'me-time', berlama-lama membelek-belek. Hehe
Kami sampai dalam 4 pm tapi terus ke Seri Kembangan sebab Didi nak beli helmet 😏 settle tu kami singgah CBTL untuk hi-tea. Gerak waktu orang balik kerja memang mendapat la, sampai PBAKL around 7pm, selok je la, Didi terus shoot ke padang.
![]() |
| Yang penting harga helmet dia 4x ganda harga buku2 PBAKL aku |
![]() |
| Americano Orange, my favourite tapi Didi tak suka haha |
So maka mulalah pengembaraankuuu. Haha terasa masuk fun fair excited dia tu. I got 3 solid hours to wander around. I walked slow and steady, immerse in every details. Aku siap buat wishlist tauu! Haha. Dipendekkan cerita, aku ada 13 wishlist tapi aku beli 12 je and tambah 6 naskah yang aku beli tapi takde dalam wishlist. Huahuahua. You do the math!
Tak payah panjang cerita, meh la aku tunjuk gambar je untuk brag and jangan tanya berapa hangus haha.
![]() |
| Tak sabar nak baca! 😍 |
Dalam pukul 10pm Didi pick up aku and kitorang terus balik Perak. Sekian.
Rindu PBAKL. Tak sabar nak tunggu PBAKL 2027 haha. Sebenarnya beli online pun murah je, cuma vibes belek secara fizikal tu yang best! Aku pulak pergi time orang tak ramai sangat, senja di hari kerja haha. Jackpot!
Astaga baru ingat ada 2 buku dekat adik aku yang aku suruh dia beli time dia pergi hari tu. So maknanya total buku aku beli ada 20! Kahhhhhhh!
![]() |
| Alfu Sanatin tu buku Didi. Dia ada tiga-tiga siri |
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Memang pucuk dicita ulam mendatang..Didi tau je wife dia nak p PBAKL
ReplyDeleteHaha tu la kan orang kata, rezeki tak kan ke mana hihi
DeleteWow..Byk hasilnya tu =D
ReplyDeleteHehe Alhamdulillah. Entah bila la nak baca tuuu
DeleteAmboi dalam pada tak nak pergi PBAKL tu sakan dia shopping 20 buah buku ye. Tahniah💪. Selamat membaca. KSarie memang tidak bisa ke PBAKL sebab telah tershopping buku dengan jayanya pada April lepas. Patut tak boleh beli buku sampai 2030 sebenarnya😅
ReplyDeleteHaha tu la KSarie, memang gitulah niat asalnya, taknak pergi. Sekaliii hmmm hampehhh haha. Saya dah tak sabar nak tunggu PBAKL2027 pulak. eh haha
DeleteSaya kalau bisa ke KL bertepatan dengan festival buku ini, harus bawa koper kosong agaknya 🤣🤣.
ReplyDeleteNanti kalau cari buku di Gramedia jakarta, Kya berdua aja Nad, biarkan Didi dan Raka ngopi dekat situ 🤣. Sayapun kalau milih buku bisa lamaaaaa. Raka biasanya pergi dulu ntah kemana, nanti baru jemput lagi.
Haha wajib bawa, even Malaysians sendiri ramai bawa koper ibarat sedang travel haha
DeleteHaha betul, nanti lihat muka mereka kebosanan, kita pulak tak selesa nak berlama lama
Tertanya2 juga rasa Americano orange tu...nk beli takut x terminum...
ReplyDeletehaha boleh try sekali, tak reti nak explain rasa dia. bau kopi + pahit sikit + citrusy
Delete